Setelah beberapa ketika, barulah aku sedar yang aku dah lama tak mengemaskini "Siri Senaman RE", mujur ada yang mengingatkan aku tempoh hari, terima kasih wahai pembaca prihatin yang berkenaan.
Tempoh hari juga aku ada mengajukan soalan berkenaan apakah perbezaan di antara "Compound Excercise" dan "Isolation Exercise", nampaknya masih ramai yang tak tahu perbezaan di antara kedua jenis senaman ini, sedangkan aku dah kupas pun perbezaannya dalam entri yang lalu menerusi siri ini. Itu baru sedikit, belum lagi didedahkan dengan terminologi yang pelik-pelik.
Oleh itu, untuk entri Siri Senaman RE kali ini, aku akan huraikan beberapa "terminologi latihan" buat rujukan pembaca-pembaca yang mula berjinak-jinak dengan senaman, juga buat aku sendiri yang kian lupa akan maksudnya kerana biasalah, orang sudah mula dimamah usia, cepat lupa. Ada yang panggil ni sebagai istilah-istilah gym, tapi aku tak nampak istilah-istilah ini hanya praktikal di gym semata-mata, kerana kalau nak dipraktikkan di rumah atau di Taman rekreasi pun boleh kalau kena cara dan peralatan sokongan.
Ini namanya "Squats" (terjemahan bahasa melayunya "cangkung"). Sangat bagus untuk meguatkan otot Hamstring. Senaman ini belum dikupas lagi, tapi akan dikupas kelak dalam siri ini.
1 - Split Training (Latihan 'Pecah kepada beberapa bahagian')
Bermaksud anda membahagikan tubuh badan anda kepada beberapa bahagian untuk dilatih secara berasingan. Contohnya, dengan membahagikan tubuh badan anda kepada 2 bahagian, iaitu Upper body (atas pinggang) dan Lower body (bawah pinggang). Bahagian-bahagian ini pula tidak dilatih pada hari yang sama. Mungkin hari ini anda hanya melatih otot-otot di bahagian Upper body sahaja, esok pula anda akan melatih otot-ototlower body. Dengan cara ini, anda akan memberikan lebih masa untuk otot-otot "berehat" dan diperbaiki (sementara otot-otot lain dilatih), malah kualiti senaman juga akan meningkat banyak (lebih fokus), dan masa juga dapat dijimatkan.
2 - Circuit Training (Latihan Litar)
Bermaksud menggabungkan beberapa senaman/rejim dalam satu sesi. Contoh untuk senaman jenis ini pernah aku huraikan suatu ketika dahulu. Aku namakannya "Rejim Senaman Bakar Lemak Di Rumah". Sempoi tak namanya?
3 - Progressive Training (Latihan Peningkatan)
Bermaksud senaman yang mensasarkan peningkatan dalam intensiti latihan yang dilakukan. Contoh paling mudah ialah senaman untuk menambah otot/berat badan (bulking up). Peningkatan berat beban itu perlu dilakukan dari semasa ke semasa kerana apabila beban latihan bertambah, otot juga bakal bertambah (more weights, more muscle).
4 - Compound Exercise (Latihan Bersepadu)
Bermaksud beberapa otot dilatih dalam hanya satu pergerakan sahaja (atau senaman) - analoginya sama seperti memanah ke semua burung yang bertenggek pada dahan yang sama dengan hanya sekali panahan, lebih menjimatkan masa, kerana beberapa otot akan dilatih serentak dalam satu pergerakan. Sebagai contoh, senaman tekan tubi (push up) atau chest press, yang mana kedua-duanya pun mensasarkan latihan ke atas otot tricep, pectorals, deltoids secara serentak. Boleh rujuk di sini untuk contoh pergerakan.
5 - Isolation Exercise (Latihan Berasingan)
Merupakan 'lawan' bagi Compound Exercise, bermaksud hanya satu otot sahaja yang dilatih dalam satu pergerakan (atau senaman) - analoginya sama seperti memanah burung yang bertenggek pada dahan yang sama secara satu persatu, kelebihannya ialah latihan akan menjadi lebih fokus kerana keseluruhan beban akan ditanggung sepenuhnya oleh otot yang berkenaan, walaubagaimanapun ia sedikit memakan masa. Sebagai contoh, senaman Lateral raise yang hanya mensasarkan satu otot sahaja iaitu otot deltoids. Boleh rujuk di siniuntuk contoh pergerakan.
Untuk mereka yang sangat sibuk dengan kerja (golongan berkerjaya), tempoh untuk bersenam dalam sehari mungkin menjadi terhad dan di sini aplikasi-aplikasi jenis senaman di atas boleh diguna pakai. Kebiasaannya, golongan bekerjaya akan melakukan senaman Compound (4) secaraSplit (1) kerana itu ternyata lebih menjimatkan masa, tetapi dalam masa yang sama senaman yang dilakukan masih lagi berkualiti.
Sebenarnya ada banyak lagi terminologi-terminologi ketika melakukan senaman rintangan, tetapi cukuplah dahulu aku kupas 5 terminologi ini. Karang kalau aku sumbat banyak-banyak, ada pula yang pening nak faham sampai tak bersenam terus! Hehe.
YOU ARE READING
#TurunBeratBadan101
SachbücherMacam mana ni nak turun berat badan? Mesti anda tertanya bagaimana seharusnya dan cara yang paling betul untuk menurunkan berat badan. Caranya senang iaitu berdiet a.k.a mengamalkan diet yang seimbang. Aikkk??!! Macam mana tu? Bacalah buku ini untuk...