Pisang tidak dinafikan merupakan 'snek tenaga segera' sejak turun temurun lagi.
Daripada sukan yang memerlukan endurance seperti tenis, hinggalah kepada senaman yang menguji kekuatan otot sepertiweight training.
Jangan anda tak tahu, pemain tenis professional India, Sania Mirza telah dilihat memakan sebiji pisang ketika rehat antara set ketika kejohanan tenis terbuka Australia tempoh hari.
Adakah itu bermaksud beliau seorang peminat pisang yang tegar, sehinggakan di gelanggang tenis sekalipun mesti makan pisang, tidak boleh meninggalkan pisang walaupun sesaat? Hakikatnya, itu bukanlah jawapannya.
Fakta 'harus tahu' berkenaan pisang:
Kaya dengan sumber serat (kalau anda terasa susah nak berak, teran tahi sampai merah muka dan tercungap-cungap, amalkan makan pisang beberapa kali dalam sehari).Kaya dengan sumber potassium yang mana bagus untuk fungsi sistem kardiovaskularBoleh dikatakan pisang tidak mengandungi lemak (hanya 0.33g lemak per 100g pisang) mahupun sodium.Mengandungi beberapa sumber vitamin (A, B1, B2, C) yang bagus untuk membantu kecantikan rambut, kuku dan kulit.Memandangkan ia senang dihadam, tambahan juga kaya dengan vitamin B1 dan B2, maka pisang sesuai dijadikan sebagai snek segera terutamanya ketika selepas bersenam, kerana keupayaannya membekalkan tenaga dalam kadar yang pantas (instant energyMemandangkan juga ia kaya dengan beberapa mineral semulajadi seperti potassium dan manganese, pisang juga merupakan pengembali elektrolit yang bagus selepas bersenam.Sebiji pisang (100g), secara purata mengandungi 90kcal.Sumber anti-depressi atau anti-stress yang bagus. Ini kerana pisang mengandungi trytophan, yang mana badan akan menukarkannya kepada seratonin. Seratonin memperbaiki mood sekaligus membuatkan anda berasa tenang dan gembira (bagus untuk perempuan yang moodykerana period/PMS).Terdapat lebih 500 jenis pisang di dunia ini. Namun rata-rata pisang yang terdapat di pasaran dan dikomersilkan adalah dari jenis 'CavendishSekiranya anda ingin menuai/memetik pisang, petiklah ia ketika masih hijau. Ini kerana pisang adalah antara buah-buahan yang mampu menghasilkan ethylene yang banyak, sekaligus 'masak' (ripening) meskipun sesudah dipisahkan dari pokoknya. Petua ini diamalkan oleh peladang/pengeluar pisang sejak sekian lama, kerana proses penghantaran pisang kepada pengedar, seterusnya kepada pengguna memakan masa yang agak lama.
Pisang dari jenis Cavendish
Pisang dari jenis liar (wild type), yakni pisang yang belum melalui proses kacukan, pindah silang genetik secara semulajadi, atau mutasi (sehingga terhasilnya pisang yang terdapat di pasaran masa kini) mempunyai biji yang banyak, besar dan keras.
Anda mempunyai cerita menarik berkenaan pisang yang ingin dikongsikan?
YOU ARE READING
#TurunBeratBadan101
No FicciónMacam mana ni nak turun berat badan? Mesti anda tertanya bagaimana seharusnya dan cara yang paling betul untuk menurunkan berat badan. Caranya senang iaitu berdiet a.k.a mengamalkan diet yang seimbang. Aikkk??!! Macam mana tu? Bacalah buku ini untuk...