Terjah Obesiti #2: Sambal Tumis (Minyak)

91 1 0
                                    

Apa itu sambal tumis?

Sambal (tumis) merupakan sos/bumbu/kuah yang popular dalam masakan Melayu.

Ia juga sering digunakan dalam masakan-masakan di negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Pendek kata, hampir semua sumber protein boleh dimasak bersama sambal tumis, daripada ayam, ikan, telur, hinggalah kepada tauhu dan petai.

Di Malaysia, ia dipanggil sambal tumis kerana sambal itu digoreng/ditumis bersama minyak terlebih dahulu sebelum bahan-bahan yang lain dimasukkan.

Mengapa sambal tumis dikatakan punca obesiti?

Terdapat 2 faktor yang menyedapkan sesebuah sambal, iaitu sejauh mana rasa manissesebuah sambal itu, dan sejauh mana rasa 'lemak' sambal tersebut. Dua faktor ini sekali gus menjadi penentu sejauh mana pekatnya sambal tumis tersebut.

Lebih pekat sesebuah sambal, bererti lebih banyak minyak, gula, atau kombinasi kedua-duanya, digunakan. Dalam erti kata lain, lebih pekat sesebuah sambal, lebih tinggi kalori yang terkandung di dalamnya.

Setelah membuat analisa dan pengiraan, Susu Sejat mendapati satu sudu besar sambal tumis (pekat) mengandungi kira-kira 50 hingga 100kcal, bergantung kepada resepi (berapa banyak minyak dan gula) yang digunakan. Secara purata, rakyat Malaysia akan mengambil kira-kira 5 sudu besar sambal tumis setiap hari, menerusi:

1) Sarapan pagi (jika makan nasi lemak)
2) Makan tengahari atau makan malam (jika makan sambal tumis ayam, ikan, telur, dan sebagainya)

Dan itu membawa kepada kira-kira 250kcal hingga 500kcal secara purata dalam sehari. Apabila digenapkan selama seminggu, ia akan membawa kepada 1750kcal hingga 3500kcal, dan itu sudah cukup untuk menghasilkan satu pound lemak!

Susu Sejat ada penyelesaian untuk masalah ini?

1 - Jika anda seorang yang kuat pendirian, seelok-eloknya berhenti terus dari mengambil sambal tumis. Ubah cara pemakanan kepada cara nenek moyang kita yang tidak terlalu bergantung kepada makanan pedas, dan makan hanya makanan yang direbus atau ulam-ulaman (Ye la, zaman dahulu mana ada minyak, proses pengekstrakan minyak masih belum ditemui). Namun, berapa ramaikah yang sanggup berbuat sedemikian? Susu Sejat berpegang kepada sebuah tag-lineiaitu "sampai bila kita harus mengharamkan makanan tradisi kita", dan mungkin ada sesetengah pihak yang tidak boleh menerima cara yang pertama ini.

2 - Jika anda seorang suri rumah tangga, kurangkan penggunaan minyak dan gula ketika memasak. Gantikan dengan minyak zaitun untuk lebih sihat, berbanding minyak sayuran dan minyak kelapa sawit. Sekiranya anda atau suami/anak anda seorang yang tidak boleh menerima perubahan secara mendadak, sila kurangkan penggunaan minyak dan gula dalam masakan anda secara berperingkat-peringkat. Sebagai contoh, minggu ini, anda mungkin menggunakan 7 sudu besar minyak masak dan 5 sudu besar gula. Untuk minggu seterusnya, ubah (modify) sedikit resipi yang asal dengan 6 sudu besar minyak masak dan 4 sudu besar gula, dan begitulah juga untuk minggu yang seterusnya, kurangkan sedikit demi sedikit.

3 - Jika membeli nasi lemak di luar, sila pilih sambal tumis yang lebih cair dan bukannnya pekat. Sudah menjadi kebiasaan peniaga nasi lemak akan menyediakan berbagai jenis lauk dan sambal untuk dipilih oleh para pelanggan.

4 - Sekiranya anda seorang peniaga makanan, kurangkan penggunaan minyak dan gula dalam masakan anda. Bukan sahaja boleh berjimat dan mengurangkan kos, secara tidak langsung anda juga membantu membawa rakyat Malaysia ke arah gaya hidup yang lebih sihat berbanding sekarang. Kata nak tengok skuad bola sepak Malaysia masuk ke Piala Dunia? Mulakannya dari makanan (Susu Sejat yang cakap).

5 - Sekirannya sukar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada sambal tumis yang pekat ini, selemah-lemah iman, kurangkan pengambilannya dari satu sudu besar, kepada setengah sudu besar untuk setiap hidangan. Jika membeli nasi lemak di luar, pesan kepada penjual itu agar mengasingkan kuah/sambal, atau letakkan 'seciput' di tepi dan bukannya dibanjirkan terus di atas permukaan nasi.

#TurunBeratBadan101Where stories live. Discover now