Berikut adalah langkah-langkah untuk memulakan 'diet baru', khas buat mereka yang SERIUS mahu naik (atau turun) berat badan:
1 - Tentukan dimana korangberada sekarang, berapa berat yang perlu korang tambah (untuk naik berat) atau buang (untuk turun berat). Terdapat beberapa cara untuk menilainya, tetapi yang palingcommon dan mudah ialah menerusi Body Mass Index (BMI). BMI Normal adalah di antara 18-25,Underweight jika kurang daripada 18, Overweight 25-30, dan Obesejika melebihi 30.
Sebagai Contoh (Weight Loss)...
Berat terkini = 140Kg, Tinggi =1.5m,
Formula: BMI = Berat dalam Kg / (Tinggi dalam meter)^2
= 140Kg / (1.5m)^2
= 62.2 Kg/m^2Sememangnya bmi 62.2 ini adalahsuper-duper obese, dan bagi mereka yang mempunyai BMI melebihi 40, aku nasihatkan agarberjumpa dahulu dengan doktor/ physician, dan semak dahulu tahap kesihatan sebelum memulakan program yang terdapat di 'Susu Sejat' ni.
Setelah itu, kira pula berat sasarankorang, sebagai contoh,menggunakan BMI 25 sebagai pengukur.
Berat sasaran (kg) = BMI sasaran X (Tinggi dalam meter)^2
= 25 X (1.5m)^2
= 56.3 Kg ~ 56Kg.Berat perlu dibuang = Berat terkini - Berat sasaran
= 140 - 56
= 84 Kg.84Kg ini bukanlah sesuatu yang mustahil; yang membuatkan ia mustahil ialah untuk hilangkan 84kg dalam satu malam, satu minggu, atau pun dalam hanya satu bulan. Perlu kita ingat, pertambahan 84kg tu bukan berlaku dalam masa 3 atau 4 bulan. Hakikatnya lemak tepu yang ada dalam badan tu dah 'terkumpul' sejak BERTAHUN-TAHUN lamanya. Kita kena ubah mentaliti 'klasik' yang sentiasa mahupun keputusan 'segera' dan pantas. Setiap benda di dunia ini memerlukan usaha dan komitmen, juga mengambil masa, untuk mendapatkan hasil yang CEMERLANG dan berpanjangan.
Contoh ke-2 (Weight Gain)...
Berat terkini = 35Kg, Tinggi = 1.5m,
Formula: BMI = Berat dalam Kg / (Tinggi dalam meter)^2
= 35Kg / (1.5m)^2
= 15.6 Kg/m^2(Terlalu skinny, harus tambah..katakan sasaran BMI ialah 20)
Berat sasaran (kg) = BMI sasaran X (Tinggi dalam meter)^2
= 20 X (1.5m)^2
= 45 KgBerat perlu ditambah = Berat sasaran - Berat terkini
= 45 - 35
= 10 KgContoh ke-3 (Hmm?? Tak pasti la pula...)
Berat terkini = 50Kg, Tinggi = 1.5m,
Formula: BMI = Berat dalam Kg / (Tinggi dalam meter)^2
= 50Kg / (1.5m)^2
= 22.2 Kg/m^2(Tahniah.. BMI anda berada pada tahap yang 'Normal', tetapi..)
BMI yang Normal terletak pada skala 18-25. Berat individu ini ialah 40.5kg apabila BMI beliau adalah 18, manakala 56.3kg apabila BMI beliau adalah 25. Maka beliau harus memastikan berat beliau sentiasa dalam linkungan 40.5kg-56.3kg.
2 - Tentukan berapa nilai DCR (Daily Calorie Requirement) korang. Rujuk Kalori: Siapakah Kamu? (Bahagian 1) untuk mempelajari bagaimana untuk mengira DCR.
3 - Rancang strategi diet korang, dan tentukan berapakah kalori yang harus di ambil dalam sehari. Sebagai contoh, +500kcal kepada DCR untuk naik berat, -500kcal daripada DCR untuk turun berat. Rujuk Kalori: Dikaulah penentu beratku.. (Bahagian 2) dan Kalori: Mengawalmu hanya di hujung jariku.. (Bahagian 3) untuk maklumat lanjut.
4 - Dengan strategi yang korangguna ni, agak-agaknya bila sasarankorang akan tercapai? Sila buat sub-gol yang tidak melebihi 3 bulan. Dan pastikan untuk mengira kembali DCR setiap kali korang naik atau turun beberapa KG, untuk mengelakkan apa yang dikenali sebagai 'plateau'. Kemudian apabila dah capai sub-gol tersebut, baru mulakan sub-gol yang baru. RujukKalori: Mengawalmu hanya di hujung jariku.. (Bahagian 3) untuk mempelajari kaedah meramal bilakah berat sasaran korang itu boleh dicapai, dan Kalori: 'Plateau' ketika program? (Bahagian 4) untuk mengetahui apa yang dimaksudkan dengan plateau.
5 - Bagaimana untuk mengira kalori supaya tidak melebihi kuota yang sepatutnya? Adakah korangbetul-betul mengetahui apa itu karbohidrat, apa itu protein, dan apa itu lemak? Micronutrients, minerals? [Akan dikupas secara terperinci pada siri kalori, "Bahagian 6" dan "Bahagian 7" kelak]
6 - Bagaimana untuk menentukan nilai kalori dalam sesebuah hidangan, atau makanan? [Akan dikupas secara terperinci pada siri kalori, "Bahagian 7" kelak]
7 - Bagaimana untuk menilaiprogress? Adakah korang berada pada landasan yang betul? [Akan dikupas secara terperinci pada siri kalori, "Bahagian 8" kelak]
8 - Di manakah terletaknya motivasi itu? Penutup keseluruhan siri mengenali Kalori [Akan dikupas secara terperinci pada siri kalori, "Bahagian 9" dan "Bahagian 10" kelak]
Itulah dia, 10 episod/bahagian topik berkenaan 'kalori' yang telah dan bakal aku ceritakan, juga cara mempraktikkannya agar korangdapat mengecapi berat dan bentuk badan yang diidamkan. Dalam 5 episod yang akan datang, korangakan didedahkan pula dengan cara bagaimana untuk menikmati semua makanan yang korang suka (WOW!), tapi dengan cara yang betul dan teratur.
"When it comes to eating right and exercising, there is no 'I'll start tomorrow'; Tomorrow is disease" - Terri Guillemets -
YOU ARE READING
#TurunBeratBadan101
Non-FictionMacam mana ni nak turun berat badan? Mesti anda tertanya bagaimana seharusnya dan cara yang paling betul untuk menurunkan berat badan. Caranya senang iaitu berdiet a.k.a mengamalkan diet yang seimbang. Aikkk??!! Macam mana tu? Bacalah buku ini untuk...