#bersenamitubagus No.2 - Senaman Tumbuk Lemak Itu [CKstar]

52 1 0
                                    

Siapa di sini kerap skipping? Siapa di sini suka senam aerobik? Senaman kali ni ada elemen ke semua ini iaitu gabungan free style jumping dan martial art.

Aku suka buat senaman macam ni bila aku nak senaman enjoy untuk bersuka-suki. Ia melibatkan upper body danlower body di kerjakan secara berselang seli, hasilnya kita dpttotal body workout di mana kalori yang dibakar akan menjadi lebih tinggi. Bagi aku senaman ini tak membosankan malah mencabar jika dibuat dengan usaha 100%.

Kelebihan senaman ini mudah, tak perlu ruang yang banyak dan boleh di lakukan di mana-mana sahaja. Jikalau sedang out station atau bercuti juga boleh dibuat di bilik hotel. Pasangkan lagu rancak dan mula beraksi.

Peralatan: Interval Timer. boleh download percuma di sini. Bagi yang memiliki smartphone boleh download aplikasi tu bergantung pada jenis smartphone anda.

Masa: 16 minit. Set kan Interval Timer 30 saat workout dan 10 saat Rest. Jumlah set adalah sebanyak 24 round.

Rutin:

1. High Knee

2. Jab & Cross (kaki kanan di hadapan)

3. Squat Jump

4. Jab & Cross (kaki kiri di hadapan)

5. Jumping Oblique Twist

6. Uppercut

7. Squat Jack

8. Hook Punch

Tips:

~ study dulu setiap pergerakan seperti dalam link youtube yang dah dibekalkan.

~ Ulang 8 rountine nie 3 kali (jumlah semua 24 round/set).

~ Masa time tumbuk, sila tumbuk dengan sekuat hati yang boleh diibarat seperti sedang tumbuk lemak-lemak yang dok menjelir (macam perli kita tu)

~ Fokus sambil lompat dan tumbuk selaju yang boleh agar lagi banyak kalori dibakar.

~ Waktu Rest boleh digunakan untuk minum air

~ Have Fun..!!

.:Berjumpa lagi di Senaman seterusnya:.

#TurunBeratBadan101Where stories live. Discover now