Pada ketika ini, aku menganggap anda semua sudah memahami apa yang dimaksudkan dengan metabolisma. Jika anda masih ragu-ragu, silalah merujuk kepada topik-topik berikut terlebih dahulu:
1 - Kisah Metabolisma 1: Apa itu metabolisma?
2 - Kisah Metabolisma 2: Faktor yang meningkatkan kadar metabolisma
3 - Kisah Metabolisma 3: Faktor yang menurunkan kadar metabolismaUmum sedia maklum bahawa puasa untuk tempoh yang lama berpotensi merendahkan kadar metabolisma. Mengapa terjadinya hal sedemikian?
Situasi berpuasa adalah sama dengan situasi kita mengelak hidangan (skipping meal). Menerusi puasa, kita sebenarnya mengelak pengambilan 3 hidangan penting yang wujud dalam diari pemakanan kita pada hari biasa, iaitu snek di antara sarapan pagi dan makan tengahari, makan tengahari, dansnek (minum) petang. Ketika berpuasa, otak akan mula memberikan isyarat bahawa tubuh badan tidak menerima apa-apa makanan untuk tempoh yang panjang, maka badan seterusnya akan cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan lapar (starvation mode).
Menerusi proses penyesuaian ini, badan bukan sahaja menyimpan (conserve) tenaga, malah akan 'mengarahkan' semua fungsi penting badan supaya 'bekerja lebih perlahan' daripada sebelumnya selari dengan jumlah kalori yang diperolehinya rendah. Bayangkan badan kita adalah sebuah bank, manakala kalori yang dibekalkan (makan 5-6 kali sehari) adalah gaji yang diperolehi setiap bulan. Sekiranya kita tidak mendapat gaji untuk beberapa bulan, agak-agaknya apa yang sepatutnya dilakukan supaya tidak jatuh muflis? Berjimat-cermat bukan? Maka badan kita juga adalah seperti itu. Walaubagaimanapun, anda boleh lawan situasi ini dengan memastikan anda bergiat aktif dan cergas ketika bulan puasa, dan bukannya menjadi 'lethargic' dengan banyak berehat, duduk atau tidur.
Penurunan berat badan ketika berpuasa. Adakah itu normal?
Benar, itu adalah perkara normal. Hampir kesemua individu yang berpuasa bakal mengalami penurunan berat badan. Kebiasaannya, individu yang berpuasa akan mengambil kurang kalori daripada yang sepatutnya (DCR), tanpa langsung menyedarinya. Faktor gaya hidup (seperti berkerja di luar pejabat) juga memainkan peranan dalam penghasilan kalori defisit ini.
Tetapi ada juga yang mengalami kenaikan berat badan ketika berpuasa. Adakah itu juga normal?
Kes ini jarang sekali kita dengar, tetapi tidak mustahil untuk berlaku. Pada hemat Susu Sejat, ada faktor penyebab situasi ini adalah Jenis makanan yang diambil sepanjang Ramadhan. Ini tidak mustahil, jika makanan Malaysia dijadikan sebagai contoh. Pengambilan minuman yang manis-manis sehingga bergelas-gelas banyaknya, juga makanan yang berlemak dan manis-manis (lemak adalah penyumbang kalori tertinggi, kerana 1g lemak = 9kcal) adalah penyumbang kepada situasi ini. Tiada kenaikan berat badan secara sihat (naik berat otot) sebenarnya berlaku dalam kes ini, malah sangat mustahil untuk berlaku. Sekiranya ada juga yang mengalami kenaikan berat badan, maka kenaikan itu adalah kenaikan berat lemak. Tidak percaya? Sukat Body Fat % anda sebelum dan selepas bulan puasa, dan bandingkan. Jika berat badan anda naik selepas bulan puasa, secara teorinya bacaan Body Fat % selepas bulan Ramadhan adalah lebih tinggi berbanding sebelumnya.
Post-Ramadhan (Hari Raya Aidilfitri) penyebab kegemukan. Benarkah, dan wajarkah dielakkan?
Sekiranya makan secara tidak terkawal ketika Hari Raya, pasti akan menyebabkan kegemukan kerana 'water retention'.
Ketika puasa, kadar penurunan glycogen dalam badan adalah ketara (glycogen sifatnya memegang air), namun situasi sebaliknya berlaku pada tanggal 1 Syawal. Pola pemakanan akan kembali seperti waktu sebelum Ramadhan di samping pilihan makanan yang ada juga manis belaka. Hal ini akan mengakibatkan paras glycogen kembali penuh seperti sediakala dan disebabkan sifat glycogen memegang air, maka kenaikan berat akan menjadi lebih ketara. Namun soalnya, wajarkah kita berhati-hati dan berdiet ketika tanggal 1 Syawal ini? Bagi aku, itu terpulang kepada hak masing-masing.
Gambar sekadar hiasan
Pada pendapat aku, 1 Syawal merupakan 'hadiah' yang sangat tidak terhingga setelah mengharungi puasa selama sebulan. It's a self reward. Berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai adalah satu kemestian, dan merasai kesemua juadah yang dihidangkan pula menunjukkan rasa hormat dan penghargaan kepada tuan rumah yang telah bersusah-payah menyediakan makanan buat tetamunya (merasai makanan dan menikmati makanan adalah dua perkara yang berbeza, ingat tu!).
Masih ingatkah lagi Siri Khas Puasa bahagian 1, di mana aku ada menceritakan perlunya membina 'momentum pemulaan puasa' menerusi puasa sunat di bulan Rejab dan Syaaban? Momentum ini perlu sebagai mukadimah (pembuka) agar tubuh kita tidak berapa terkejut.
Dan setiap yang buka itu pasti ada penutupnya, dan penutup puasa bulan Ramadhan itu adalah puasa eNam hari di bulan Syawal. Andaikan puasa ini seperti bersenam. Ketika bersenam, harus ada senaman pemanas badan (warming up) dan senaman penyejuk badan (warming down). Puasa Ramadhan juga harus seperti itu, ada pembuka dan penutupnya, agar tubuh dan metabolisma tidak terlalu terkejut dengan perubahan yang drastik dan mendadak. Siapa sangka, itulah hikmahnya jika kita berpuasa sunat.
YOU ARE READING
#TurunBeratBadan101
Non-FictionMacam mana ni nak turun berat badan? Mesti anda tertanya bagaimana seharusnya dan cara yang paling betul untuk menurunkan berat badan. Caranya senang iaitu berdiet a.k.a mengamalkan diet yang seimbang. Aikkk??!! Macam mana tu? Bacalah buku ini untuk...