Adakah lemak yang anda makan semalam akan terus menempek membentuk lemak dalam badan? Apakah penurunan berat badan yang banyak bererti jumlah sel lemak anda juga berkurangan dengan banyak?
Masih ingat dengan entri aku dahulu yang bertajuk "Apakah jenis tubuh badan anda"? Dalam entri tersebut aku ada membincangkan bahawa tubuh badan manusia secara amnya boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu Endormoph, Mesomorph, dan Ectomorph. Apakah perbezaan antara ketiga-tiga jenis tubuh badan ini? Jika kita ulangkaji kembali topik tersebut, secara genetik jenis tubuh badanEndomorphlah yang memiliki lebih banyak bilangan sel lemak berbanding Mesomorph dan Ectomorph. Disebabkan faktor ini juga mereka yang memiliki ciri-ciri Endomorph lebih mudah untuk menyimpan lemak andaikata berlakunya pengambilan kaloriyang lebih untuk jangka masa panjang.
Tunggu seminit, Sel lemak? Apakah bendanya itu?
Sel lemak, atau nama sainsnyaadipocyte atau lipocyte merupakan sel hidup yang tinggal di dalam badan kita. Sel hidup? Ya, anda tidak salah mendengar, mereka memang wujud dan hidup dalam semua tubuh badan manusia, tidak mengira kaum, bangsa, jantina, kecil, dewasa, selagi namanya itu manusia dan apa-apa sahaja haiwan yang jatuh di bawah kategori animal kingdom, maka di dalam tubuh mereka WAJIB akan ada apa yang dikenali sebagai sel lemak. Ia merupakan komponen penting dalam kemandirian benda hidup yang jatuh di bawah kategorianimal kingdom.
Setiap sel di dalam badan manusia dicipta pasti ada fungsinya. Tahukah anda apa fungsi sel lemak dalam badan manusia? Sel lemak berfungsi sebagai 'stor' yang menyimpan segala lebihan tenagayang terlebih (kalori masuk lebih banyak dari kalori keluar) untuk disimpan sebagai tenaga jangka masa panjang. Secara umum, badan manusia menyimpan lebihan tenaga dalam dua bentuk iaitu
Glycogen - sumber tenagajangka masa pendek - di simpan dalam sel otot dan hati - sumber tenaga jangka masa panjang - majoriti di simpan dalam sel lemak
Kini anda mungkin sudah dapat membezakan apakah itu lemak danapa itu sel lemak - kedua-duanya adalah 2 entiti yang berlainan tapi saling berkait rapat antara satu sama lain. Aku akan huraikan dengan lebih lanjut perbezaan antara keduanya dalam senario-senario yang akan dibincangkan selepas ini.
2 jenis sel lemak: Putih dan Perang
Secara umum, terdapat 2 jenis sel lemak di dalam badan kita, iaitu sel lemak putih dan sel lemak perang.Sel lemak putih mendapat jolokan 'putih' disebabkan fisiologinya yang majoritinya terdiri dari lipid separa cecair yang mana sebahagian besar terdiri daripada triglyceridesdan cholesteryl ester. Fungsi utamanya pula adalah sebagai penebat haba dan juga pasti, sebagai 'stor' penyimpanan lemak.Sel lemak perang pula mendapat jolokan 'perang' kerana fisiologinya yang terdiri dari banyakmitochondria (banyak zat besi dalam mitochondria yang membuatkan ianya perang) - oleh sebab itu fungsinya adalah lebih kepada menghasilkan haba kepada tubuh badan.
: Sel lemak perang (kanan) mengandungi lebih banyak mitochondria (M), manakala Sel lemak putih (kiri) mempunyai ruang penyimpanan lemak yang lebih besar (LV - Lipid Vacuole), ini membuatkan saiznya menjadi lebih besar. Teori sel lemak yang bakal dibincangkan sebentar lagi lebih merujuk kepada sel lemak putih kerana nisbah bilangannya yang jauh lebih banyak berbanding sel lemak perang dalam badan manusia.
Bagaimana sel lemak terhasil?
Apabila membicarakan bagaimana satu-satu sel lemak itu terhasil, maka kita sebenarnya sudah selangkah membicarakan tentang teori sel lemak. Teori sel lemakmenyatakan bahawa penghasilan sel lemak terbahagi kepada 3 peringkat, iaitu
pertama, sedari kita dalam rahim ibu lagi sehinggalah kita berumur 2 tahun,kedua, dari umur 2 tahun hinggalah ke umur 7 tahun, danketiga, dari umur 7 tahun hinggalah kepada fasa di mana kita tidak boleh menjadi tinggi dan membesar lagi, yakni pertumbuhan kita dah capai plateau (usia dewasa, anggaran 20an dan ke atas ).
YOU ARE READING
#TurunBeratBadan101
Literatura FaktuMacam mana ni nak turun berat badan? Mesti anda tertanya bagaimana seharusnya dan cara yang paling betul untuk menurunkan berat badan. Caranya senang iaitu berdiet a.k.a mengamalkan diet yang seimbang. Aikkk??!! Macam mana tu? Bacalah buku ini untuk...