"Eating Healthily" atau "Eating Smartly"?

82 3 0
                                    

Adakah anda memilih untuk makan secara sihat (healthily) atau secara bijak (smartly)?

Bunyinya mungkin seakan sama, namun sebenarnya berbeza dari segi konsep dan amalan. Dalam entri kali ini, saya akan membincangkan apakah perbezaan di antara kedua-dua istilah ini.

Eating healthily

Anda makan apa yang anda atau orang lain rasa healthy (normative beliefs).

Contoh: Anda makan kobis hijau dan brokoli kerana percaya iamenyihatkan, atau mungkin makan beras perang berbanding beras putih kerana percaya ia menyihatkan, sarapan dengan oat atau muesli itu lebih menyihatkan.

Salahkah dengan "Eating Healthily"?

Tak salah. Tetapi adakah ia praktikal untuk diri anda? Adakah bajet bulanan anda mencukupi untuk menampung amalan anda?

Sebab itu saya selalu tekankan, amalan diet ini ibarat beli baju. Asalkan ia menutup aurat, belilah ia mengikut citarasa anda, sesuai dengan bajet anda, dan yang lebih penting beli baju itu ikut saiz badan anda, bukan saiz badan orang lain!

Mari kita pertimbangkan satu lagi senario.

Kita percaya beras Basmathi jauh lebih menyihatkan berbanding beras tempatan kerana ia kurang kanji. Tapi cuba kita lihat kembali kepada statistik, mereka yangtinggal di Sarawak yang menanam beras bukit, atau mereka yang tinggal di Jepun, mereka ini makan beras/nasi yang lebih berkanji berbanding beras Basmathi. Adakah itu membuatkan mereka tidak sihat?

Untuk pengetahuan anda, kadar kematian di Jepun yang disebabkan oleh penyakit jantung juga merupakan yang terendah dalam kalangan negara-negara maju (The Atlas of Heart Disease & Stroke, United Nations). Selain itu, secara purata juga penduduk di Jepun atau di pedalaman Sarawak berusia panjang.

Eating Smartly

Mari kita lihat pula apa yang dimaksudkan dengan "Eating Smartly". Definisi ini saya susun kembali berdasarkan pemahaman saya.

Eating smartly atau dengan bijak bermaksud

Anda tahu nutrien asas yang diperlukan oleh badan, serta komposisi mereka (mana yang badan perlukan lebih, mana yang badan perlukan kurang). Anda juga tahu apa yang dimaksudkan dengan kaloriDiet anda sesuai denganpersekitaran anda.Diet anda sesuai dengan bajetanda.

Contoh: Saya ambil nasi putih bersama lauk-pauk sebagai contoh.

Nutrien: Nasi mengandungi karbohidrat, iaitu nutrien utama yang diperlukan badan. Bila dimakan bersama lauk-pauk, anda juga akan mendapat sumber protein dan serat. Kurangkan atau ambil sedikit sahaja kuah-kuah yang berinyak, kerana badan kita tak perlukan banyak sumber lemak terutamanya lemak tepu.Persekitaran: Semua orang di sekeliling kita makan nasi. Tak perlu dipertikai. Normal. Yang tak normal adalah bila anda tak makan nasi, atau tak makan langsung, mereka akan bahan anda sebagai "sedang dietBajet: Nasi putih lebih murah berbanding Nasi perang atau muesli, oat dan rakan-rakan mereka. Beza antara nasi putih dengan nasi perang hanyalah pada seratnya (serta vitamin dan mineral yang terdapat pada serat tersebut). Kalau anda makan buah dan sayur dengan cukup, anda sepatutnya tidak perlu risau dengan isu serat atau 'tak mengenyangkan'.

Selain itu, mengapa perlu cari sayur-sayur yang mahal jika negara kita sudah kaya dengan ulam-ulaman tempatan seperti kacang botol, kangkung, petai dan jering. Bukankah mereka juga berwarna hijau?

Fikir-fikirkanlah...

Nasi Ayam - Mengandungi asas nutrien yang diperlukan badan, juga mengenyangkan. Harga pun murah, dalam RM3 ke RM4 sahaja. Bandingkan pula Nasi Ayam ini dengan Subway, yang konon-kononnya menyihatkan....

#TurunBeratBadan101Where stories live. Discover now