37|Bertumbuk

28.5K 2.2K 363
                                    

" Putus dah ?"

Elly menggangguk. Perasaannya berdiri di antara rasa sedih dan rasa marah. Sedih ditinggalkan Khai, marah tidak dikejar Khai. Entah macammana hatinya terpikat dengan Khai, dia pun tidak mengerti. Tapi, hampir setiap hari dia menangis kerana menahan rindu. Putus dengan Malik pun tak menangis hari-hari macam ni.

" Baru seminggu kot. "

Alia yang berjalan di sebelah nampak tidak berpuas hati. Berkerut keningnya memikirkan pemasalahan yang menimpa kawan baiknya itu. Beraninya lelaki yang pernah dia menyanjung, memuja rupa, terpikat sama dan macam-macam lagilah ; membuat hati Elly luka. Ini tidak boleh dibiarkan !

" Eh apa hah minah gedik tu kasi dia makan ? Sampai kau pun dilayan bila perlu, dibuang bila tak perlu. Kau bukan patung beb. " luah Alia. Marah.

Ah, lagi-lagi Rara yang dituduh menjadi punca.

" Kau tak payah backup dia. "

Alia memintas sebelum sempat Elly membalas ayatnya tadi. Seakan dapat dibaca apa yang difikirkan Elly. Elly terus menutup mulut apabila diberi amaran oleh Alia tadi. Dah pandai dah baca minda orang.

" Apa kata kalau ki-"

Terbuntang mata Elly apabila tiba-tiba saja dengar bunyi nangka busuk jatuh. Dia memandang Alia yang sudah tersungkur atas jalan dengan sebelah kaki di dalam longkang kecil. Gadis itu mengaduh sakit.

Elly tak tahu sama ada mahu gelak dulu atau membantu. Dua keinginan itu muncul dalam satu masa. Sudahnya, dia tergelak dulu.

" Woi nokharom, tolong akulah. " marah gadis tembam itu. Kekuatan dikumpul untuk bangun sendiri, tapi tak berdaya. Kakinya sakit bagai dipusing-pusing.

" Hai cik adik, boleh saya bantu ?"

Seorang jejaka yang berpakaian kemas dengan rambut sikat arah tepi menghulurkan tangan. Alia mengangkat wajah memandang. Oleh kerana jatuhnya di atas tanah di tengah hari terik itu, maka pandangannya jadi kabur disilau dek matahari. Rupa jejaka yang budiman itu tidak dapat dilihat dengan jelas.

Melihatkan mata Alia yang berkelip-kelip memandangnya, jejaka itu menggerakkan badannya ke tepi untuk melindungi cahaya matahari dari terkena muka Alia. Sebaik sahaja cahaya matahari menjadi redup, barulah Alia nampak wajah lelaki itu.

Ah. Mamat misteri yang gentleman hari tu !

" Hands, please." Dia menghulur tangan.

Hati Alia berbunga-bunga. Tidak disangka gerangan yang diharap muncul, tiba juga hari ini. Segera tangan diletak atas tangan lelaki itu. Alia dipapah bangun. Namun, sebaik sahaja dia mencecah kaki ke tanah, dia terduduk semula. Kaki Alia terasa sakit yang amat.

" Awak terseliuh ni. " katanya sambil membelek kaki Alia.

" Ah tipu. Mengada je minah ni. " Elly menyampuk selepas sekadar menjadi pemerhati adegan menyampah tadi. Dia menepuk-nepuk buku lali Alia.

" Sakitlah pandai !" terjerit Alia tatkala kakinya yang sakit diperlakukan demikian.

Apabila melihat wajah Alia serius sakit, Elly akhirnya mempercayai. Dia mula risau.

" Eh awak, tolong kawan saya. Hantarkan kami ke hospital. " pinta Elly.

Mamat misteri yang gentleman itu menganguk dan mendukung Alia. Gaya mereka macam pasangan baru berkahwin, ala macam gambar wedding photoshot tu. Tambahan, mamat tu berlari anak membawa Alia. Mereka dilihat bergerak secara slow motion pada mata Elly disertakan lagu-lagu romantik.

Tapi, bayangan itu mati apabila mereka berdua dilihat tersungkur di atas jalan.

*****

Khai turun ke dapur untuk bersarapan. Hari ini, dia nampak lain dari kebiasaannya. Selalunya dia hanya memakai t-shirt dan jeans walau ke mana pun dia pergi, tapi tidak hari ini. Jejaka itu kemas memakai pakaian formal ke pejabat.

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now