Joy, macam mana nak jadi 'tinggi'?

135 5 0
                                    

Ada beberapa kawan pernah bertanyakan soalan seperti ini, dan berikut adalah jawapan aku..

Nak jadi tinggi ni bergantung pada genetik/keturunan ke? Tak juga. Aku pernah mengenali pasangan suami isteri ni (orang veteren, aku panggil pakcik dan makcik), asal dari Kelantan, tapi dah menetap di US sejak awal perkahwinan mereka lagi. Perkahwinan mereka dikurniakan 2 orang anak lelaki. Ketinggian pakcik dan makcik ni sederhana saja, seperti orang melayu yang lain, malah mereka lebih rendah dari aku. Tetapi 2 orang anak lelaki mereka ni sungguh tinggi, dah macam anak orang putih (american accentmereka juga sungguh pekat).

Jadi, apakah faktor yang membuatkan mereka boleh jadi tinggi sebegitu rupa? Berikut aku senaraikan tips yang aku percaya amat berguna buat mereka yang memerlukan.

1 - Senaman - lakukan weight training sekurang-kurangnya 2 kali seminggu, dan senaman hendaklah fokus kepada belakang (tulang belakang/spine).

2 - Backward Bend - lakukan senaman ni setiap pagi, selepas bangun tidur.

Backward Bend

3 - Sumber Tenusu - Minum susu setiap hari, pagi, petang, dan malam. Ketika sarapan pagi tu, biasakan makan roti bersama-sama keju (cheese). Sumber tenusu kaya dengan kalsium dan vitamin D yang membantu pertumbuhan tulang.

4 - Elak Kafein - Katakan TIDAK pada kopi, teh dan coklat, kerana minuman-minuman ini mengandungi kafein (kafein menghalang penyerapan kalsium untuk pembentukan tulang). Sekarang korang faham kenapa doktor/mak tak bagi korang minum kafein masa kecik-kecik dulu?

5 - Tidur - Tidur dengan secukupnya setiap hari, sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam.

6 - Disiplin - Ikut semua petua-petua di atas, jangan sekali-kali mengelat. Anda akan nampak keputusannya selepas tempoh 2-3 bulan, InsyaAllah.

P/S: Tips di atas juga bergantung pada faktor umur. Manusia masih boleh jadi 'tinggi' ketika awal 20-an (ada yang sampai umur 24 tahun pun masih boleh meningkat tinggi, ada juga yang dah berhenti seawal 22 tahun, ini bergantung pada genetik/jantina).

#TurunBeratBadan101Where stories live. Discover now