14|Pahit

43.5K 3.3K 144
                                    

Mata dibuka perlahan-lahan.

Gelap.

" Sampai bila nak kurung budak ni? "

Telinganya menangkap bunyi suara orang bercakap. Kiri kanan ditoleh. Tapi tetap tak nampak apa.

" Sampai kita dapat apa yang kita nak. Selagi itu jangan lepaskan dia. "

Kali ini suara lain pula kedengaran.

Mana ni. Ma...pa...

Khai takut.

*****

Mata dibuka sekali lagi. Jika tadi sekelilingnya gelap gelita. Sekarang dia nampak sedikit.

Lampu meja yang memberi cahaya terletak elok di atas meja di sudut kamar.

Dia pandang siling. Kipas dilangit berputar mengikut rentak.

Kreok kreok. Bunyinya.

Khai letak lengan didahi. Stress dengan mimpi yang baru dialaminya tadi.

Setelah 15 tahun berlalu. Kenapa ia terulang ?

*****

Waktu sarapan pagi itu senyap sunyi sahaja. Kebiasaannya ada sahaja yang nak diomel jejaka itu. Tapi tidak kali ini, dia nampak termenung jauh.

Elly curi-curi pandang. Bukanlah dia suka disakat Khai setiap hari, tapi kalau mamat ni tetibe berubah sikap tak ke pelik ?

' Aku ada buat salah ke semalam ? '

Hatinya mula timbul 1001 soalan. Tapi satunya tidak terjawab. Bahkan tanya ahli genius dunia pun tidak dapat beri jawapan.

" Kalau awak dah siap makan, boleh saya kemas meja ni?" Soal Elly.

Bisu. Mata Khai jauh tenggelam merenung dasar air di dalam cawan.

" Khai, awak dengar tak?"

Keadaan masih sama. Kali ini diselang bunyi keluhan.

" Khai, are you there ?"

Elly ketuk meja sebelum melambai tangan di depan muka Khai. Jejaka itu tersentak. Kembali ke dunia nyata.

" Eh, kau buat apa ni? Takda kerja ke? " Marahnya tiba-tiba.

Padahal tahu Elly tak buat salah pun. Dahi Elly kerut seribu. Tak sempat pertahankan diri, Khai bangun dan beredar dari meja makan.

Pehal doh mamat ni?

*****

Elly siap berkemas apabila lihat jam sudah menunjukkan pukul 6 petang.

Tidak lama lagi dia akan bertukar shift dengan madam Alisa.

Meski sudah sedia maklum tentang keadaan sebenar rumah itu. Meski sudah pasti tiada misteri dracula lepak tingkat atas dah. Tapi Elly tetap tidak dibenarkan kerja malam atas faktor dia anak dara dan Khai anak bujang.

Kang kalau geng serban dan sejadah kat bahu datang terjah nak jawab apa?

Elly keluar sebaik sahaja nampak sebuah kereta memarkir di hadapan rumah banglo itu. Kelihatan madam Alisa keluar dari perut pacuan 4 roda itu dan melangkah ke bonet kereta.

" Hah Elly, sebelum nak balik tolong saya angkat barang ni."

Kata wanita 40-an itu sebaik nampak Elly. Elly perhati barang apa yang ingin dibantu angkat itu.

Ada beras. Gula. Dan beberapa barang dapur yang dibeli oleh madam Alisa. Hah eloklah, baru nak bagitahu ada barang yang nak habis. Elly senyum simpul.

Di seat pemandu Elly nampak ada lelaki tegap duduk sambil menghisap putung rokok.

" Itu anak saya. Joe. " wanita itu memperkenalkan tanpa disoal.

Oh Joe.

Ingat tak bodyguard yang tangkap Alia tempoh hari. Rupanya salah seorang darinya anak madam Alisa.

Malas Elly nak ambil tahu tentang pekerjaannya. Tengok badanlah, takkan kerja supermarket. Paling cikai pun mesti guard kelab-kelab mafia.

Fuh.

Terengkot engkot gadis kurus itu mengangkat guni beras tadi. Sampai di dapur dia letak ke lantai dan mengeliat kepenatan.

Dah kenapa madam tak arah anak dia yang macam komando perang tu tolong ? Nak juga aku yang kering ni tolong. Nasib tulang besi, kalau ranting kayu patah weh.

Elly bermonolog.

" Terima kasih. Sekarang boleh balik. " Ringkas madam Alisa berkata.

Elly taknak banyak songeh. Dia hanya angguk dan melangkah pergi. Padahal dalam hati dah sumpah seranah sebab kena angkat benda-benda berat.

Ah.

Dia patah balik. Datang dekat dengan madam Alisa yang sedang menyusun sayur-sayuran dan barang lain ke dalam peti sejuk.

" Madam, nak tanya sikit." Pintanya.

Wanita itu pandang sekilas dan angkat kening tanda 'hah apa dia.'

Sambil tersengih dengan jari memintal tudung, dia menyoal.
" Tuan Khai ada marahkan saya ke?"

Dia teringatkan layanan Khai yang dingin pada hari ini. Kalau ada silap dia nak tahu gak. Jangan diam-diam. Curious tahu.

" Manalah saya tahu. Saya tengok dia biasa je pagi tadi. Takda complained pasal kamu. " Madam Alisa membalas.

Oh okay. Elly buntu. Takkan nak desak madam Alisa bagitahu benda yang dia sedia tidak tahu?

Akhirnya gadis itu memutuskan untuk berhenti tanya. Dan simpan soalan seterusnya buat empunya badan.

Ya. Akan ku tanya esok.

*****

Sekali lagi, mata dibuka. Di tempat sama, situasi sama.

Dalam ruang gelap, terasa kaki dan tangannya diikat.

Tap tap tap.

Bunyi tapak kaki menghampiri. Bau busuk yang kuat mengiringi.
Ruang gelap itu masuk cahaya. Sakit mata seketika. Terlalu lama dalam gelap hingga pedih mata terkena cahaya.

Dalam menanti padangan mata pulih, dia nampak. Seorang lelaki berjambang tidak kemas dengan rokok terselit di hujung bibir. Kepulan asap keluar dari lubang hidung.

Wajahnya terselindung sikit dengan kain yang menutup ruang dia dikurung itu.

" Kesian kau. Dapat mak bapak yang lebih sayangkan harta. Aku mintak sikit tapi payah nak bagi!!" Lelaki itu naik hantu.

Ditendang sangkar yang mengurung kanak-kanak 10 tahun itu.

Tangisan kedengaran. Dia takut. Takut sangat. Kenapa papa dengan mamanya tidak muncul? Apa harta dan duit lebih bermakna berbanding nyawanya ?

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now