Siapa sangka, 5 daripada 8 cara untuk menurunkan Body Fat Percentage (BF %) sudah pun dibincangkan sebelum ini di SusuSejat.Com. Berikut merupakan 8 cara MUTLAK yang boleh dipraktikkan untuk menurunkan BF %, disusun daripada yang paling disyorkan (1) hinggalah kepada yang paling kurang disyorkan (8).
1 - Amalkan kardio, menggunakan strategi untuk 'fat burn'. Rujuk entriKardio - Katalis kepada 'Fat Burn'[Fokus Penurunan: Subcutaneous fat, Visceral fat]
Update Bacaan Terkini, rujuk juga 2 entri di bawah:
i - Kadar denyut nadi dan proses bakar lemak
ii - Bakar lemak secara efisyen2 - Tingkatkan kadar metabolisma. Rujuk entri Kisah Metabolisma (Bahagian 2) [Fokus Penurunan: Subcutaneous fat,Visceral fat]
Nota: Selain senaman bebanan (weight training), kaedah senaman berintensiti tinggi secara interval juga membantu meningkatkan kadar metabolisma, antara rutin yang popular adalah pecut tabata, selain pecut bukit berinterval.
3 - Kurangkan pengambilan kalori, untuk menghasilkan defisit kalori. Rujuk ruangan Kelas Kalori [Fokus Penurunan: Subcutaneous fat,Visceral fat]
4 - Pelajari teknik yang betul dalam memilih karbohidrat dan protein, serta sumber phytochemicals (sayur-sayuran). Rujuk entri "Tolong! Apa yang patut saya makan?" [Fokus Penurunan:Visceral fat]
5 - Pantau dan catat angka Body Fat Percentage, dalam semimggu sekali. Rujuk entri Apa itu "Body Fat Percentage"? (eh, ini entri semalam) [Fokus Penurunan: Subcutaneous fat, Visceral fat]
6 - Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak tepu (saturated fat) seperti daging lembu, daging kambing, burger daging lembu, makanan yang menggunakan minyak sapi (nasi beriani), dan sebagainya. [Fokus Penurunan: Visceral fat]
7 - Teknik khas pengiraan Kalori secara 'spesifik', iaitu memantau pengambilan kalori yang diperlukan oleh 'lean mass' (otot sebenar), tidak seperti DCR/BMR yang kurang tepat kerana dibentuk dengan mengambil nilai berat badan seseorang secara umum (otot + lemak). Ini bererti anda perlu memantau pengambilan 3 jenis kalori dalam sehari, iaitu kalori daripada karbohidrat, kalori daripada protein, dan kalori daripada lemak, secara spesifik. Bunyinya sungguh kompleks? Ya, memang kompleks, meskipun LEBIH TEPAT kerana ia diguna pakai secara meluas dalam arena bina badan (ahli bina badan mempunyai 3% - 5% Body Fat!), dan Susu Sejat MUNGKIN akan membincangkan bab berkenaan ini suatu hari nanti, bergantung kepada pemintaan para pembaca. [Fokus Penurunan: Subcutaneous fat,Visceral fat]
8 - Mengambil supplemen seperti 'fat burner'. Namun aku tidak akan membincangkan hal ini dengan lebih lanjut kerana aku sendiri tidak pernah mendapat sebarang hasil positif ketika mengamalkannya suatu ketika dahulu. Sesetengah produk 'fat burner' mungkin tidak sesuai/mujarab untuk sesetengah orang, dipendekkan cerita 'fat burner' belum tentu lagi menjanjikan 100% hasil yang dikehendaki. Ia bergantung kepada individu yang memakainya. [Fokus Penurunan: Subcutaneous fat]
Komen Susu Sejat: Meskipun terdapat 8 cara yang disenaraikan di sini, aku beranggapan mengamalkan cara 1 hingga cara 6 adalah memadai untuk menurunkan BF % kepada beberapa angka. Apa yang penting ialah komitmen dan disiplin yang berterusan daripada setiap individu. Semoga berjaya...
YOU ARE READING
#TurunBeratBadan101
Non-FictionMacam mana ni nak turun berat badan? Mesti anda tertanya bagaimana seharusnya dan cara yang paling betul untuk menurunkan berat badan. Caranya senang iaitu berdiet a.k.a mengamalkan diet yang seimbang. Aikkk??!! Macam mana tu? Bacalah buku ini untuk...