39|Diri Sebenar

29.5K 2.5K 604
                                    

Terjaga Elly apabila dirinya dikejutkan dengan bunyi jatuh. Terduduk dia sambil mata terkebil-kebil cuba menangkap kelibat siapakah di kaki katil.

" Siapa ?" Soalnya gementar. Dia memeluk bantal memandangkan hanya itu benda yang paling dekat untuk dijadikan pelindung.

" Huh..urgh.."

Bunyi erangan itu serta merta melajukan detak jantung Elly. Siapakah itu ? Atau apakah ? Mata Elly menyepet untuk mengenalpasti gerangan tersebut.

" El..yana.."

Terbuka luas mata Elly sebaik mendengar suara itu. Pantas dia turun dari katil dan menghampiri suis lampu.

" Tutup !!" Jerit Khai sebaik sahaja lampu bilik bercahaya. Pedih matanya tatkala cahaya terang itu menyentuh kornea mata.

Terkejut dengan nada tinggi Khai, spontan Elly tutup semula lampu bilik. Tetapi, sempat dia melihat darah memenuhi lantai ketika lampu dibuka tadi. Apa yang sudah jadi ?

" Ya Allah Khai, apa dah jadi ?"

Panik gadis itu apabila menyentuh dada Khai yang berlumuran darah. Khai masih mengeluh kesakitan.

" Awak tunggu sini. Saya telefon ambulance !" Elly bingkas bangun tapi ditarik lengannya hingga buat dia terduduk kembali.

" Khai..."

" Shhh...jangan buat apa-apa."

Dalam kesamaran, dengan dada yang masih sakit, Khai renung wajah Elly. Ini kali kedua dia nampak Elly tanpa tudung di kepala. Rambutnya mengurai ke paras bahu. Jarinya digerak bermain dengan helaian rambut Elly.

" Khai..." risau benar apa yang dirasakan Elly. Sudahlah tercedera entah dari mana, boleh pulak nak buat adegan romantik kat sini.

" Shhh.." jari Khai diletak pada bibir Elly. Mengarah gadis yang nampak cemas itu supaya diam dan bertenang. Elly hanya membiarkan apa yang Khai ingin buat. Barangkali, cara ini dapat mengurangkan kesakitannya.

Jejaka itu mula merapati wajahnya mendekati Elly. Entah kenapa perasaan membuak-buaknya meminta untuk mengucup bibir gadis itu.

Mati ! Mati !

Khai terundur semula. Kepala dan dadanya berulang-ulang terasa sakit bagai ditusuk pisau. Sebelah tangannya memegang kepala, sebelah lagi masih dilekap pada dada. Bertambah cemas Elly melihat keadaannya. Apa yang dah jadi ni ? Apa hal doh !

Tiba-tiba Khai buka matanya, berwarna merah. Dia tersengih kepada Elly.

Air liur ditelan.

*****

Ladang kelapa sawit itu diredah. Kudratnya semakin lemah, tapi dia perlu teruskan langkah, jika tidak 'benda' di belakangnya akan menangkapnya.

" Tak guna betul. Kenapa takda siapa bagitahu aku mamat tu bukan manusia ?"

Lyna merungut dalam hati. Darahnya yang terkeluar dari garis luka di pipinya menitis ke bahu. Habis penuh bajunya dengan cecair likat berwarna merah dan hanyir itu.

Kakinya lemah tiba-tiba dan dia terus terduduk di atas tanah. Badannya mengengsot menghampiri sebatang pokok untuk bersandar. Pandangannya memandang ke arah jalan yang dia guna tadi. Nampak gelap. Lega hatinya setelah mendapati 'benda' itu tidak mengejarnya lagi.

Bunyi orang berjalan menarik perhatiannya. Joe muncul di sebalik pokok. Jejaka itu hanya tegak memerhati dia terseksa menahan sakit sendiri.

" Kau tikam dada dia Lyna ?" Joe bertanya.

Berkerut dahi Lyna. Bagaimana Joe boleh tahu cara dia menyerang Khai tadi ?

" Kan aku pernah pesan, jangan sentuh bahagian jantung dia. Sekarang kau dah nampak dia yang sebenar kan ?" Joe masih berkata-kata. Tiada sekelumit rasa pun untuk terus membantu Lyna yang sudah kehilangan banyak darah itu.

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now