51|Dracula's Bibik ( End )

45.9K 3K 523
                                    

" Urgh..."

Elly mengeliat sambil melakukan rengangan kecil. Sesekali terdengar bunyi tulang badan apabila rengangan dilakukan. Mata digosok sambil merenung pemandangan luar.

Ah. Dah pagi.

Dia melihat pula objek di depan mata. Tetikus di tepi digerakkan. Segera, skrin komputer riba itu bercahaya. Memaparkan imej alam.

Permulaan hari yang baik untuk bermonolog bukan ?

3 tahun dah berlalu.

Aku tak ingat apa yang terjadi. Jaga-jaga aku dah ada di atas katil di kelilingi mak, ayah, Mirul dan beberapa jururawat dan seorang doktor. Mereka tanya aku macam-macam. Tapi satu pun tak terjawab. Bukan mengelak, tapi aku memang tak dapat nak ingat.

Mereka kata aku terlibat dalam satu kes penculikan. Kelakarnya. Siapa yang gila nak culik aku yang tak lawa dan tak berharta ni. Walaupun nampak tak masuk akal, aku terima juga. Baik untuk orang hilang ingatan macam aku juga kan ?

Aku jumpa Alia. Kesian dia, dia disahkan tempang kerana luka pada kakinya. Bila aku tanya kenapa, dia jawab dia excident langgar lari. Motor langgar kereta eh kereta langgar motor. Haha . Grr.. siapa yang buat kawan baik aku macam ni ! Tapi takpa, kerana excident itu dia menemui cinta sejatinya. Iskandar.

What the hell. Hot kot mamat tu. Kalaulah semudahnya jodoh sampai macamtu, aku pun rela dilanggar dan tempang. Haha. Okay, just joke.

Dalam masa aku nak ingat kat setengah memori aku yang lost ni, aku dikejutkan dengan pengakuan mak ayah bahawa aku adalah anak angkat mereka. First time dengar rasa macam nak lari tepi pantai dan nyanyi lagu awan nano. Tapi, kerana rasa mengarut gila dan mak ayah pun memujuk aku supaya bertenang. Aku pun chill. Aku dibawa jumpa ahli keluarga sebenar aku, sayangnya mak ayah kandung aku dah lama tiada dan yang tinggal hanyalah adik aku. Tiara namanya. Nak tahu apa yang buat aku sebak, dia disahkan sakit jiwa. Adik aku sakit jiwa, sedihla weh !

Satu demi satu perkara yang terjadi, tapi syukur ke hadrat Ilahi aku berjaya tempuhi dengan jayanya. Berkat sokongan orang sekeliling. Terima kasih semua.

3 tahun dah berlalu. Tapi, ingatan aku tentang penculikan itu masih tak pulih. Ah. Untuk apa aku ingat benda yang mungkin buat aku trauma kembali kan ?

Tapi lagi, aku seakan cuba mengingati sesuatu atau lebih pada seseorang ? Tapi..siapa ?

" Elly.. dah siap belum ?"

Monolog Elly mati. Dia menoleh pada pintu bilik yang sudah terbuka sedikit. Kelihatan Mak Elly berdiri di muka pintu.

" Ya Allah, kenapa tak siap lagi ?"

" Siap ke mana mak ?"

Soal Elly tidak mengerti. Haih, ingatan apa pula yang dia hilang kali ini.

" Laa.. kan Elly dah janji dengan Mak Nor untuk ganti dia kerja kat rumah majikan dia. Jadi pembantu rumah. Ingat ?"

Oh laa.. Elly tepuk dahi. Baru dia ingat, dua ke tiga hari lepas, jirannya Mak Nor meminta dia menggantikan tugasnya memandangkan dia ingin menjenguk menantunya di Johor kerana kelahiran cucu sulung. Nasib baik gadis ini sedang bercuti, bolehlah ganti sekejap.

" Dah dah. Cepat siap. Nanti mengamuk pula majikan dia tengok Elly tak sampai lagi. "

Seusai berkata, Mak Elly terus berlalu pergi. Elly pula segera mencapai kain tuala yang tersangkut di belakang pintu bilik sebelum berlari anak ke kamar mandi.

*****

" Elly nak pergi ni mak !"

Laung Elly sambil menyarung selipar. Kunci dan topi keledar dicapai. Bersedia untuk bertolak dengan motor kesayangannya. Babyblue~ baby baby ohhh..

" Eh kejap Elly."

Elly yang baru nak menghidupkan starter motornya terhenti. Dipandang wanita yang sedikit mengah di depan pintu itu. Tangannya memegang handphone.

" Ni Mak Nor ada bagi whatsapp kat mak. "

Okay. So. Elly buat muka.

" Dia pesan, jangan naik tingkat atas dan jangan buka langsir. "

Eh. Macam familiar je ayat tu.

" Elly dengar tak ?"

" Ye mak. Dengar. "

" Apa mak cakap ?"

" Mak kata Mak Nor pesan jangan naik atas dengan jangan buka tingkap dan..."

Mak Elly mula mengerutkan dahi. Rasanya dia hanya menyampaikan dua benda, apa pula lagi satu tu.

"...dan anak mak ni comel !"

Seloroh gadis itu sambil menghidupkan enjin motor. Entah apa yang diomel maknya tadi, tidak dapat didengar dengan jelas dek bunyi enjin yang kuat. Terus saja dia memecut di atas jalan raya.

*****

Elly tiba di hadapan sebuah banglo mewah dua tingkat. Dengan sekali tekan pada loceng saja, terus automatik pagar terbuka. Kagum Elly sekejap sebelum menunggang masuk ke halaman banglo itu.

Tanpa berlengah. Dia menapak masuk ke dalam dan cuba mencari kelibat majikan yang diperkatakan oleh Mak Nor. Katanya, majikannya anak bujang yang tinggal bersendiri. Wah, kalau hensem untung aku.

Sempat gadis itu memasang angan.

" Siapa..ah !"

Bunyi kepala terhantuk sesuatu. Pandangan Elly menghala pada arah bunyi itu. Arah dapur.

" Aduh. Kenapa Mak Nor lambat ni..."

Muncul seorang lelaki muda segak berkemeja. Rambutnya sedikit kusut dengan sedikit jem strawberi di pipinya. Tangan memegang roti bakar yang sedikit hangus. Mungkin cuba menyediakan sarapan sendiri, tapi gagal. Elly tergelak kecil.

Namun, dia tak dapat menipu. Hatinya mula terpaut pada jejaka itu.

" Eh. Kau siapa ?" Soalnya apabila sangkanya tadi Mak Nor tetapi bukan.

" Hai kenalkan. Saya Elyana ! Saya akan jadi bibik sementara kat rumah awak ni. Hee.."

Ceria gadis itu berucap. Wow, nampaknya dia bakal berduaan sepanjang cuti dengan majikan yang kacak. Lelaki itu turut ketawa.

" Aku Khai. "

[ END ]

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now