#1#Kalori: Siapakah kamu? (Bahagian 1)

1.7K 34 2
                                    

Hari ni aku nak bongkar satu rahsia yang sangat berguna buat mereka, sama ada yang mahu MENURUNKAN atau MENAIKKAN berat badan dengan lebih tepat, jitu dan sihat. Mesti ramai yang ternanti-nanti kan, setelah 2 minggu blog ni dibuka, akhirnya sampai juga masanya aku bersedia memulakan bicara mengenai istilah yang amat keramat, yang telah mengubah aku, dan gaya hidup aku amnya sejak 15 bulan yang lalu - Kalori (eng. Calorie).

Mungkin ramai yang tak tahu, atau bingung, apabila mendengar istilah 'Kalori' ini. Tak kurang juga yang berkata, "Eh, maaf encik ejoy. saya bukan science student, saya budakart". Walhal, istilah ini telah wujud di sekeliling kita sedari kita kecil lagi. Coklat, keropok, dan gula-gula yang kita beli masa kecil dahulu semua tercatat nilai kalori pada bungkusannya. Roti yang kita makan hari-hari, susu kotak yang kita minum hari-hari, semua tercatat nilai kalori pada belakang setiap bungkusan.

Tapi tidak ramai sebenarnya yang endah, apatah lagi membelek dan meneliti apa sebenarnya yang tertulis pada ruangan "Fakta Makanan/Maklumat Makanan/Nutritional Value" itu. Sulit sangat ke untuk memahami kalori ini? Tidak. Tidak sama sekali sulit. Dan jangan bimbang, akan ku bimbing korang semua, satu persatu, bermula pada entri ini, untuk mengenali kalori dan konsep-konsepnya... Selamat Datang ke dunia Kalori!

Siapakah gerangannya kamu wahai Kalori?

Kalori ialah suatu unit tenaga. Nilai kalori dalam sesebuah makanan wujud kerana kehadiran 3 unsurmacronutrient, iaitu Karbohidrat (Carbohydrate), Protein dan Lemak (Fat). 1g Karbohidrat bersamaan dengan 4kcal, 1g Proteinbersamaan dengan 4kcal, manakala1g Lemak bersamaan dengan9kcal. Sebagai contoh, sekiranya makanan A mengandungi 10g karbohidrat, 10g protein dan 10g lemak, maka jumlah kalori dalam makanan A ialah:

(10g x 4) + (10g x 4) + (10g x 9) =170kcal (90kcal dari lemak)

Setiap pekerjaan yang kita lakukan sehari-hari memerlukan tenaga, dan tenaga ini disukat juga menggunakan unit kalori. Sebagai contoh, seseorang akan menggunakan (membakar) 70kcal apabila berjalan selama 30 minit, dan 110kcal apabila mengemas rumah selama 30 minit. Ketika tidur juga kita membakar kalori untuk memastikan kita terus bernafas dan jantung kita terus-menerus mengepam darah keseluruh badan. Pendek cerita, apa sahaja yang berlaku dalam badan kita, dan apa sahaja yang kita lakukan, semuanya menggunakan kalori.

#TurunBeratBadan101Where stories live. Discover now