Oh, rasanya dah lama tak menulis sesuatu yang bercorakkan perli dan sindiran buat rakyat Malaysia. Sebenarnya taklah perli mana pun, tetapi lebih kepada memberi teguran dan nasihat.
Hendak menegur dengan cara yang berlapik, tetapi mampu memberi kesan sampai terasa 'gila-gila' ke lubuk hati, kemudian dari situ barulah wujud hijrah ke arah hidupan yang lebih baik dan bersederhana. Harapannya begitulah.
Jika anda masih ingat, ketika awal kemunculan blog ini dahulu aku pernah menulis beberapa sindiran (teguran) seperti "Adakah kamu rakyat Malaysia itu?" dan "Ironi Malaysiaku.." Apa, masih belum membacanya lagi? Kalau belum, silalah baca kedua-dua entri klasik Susu Sejat tu yang aku rasa memang kena dengan batang hidung orang Malaysia kita.Semua tu ditulis dalam nada geram, sungguh, aku tak tipu! Malah, bukan aku seorang sahaja yang geram,kerajaan pun geram juga.
Maka, untuk melengkapkan lagi koleksi 'nasihat' dari Susu Sejat, ini aku hidangkan pula sesuatu yang mungkin anda boleh fikirkan. Baca dan fahami 2 situasi di bawah, yang aku rasa amat dekat dengan hati masyarakat kita.
Situasi 1
Ketika anda menonton tv, anda menjamah makanan-makanan rapu. Katakanlah anda menonton Cerekarama di TV3. Drama Cerekarama berlangsung selama 2 jam. Menonton tv selama sejam menggunakan kira-kira 70kcal. Ini bererti anda sudah menggunakan 140kcal hanya untuk duduk dan menonton Drama Cerekarama selama 2 jam.
Dalam masa yang sama, mulut anda terasa ingin mengunyah. Tidak terlintas dihati anda mengunyah sireh (macam si Senahyang bertahi lalat di mulut), jauh sekali mengunyah gula-gula getah keluaran Wrigleys. Lalu anda mengambil keputusan untuk ke dapur lalu mencapai semangkuk aiskrim Wall's yang mengandungi sekurang-kurangnya 400kcal.
Kalori masuk - Kalori Keluar = 400kcal - 140kcal = +260kcal
Alhamdulillah, bertambah lagi pelaburan (lemak) dalam badan...
Seminggu selepas itu, anda bercadang untuk menonton pula Final Maharaja Lawak, tu dia, dah siap berpaket-paket Mr. Potato di beli dari Tesco hanya untuk memastikan saat-saat santai menonton Maharaja Lawak itu menjadi seperti "manisnya kurma ini". Rancangan tersebut berlangsung kira-kira 3 jam, dan ini bererti anda menggunakan tenaga sekitar 210kcal sahaja.
Akan tetapi, anda memakan pula secara purata 2 paket keropok (pek besar) semasa menonton rancangan tersebut. Sepaket keropok mengandungi kira-kira 300kcal. Kalau dah 2 paket, bukankah sudah 600kcal?
Kalori masuk - Kalori Keluar = 600kcal - 210kcal = +390kcal
+390kcal masuk lagi? Alhamdulillah, bertambah lagi pelaburan (lemak) dalam badan...
Situasi 2
Pada hujung minggu, anda berhasrat untuk membawa keluarga anda berjalan melawat tempat-tempat menarik di sekitar Taiping. Sebelum memulakannya, anda terlebih dahulu menjamah secawan kopi tarik kurang manis, sekeping roti gandum penuh sapu kaya, dan 2 biji telur separuh masak. Jumlah kalori untuk hidangan ini adalah kira-kira 330kcal.
Seterusnya anda memandu kereta selama 1 jam ke Zoo Taiping dan menggunakan sekitar 70kcal. Kemudian anda berjalan pula di Zoo selama 2 jam. Berjalan selama sejam menggunakan kira-kira 140kcal, sekiranya 2 jam, sudah bersamaan dengan 280kcal.
Kalori masuk - Kalori Keluar = 330kcal - 350kcal = -20kcal
Tak cukup 20kcal? Alamak, rugilah kalau macam ni, berkuranglah pelaburan (lemak) badan...
Keesokan petang, anda berhajat pula untuk berjogging di taman selama sejam. Sebelum itu, anda sudah menelan beberapa biji pisang goreng (sebab nenek di rumah dah penat sediakan, takkan tak mahu makan pula?) dan segelas susu skim yang secara keseluruhan mengandungi kira-kira 400kcal. Berjogging di taman selama sejam pula menggunakan kira-kira 600kcal.
Kalori masuk - Kalori Keluar = 400kcal - 600kcal = -200kcal
Negatif 200kcal?! Alamak, rugilah kalau macam ni, berkuranglah lagi pelaburan (lemak) badan...
Berdasarkan 2 situasi di atas, rasa-rasanya anda lebih cenderung berada di situasi yang mana satu? Aku tak nak ulas panjang-panjang, tapi satu sahaja yang aku ingin pesan sebagai kata-kata penutup entri ini, kurangkan pengambilan kalori, tingkatkan pengeluaran kalori. Contohilah situasi yang nombor 2, kerana itulah tunas sebenar kepada GAYA HIDUP SIHAT!
Mesej daripada Kerajaan Malaysiapula bagaimana? Apa kata mereka?
YOU ARE READING
#TurunBeratBadan101
Non-FictionMacam mana ni nak turun berat badan? Mesti anda tertanya bagaimana seharusnya dan cara yang paling betul untuk menurunkan berat badan. Caranya senang iaitu berdiet a.k.a mengamalkan diet yang seimbang. Aikkk??!! Macam mana tu? Bacalah buku ini untuk...