Siri Khas Puasa: Berpuasa Di Luar Negara (Bahagian 6)

44 0 0
                                    

Kebanyakan tips berkenaan puasa di bulan Ramadhan banyak berorientasikan budaya dan keadaan negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia.

Cuaca di Malaysia sememangnya sentiasa lembap, namun situasi ini tidak sama seperti negara-negara di bahagian hemisfera utara dan hemisfera selatan, yang rata-ratanya mengalami 4 musim setahun.

Berpuasa ketika musim sejuk merupakan suatu rahmat, kerana:

1 – Musim sejuk mengalami waktu siang yang lebih singkat berbanding malam. Tidak mustahil untuk Imsak berlaku pada jam 7 pagi, manakala berbuka pula (maghrib) pada jam 4 petang.

2 – Ketika musim sejuk, kadar pengurangan air adalah rendah. Ini akan mengurangkan risiko keletihan ketika berpuasa memandangkan sebab utama keletihan ketika berpuasa adalah dahaga, dan bukannya lapar.

3 – Meskipun rasa lapar cepat hadir ketika waktu sejuk (kerana badan memerlukan makanan untuk menghasilkan lebih haba), namun ia kini tidak lagi menjadi masalah dengan wujudnya sistem pemanasan sekata yang dipasang di bangunan-bangunan.

Berpuasa ketika musim panas pula mendatangkan cabaran, kerana:

1 – Musim panas mengalami waktu siang yang lebih panjang berbanding malam. Tidak mustahil untuk Imsak berlaku pada jam 4 pagi, manakala berbuka pula (maghrib) adalah menjelang jam 9 malam.

2 – Ketika musim panas, kadar pengurangan air akan meningkat, seterusnya mendatangkan dahaga dan keletihan.

Berdasarkan maklumat di atas, dapat disimpulkan bahawa berpuasa ketika musim sejuk tidak menjadi masalah, malah lebih menyenangkan berbanding berpuasa di negara beriklim khatulistiwa seperti di Malaysia.

Namun, bagaimana pula halnya jika berpuasa ketika musim panas?

Strategi pemakanan, senaman dan gaya hidup mungkin lebih kurang sama sahaja seperti yang diceritakan sebelum ini (Siri Khas Puasa, bahagian 1 hingga 5).

Namun, terdapat beberapa modifikasi yang boleh dilakukan agar berpuasa ketika musim panas tidak lagi mendatangkan masalah kepada umat Islam, seperti berikut:

1 – Kurangkan aktiviti di luar. Sudah menjadi lumrah budaya masyarakat barat akan bersuka ria menikmati cuaca yang panas dengan mengadakan jamuan/berkelah bersama sahabat handai, atau berlari-lari separuh bogel di pantai.

Namun buat mereka yang berpuasa haruslah ‘berpuasa’ daripada aktiviti-aktiviti tersebut agar risiko keletihan dapat dikurangkan.

2 – Elak mengunjungi negara yang mengalami musim panas ketika Ramadhan/berpuasa. Rancanglah percutian atau perjalanan anda dengan teliti.

3 – Pakailah pakaian yang ringan (dari jenis kapas). Ini membolehkan kulit anda ‘bernafas’ dengan lancar disamping tetap dilitupi. Kain dari jenis yang tebal atau licin menyukarkan sistem perudaraan untuk melalui di atas permukaan kulit anda.

4 – Minum air yang secukupnyaselepas berbuka, dan juga sebelum berakhirnya Imsak, sekurang-kurangnya 2-3 gelas air.

5 – Kurangkan aktiviti senaman, dan jika boleh, lakukan senaman (kardio atau weight training) hanya selepas berbuka.

Setelah berbulan lamanya diliputi kesejukan, kehadiran matahari dan cuaca panas adalah sama nikmatnya seperti mendapat makanan yang lazat setelah berlapar selama berhari-hari.

Ulama telah menjelaskan bahawa terdapat 2 keadaan hukum tertutama di Eropah yang menghadapi bulan puasa ketika musim panas.

a. Negara yang masih dapat dibezakan diantara siang dan malamnya.

b. Negara dimana hari malam atau siangnya tidak dapat dibezakan dengan kaedah terbit dan terbenamnya matahari (terletak berhampiran kutub utara atau kutub selatan).

Didalam situasi (a), yang mana waktu siang dan malamnya boleh dibezakan berdasarkan terbit dan terbenamnya matahari, maka puasa hendaklah sebagaimana mengikut waktu-waktu yang ditentukan, seperti waktu solat. Tidak boleh menggunakan waktu Makkah atau waktu-waktu Negara lain.

Walaubagaimanapun, Islam sangat adil dalam situasi ini. Bagi mereka yang tidak mampu berpuasa akibat masa yang terlalu panjang (waktu puasa adalah diantara 2 pagi hingga 10:30 malam), kerana khuatir jatuh sakit atau memudaratkan, maka mereka diberi alternatif untuk berpuasa pada hari-hari lain, misalnya boleh menqada’ puasa pada musim sejuk, dan sebagainya.

“Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama” [surah al-Hajj, 78]

Bagi mereka yang berpuasa di kawasan yang ekstrim seperti di situasi (b), dimana sesebuah negara itu menghadapi 6 bulan pancaran matahari dan 6 bulan gelap misalnya, maka mereka akan berpuasa mengikut waktu negara jiran (Islam) yang terdekat yang boleh membezakan siang dan malamnya dalam satu hari.

#TurunBeratBadan101Where stories live. Discover now