16|Pahit III

41.9K 3.2K 101
                                    

Kring kring !

Huh ?

Kepala diangkat. Terbangun dari lena. Dia toleh kiri kanan.

Kring kring kring !

Bunyi deringan telifon rumah dari tingkat bawah. Elly bingkas bangun dari duduknya.

Entah siapalah yang menganggu tidurnya petang itu.

Sebaik sahaja langkah diatur terasa jemarinya dipegang erat. Dia menoleh ke belakang.

Jarinya berpaut pada jari Khai. Jejaka itu dipandang. Masih lena menikmati mimpi yang entah indah entah sebaliknya.

Mungkin indah kerana nampak ketenangan dalam wajah tidurnya. Elly kembali mendekati jejaka itu.

Lemah lembut dileraikan gengaman jari Khai dengan jarinya. Risau juga kalau-kalau perilakunya menganggu jejaka itu.

Seusai jari dipisahkan. Elly kemaskan balutan selimut yang terletak di atas tubuh Khai. Wajah jejaka itu direnung.

Deringan telifon rumah tadi telah lama diam. Mungkin memahami keberatan hati Elly untuk keluar meninggalkan Khai jauh.

Ye. Hatinya bertambah berat untuk meletak jarak dengan majikannya setelah kisah 15 tahun lalu dibongkar.

*****

" Tolong ! Tolong !"

Khai yang berusia 10 tahun itu meronta-ronta untuk dilepaskan. Matanya tertutup dengan kain gelap.

Dia didukung erat dengan seorang lelaki yang menculiknya secara tiba-tiba.

Sebentar tadi dia menanti mamanya yang sibuk membuat bayaran di kaunter sebuah butik pakaian wanita.

Oleh kerana dia bosan menunggu, dia berjalan-jalan di luar butik tersebut. Pandangannya hanyut ditelan kereta yang lalu lalang di hadapannya.

Semua nampak normal sebelum tiba-tiba dia dibawa lari lelaki misteri dengan kereta. Tak sempat meminta tolong, mulutnya ditutup dengan kain dan akhirnya dia tertidur.

Bangun-bangun dia mendapati dia sedang didukung lelaki misteri tadi masuk ke dalam rumah lama.

" Ish diamlah !!"

Lelaki tadi memukul punggungnya. Mengarah Khai untuk mendiamkan diri. Akan tetapi makin dimarah makin kuat suaranya berbunyi.

Hilang sabar, lelaki tadi meletak dia ke lantai dan menampar wajah kanak-kanak itu.

Mengalir darah di celah bibir Khai. Kali ini hanya dengar tangisan.

" Sakitkan ? Kalau taknak kena lagi baik kau diam !" Jerkah lelaki itu.

Khai hanya mampu menangis. Terasa sakit pada seluruh badannya. Mukanya terasa bahang.

" Weh Man, berapa nak mintak ?"

Seorang lelaki yang dari tadi duduk di bangku memerhati bersuara. Dia nampak lebih muda berbanding lelaki yang dipanggil Man tadi.

" 10." Pendek jawapan Man.

Lelaki lebih muda tadi berkerut dahi. 10 apa? 10 sen ? 10 ringgit? Hatinya berseloroh kemudian dia tersengih sendiri.

Man menjeling. " Kau tersengih macam kera ni kenapa? Cepatlah mintak dorang 10 ribu !" Marah Man.

Oh 10 ribu.

Telifon rumah itu didail. Seketika talian bersambung.

Hello.

" Hello ! Boleh bercakap dengan doktor Nasir? "

Ye. Saya yang bercakap. Siapa ni?

" Doktor tak kenal saya pun kalau saya bagitahu. Tapi saya kenal doktor. Kenal sangat. "

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now