Entri ini merupakan sambungan kepada entri semalam yang bertajuk "Kisah Metabolisma (Bahagian 1)".
Berikut merupakan 10 cara fundamental untuk meningkatkan kadar metabolisma, disusun bermula dari yang paling bagus untuk diamalkan, hinggalah kepada yang paling tidak sihat untuk diamalkan.
Buat mereka yang kurang pasti apa yang dimaksudkan dengan metabolisma, sila rujuk pada entri yang berkaitan sebelum ini, ok?1 - Makan dengan lebih kerap (hidangan yang kecil)
Tempoh di antara dua waktu makan yang terlalu 'panjang' akan memaksa badan kita bertukar kepada 'starvation mode' (berlapar).Badan akan menyimpan lebih tenaga untuk mengatasi 'starvation mode' ini, dan proses ini secara tidak langsung akan merendahkan kadar metabolisma.
Oleh yang demikian, tukarlah tabiat makan 3 kali sehari (sarapan pagi, makan tengahari, makan malam) kepada makan 5-6 kali sehari, dan agihkan kuota kalori itu sebaik-baiknya.
2 - Cari makanan yang mengandungi Vitamin B1, B2 dan Taurine
Vitamin B1 dan B2 membantu dalam menyempurnakan lagi proses pembebasan tenaga oleh sel-sel badan, manakala Taurine pula merupakan sulfur amino acid yang mampu meningkatkan fungsi mata (penglihatan) dan jantung. Jantung? Dipendekkan cerita, 2 elemen ini mampu melancarkan lagi fungsi yang berkaitan dengan pembebasan tenaga, bermaksud meningkatkan lagi kadar metabolisma. Dewasa ini, Taurine boleh didapati dengan mudah di dalam minuman-minuman tenaga seperti Livita, manakala Vitamin B pula terdapat di dalam produk tenusu (seperti susu) dan telur kuning.Disebalik mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi, telur kuning juga mempunyai puluhan khasiat-khasiat yang lain.
3 - Senaman Aerobic (Kardio)
Rahsia disebalik tip ini ialah, kita hendak biasakan jantung kita supaya sentiasa 'berfungsi' pada kadar terbaik, yakni mengepam darah keseluruh badan secara lancar. Lakukan senaman kardio 2-3 kali seminggu, 30 minit setiap sesi. Rujuk entri ini untuk mempelajari apa itu kardio.4 - Senaman pemberat (weight training) bina lebih banyak otot
Otot menggunakan lebih kalori (lebih 73kcal per KG) berbanding sel-sel lemak. Oleh yang demikian, lebih banyak otot yang dibina, lebih tinggi Resting Metabolic Rate atau RMR (RMR ni konsep dia lebih kurang sama dengan BMR, tapi menggunakan prinsip dan formula yang berbeza). Dipendekkan cerita, mereka yang mempunyai berat 80kg, berotot atau peratusan body fat kurang dari 15%, rata-rata mempunyai kadar metabolisma yang tinggi berbanding mereka yang juga mempunyai berat 80kg, tetapi hanya berbadan biasa (body fat % lebih 20).5 - Rempah ratus
Terdapat kajian yang menunjukkan rempah ratus seperti cili, lada, serbuk kunyit, kari, dan jintan mampu meningkatkan kadar metabolisma seseorang. Mungkin ada rasionalnya juga kenyataan ini. Kita pernah melihat pak arab makan sedulang beriani kambing, dengan banyak, tetapi tak ramai yang obesiti dengan mengamalkan diet sebegini. Salah satu faktor mungkin disebabkan cuaca, atau mungkin juga oleh gaya hidup mereka sendiri. Tetapi mungkinkah juga disebabkan kehadiran berbagai-bagai jenis rempas ratus di dalam masakan mereka?6 - Minum air sejuk (ais kosong)
Tip ni aku cedok bulat-bulat dari internet. Kononnya, badan akan menggunakan lebih kalori untuk menyesuaikan (menyuamkan) air sejuk yang diminum kepada suhu badan. Betul atau tidak, aku sendiri tak pasti, cuma aku senaraikan sahaja disini. Tidak salah untuk mencuba bukan? Walaubagaimanapun, pastikan minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari kerana lebih 90% proses tindakbalas biokimia dalam badan berlaku dengan kehadiran air.7 - Teh Hijau
Tip ini juga aku ceduk dari internet, sekadar untuk mencukupkan tip-tip lain yang sedia ada dalam pengetahuan aku. Namun kenyataan dari seorang ahli akedemik ini amat menarik perhatian aku; "Teh hijau mampu untuk meningkatkan 'sedikit' kadar metabolisma si peminumnya, namun tiada kajian yang menunjukkan Teh Hijau mampu dalam membantu mereka untuk menurunkan berat badan"8 - Makanan yang mempunyai kesan thermic (thermic effect)
Ini sama seperti yang aku ceritakan semalam, dan konsep ini adalah antara sebab utama mengapa Atkins diet berjaya dalam menurunkan berat badan si pengamalnya.9 - Kopi (coffee)
Seperti yang kita sedia maklum, kopi mengandungi kaffein (caffein), antara kompound yang mampu meningkatkan kadar metabolisma dengan kadar yang significant. Selain kopi, caffein juga terdapat dalam minuman-minuman penguat tenaga yang terdapat di pasaran. Namun mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa kopi ini diletakkan pada tangga yang kesembilan? Ini kerana Caffein juga merupakan agen yang membantutkan perkembangan dan kekuatan tulang.10 - Nicotine (dalam Rokok)
Sama seperti caffein, nicotine juga mampu meningkatkan kadar metabolisma si penghisap rokok. Aku letakkan nicotine dalam kedudukan yang terakhir sekali, yakni pilihan yang paling patut dielakkan, kerana terbukti nicotine (rokok) itu mempunyai lebih banyak kesan buruk berbanding kebaikan.Rasanya banyak benda yangkorang belajar menerusi entri ni, risau aku, takut ada yang lost, atau pening dengan fakta yang diberi. Pening ke? Harapannya tidak la ye. Sebarang pertanyaan boleh diajukan menerusi ruangan komen.
YOU ARE READING
#TurunBeratBadan101
Non-FictionMacam mana ni nak turun berat badan? Mesti anda tertanya bagaimana seharusnya dan cara yang paling betul untuk menurunkan berat badan. Caranya senang iaitu berdiet a.k.a mengamalkan diet yang seimbang. Aikkk??!! Macam mana tu? Bacalah buku ini untuk...