10 cara mudah untuk menjadi lebih bertenaga dan 0% lesu (Bahagian 1)

103 0 0
                                    

Semua orang ingin menjadi lebih bertenaga dan kurang lesu setiap hari, minda 100% bersedia, dan mampu berlari ke sana ke mari tanpa perlu berasa mengah, semput, atau lesu selepasnya.

Pendek kata semua mahu kesihatan fizikal mereka berada pada tahap optimum, namun mungkin tak ramai juga yang mengetahui cara-caranya.

Berikut aku kongsikan 10 cara bagaimana aku mengekalkan kecergasan dan menjadi lebih bertenaga setiap hari.

1 - Kurangkan pengambilan gula
Ada tiga ketika sahaja dalam hidup yang dibolehkan makan/minum makanan/minuman yang mengandungi gula, iaitu ketika awal pagi, selepas bersenam, dan juga ketika berbuka puasa.

Lain daripada tiga ketika ini, katakanlah tidak kepada gula. Ini kerana pengambilan gula yang berlebihan (G.I tinggi) akan menggalakkan insulin dirembes oleh sel-sel beta pankreas secara mendadak, proses yang dikenali sebagai insulin spike.

Tugas insulin ialah untuk membawa gula ringkas tadi masuk ke dalam sel-sel untuk ditukarkan kepada glycogen, dan ini mengakibatkan para gula dalam darah jatuh dengan mendadak sekaligus diikuti dengan rasa mengantuk.

2 - Minum lebih banyak air
Air lebih mudah terhidrat dari badan, terutamanya jika anda tinggal di kawasan yang panas seperti Malaysia ini. Kekurangan air akan menyebabkan diri keletihan (kes paling mudah dapat dilihat ketika kita berpuasa). Justeru itu banyakkan meminum air setiap hari, disamping kurangkan juga pengambilan kopi dan apa sahaja minuman yang berasaskan caffein kerana caffein ini bersifat diuretic; badan akan lebih kerap menyingkirkan air menerusi air kencing. (Tahukah anda: Aku sudah lama berhenti dari minum kopi sejak beberapa bulan yang lalu. Mengantuk ketika awal pagi? Tak pernah pun..)

3 - Jangan sesekali mengelak makan
Dan ini amat penting, terutamanya sarapan pagi. Sarapan pagi merupakan mukadimah dan kunci metabolisma anda supaya tubuh lebih bertenaga untuk menempuh hari yang baru. Kajian juga menunjukkan mereka yang mengambil sarapan setiap pagi lebih mudah untuk turun berat badan berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan pagi.

4 - Bernafas dengan betul
Kebanyakan individu bernafas dengan cara 'pendek' (chest/shallow breathing), dan cara ini sebenarnya kurang tepat meskipun hal ini (bernafas) dilakukan tanpa kita sedari dan di luar kawalan kita. Bernafas secara 'mendalam' (Diaphragmatic breathing) seperti yang kita belajar dalam kelas pendidikan jasmani masa di sekolah dahulu adalah cara bernafas yang betul, kerana dengan cara ini kita dapat memaksimumkan kemasukan oksigen ke dalam badan, sekaligus memastikan sel-sel badan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi untuk menjalankan tugas masing-masing.

5 - Dapatkan tidur yang mencukupi
Bunyinya seperti mudah, tetapi berapa ramai di antara kita yang mempraktikan tidur (malam) 8 jam sehari? Tidur yang mencukupi dan berterusan ini penting untuk memastikan otak mendapat 'makanan' dan rehat yang mencukupi, yakni menerusi tidur. Bila waktunya kita masuk tidur juga penting kerana HGH (Human Growth Hormone) yang mana penting untuk pertumbuhan otot dan fungsi imun lebih banyak dirembeskan sekitar jam 11pm dan 1am (berdasarkan jam biologi anda). Justeru itu, masuk tidur sebelum jam 11pm adalah amat digalakkan.

#TurunBeratBadan101Where stories live. Discover now