Tips ketika membeli-belah (Versi 2)

65 1 0
                                    

Membeli-belah kadang-kala menguji keimanan, tambah-tambah sekiranya anda sedang berusaha mengamalkan diet yang sihat untuk menurunkan berat badan.

Namun sekiranya tidak membeli-belah, bagaimanalah dapur kita hendak berasap bukan? Nak makan apakah dalam seminggu itu Cik Kiah?

Tips ketika membeli-belah yang bakal aku ceritakan sebentar lagi merupakan kesinambungan kepada entri terdahulu bertajuk "Senaman dalam gaya hidup 1: Tips Ketika Membeli-belah".

1 - Pastikan anda membeli-belah barang dapur hanya selepas anda menikmati sehidangan makanan (sarapan pagi, makan tengahari, atau makan malam).

Sekiranya anda berkunjung ke pasaraya dalam keadaan berlapar, secara psikologinya anda akan cenderung untuk memilih makanan yang kurang berkhasiat seperti daging burger, nugget, coklat, ais krim, keropok-keropok, dan berbagai jenis lagi makanan ringan.

Makanan sebegitu bakal menewaskan keazaman diet anda dengan amat mudah sekiranya anda berkunjung ke pasaraya dalam keadaan lapar, dan oleh yang demikian, lakukan membeli belah hanya ketika anda kenyang.

2 - Sediakan senarai keperluan yang perlu dibeli dalam satu senarai sebelum anda mengunjungi sesebuah pasaraya. Ini bukan sahaja membantu anda berbelanja secara berhemah, malah ia akan membantu anda supaya tidak membeli makanan-makanan rencah lagi mengarut.

3 - Setiap pasaraya mempunyai sebuah lorong khas yang mana di kiri dan kanan lorong tersebut tersusunlah pelbagai jenis kudapan dan makanan-makanan ringan yang berbagai-bagai jenis. Pastikan anda mengelak dari melalui 'lembah neraka' ini.

4 - Sebelum berkunjung ke pasaraya, teliti dahulu siapakah teman yang mengikut anda untuk membeli-belah bersama. Sekiranya teman membeli belah anda pada hari tersebut merupakan si skinny yang suka melantak macam puaka, ternyata pengalaman membeli-belah anda pada hari tersebut akan bertukar menjadi mimpi yang sangat ngeri.

5 - Bersebelahan setiap kaunter di pasaraya pasti tersedia candy, gula-gula getah, coklat, dan bermacam-macam lagi 'cobaan'. Tatkala anda sedang beratur untuk membayar, mata dan keimanan anda akan diuji sehabis mungkin. Kebiasaanya, 'cobaan' yang mahal itu akan diletakkan sedikit tinggi (paras mata orang dewasa) manakala 'cobaan' yang murah akan diletakkan sedikit rendah agar mampu digapai kanak-kanak. Pada ketika ini, anda haruslah bersedia, jangan terlalu memandang 'cobaan' tersebut, sebaliknya berfikirlah tentang hal yang lain.

#TurunBeratBadan101Where stories live. Discover now