Entri Untuk Orang Baru (menurunkan berat badan)

3K 67 1
                                    

Beginner, sila baca ini!

Tujuan utama entri ini ditulis adalah agar mereka yang pertama kali singgah di blog ini dan ingin menurunkan berat badan mendapat sinar awal dalam selok belok diet dan tidak terlalu pening dengan lambakan info yang terdapat dalam blog ni. Harapannya, selepas ini tidak akan lagi kedengaran soalan umum seperti, "Encik Susu, macam mana nak kurus?Encik Susu, berat saya 200kg, macam mana nak buang separuh?" kerana semua jawapan sudah pun ditulis dalam blog ni, mungkin berselerak sedikit, maka entri ini akan menunjukkan kepada anda laluan untuk mendapatkan jawapan yang dimaksudkan.

Pertama sekali, untuk menurunkan berat badan, anda perlu tahu apa yang menyebabkan kenaikan berat badan, dan itu membawa anda kepada konsep kalori. Pastikan anda baca dan faham betul-betul konsep tersebut kerana ilmu seperti ini akan anda aplikasikan kepada diri anda, untuk mengekalkan berat badan anda sampai bila-bila. Setelah habis membaca bab-bab dalam Kelas Kalori, semak kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut:

1.Berapa kalori yang sepatutnya anda ambil dalam sehari?
2.Berapa kalori yang terdapat dalam satu-satu makanan?
3.Berapa kalori yang dibakar dalam satu-satu aktiviti/senaman?
4.Apa ciri-ciri makanan berkalori tinggi?
5.Dan apa ciri-ciri makanan berkalori rendah tetapi mengenyangkan?

Defisit Kalori = Turun Berat Badan

Kedua, bila dah ada ilmu asas, maka perjalanan anda untuk menurunkan berat badan secara rasminya telah bermula. Anda perlu merangka pula strategi anda sendiri untuk menurunkan berat badan. Mungkin ada yang sekadar ingin mencipta defisit kalori dengan mengehadkan pengambilan kalori dari diet harian (kurangkan pengambilan kalori), mencipta defisit kalori menerusi senaman (bakar lebih kalori), atau mungkin ada yang ingin menerapkan kedua-duanya sekali! (yang ini lebih baik dan paling disyorkan). Tetapi pastikan defisit kalori anda tidak terlalu banyak sehingga jumlah pengambilan kalori harian anda dibawah paras BMR (Basal metabolik Rate) kerana ini hanya akan menjatuhkan kadar metabolisma dan merbahaya untuk kesihatan diri. Metabolisma? Apa tu?

Defisit Kalori = Kurangkan pengambilan kalori + Bakar lebih kalori

Ketiga, anda perlu tahu merangka diet anda (dari kuota kalori yang anda dapat tadi) supaya ia kelihatan seimbang. Anda perlu tahu apa itu sumber karbohidrat yang baik, apa itu sumber proteindan lemak yang baik, dan apa itusumber alkaline. Rumus mudah yang aku sentiasa pegang adalah, dalam satu menu seimbang jumlah Karbohidrat harus 2X Protein, dan Protein harus 2X lemak. Beberapa contoh menu seimbang berdasarkan konsep yang aku ceritakan adalah seperti berikut, tak semestinya ikut bulat-bulat contoh ini, anda mungkin boleh merangka rupa diet anda mengikut kreativiti masing-masing.

Nasi - makanan ruji rakyat Malaysia sejak turun-temurun merupakan contoh terbaik makanan seimbang. Di sini aku tunjukkan beberapa cara kreatif penyediaan nasi untuk ia kelihatan seimbang.

Strategi nasi dan lauk - entri ini menggunakan contoh hidangan nasi untuk menaikkan berat badan, namun konsepnya masih sama, strategi untuk mendapatkan makanan seimbang!

Roti Naan dan ayam tandoori - ini juga merupakan menu seimbang, cuma masalahnya di sini adalah menu ini tidak sesuai dimakan sekali guskerana saiz hidangannya besar, ada dalam 700kcal juga sekali hidangan. Mungkin anda boleh makan separuh (350kcal), dan separuh lagi simpan untuk hidangan berikutnya.Selain nasi, anda boleh menghasilkan menu seimbang lain mengikut kreativiti anda, antaranya seperti yang adadalam entri iniEntri ini pula merupakan contoh untuk mendapatkan keseimbangan alkaline-acidic dalam diet. Di sini, telur separuh masak digunakan sebagai contoh.

Keempat, anda perlu tahu bagaimana caranya untuk menaikkan kadar metabolisma kerana ini merupakan katalis utama untuk mempercepatkan proses menurunkan berat badan.Metabolisma merupakan gambaran proses penukaran makanan yang kita makan, hinggalah kepada penukarannya kepada tenaga. Pokoknya, kaedah mengawal pengambilan kalori memang membantu anda mencapai matlamat berat badan idaman, cuma cepat atau lambat itu bergantung pada tahap metabolisma seseorang. Lebih tinggi kadar metabolisma anda, lebih cepat dan mudah berat badan anda untuk dibakar.

Kelima, aplikasikan kembali apa yang sudah diceritakan dalam Kelas Kalori, dari bab pertama hinggalah bab akhir. Semua itu dah disusun untuk anda (tak perlu dah nak selongkar satu persatu entri-entri lama), maka gunakan kemudahan tersebut sebaiknya. Mungkin akan ada yang akan ragu-ragu dan bertanya "yang ini boleh makan atau tidak?apa yang patut saya makan untuk kuota kalori saya tu?", maka untuk menjawab soalan tersebut, 2 entri berikutnya mungkin membantu

"Tolong, Apa yang patut saya makan?"Tolong, Apa yang patut saya makan ketika hari workout?

Akhir sekali, anda harus tahu bahawa berat badan anda tidak akan terus susut selamanya atau jika tidak badan akan berdepan maut. Untuk itu, badan mempunyai satu sistem pertahanannya sendiri yang dikenali sebagai "plateau". Plateau berfungsi untuk mencegah berat badan dari terus menyusut dan ia merupakan proses adaptasi badan. Ada yang bernasib baik apabila plateau itu tiba tatkala individu tersebut sudah mencapai matlamat berat badan yang diidamkan, tetapi ada juga yang mengalami plateau terlalu awal (bergantung pada pola / jenis pemakanan yang diamalkan, tidak melakukan latihan bebanan).

Mungkin pada peringkat ini, anda sudah mula teruja dan tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan rejim penurunan berat badan anda. Selamat berjaya dalam misi anda menurunkan berat badan, seterusnya mengamalkan gaya hidup yang sihat, sejahtera, dan... MANTOP!

#TurunBeratBadan101Where stories live. Discover now