Tanda-tanda peningkatan kadar metabolisma

150 2 0
                                    

Selalu kita mendengar dan belajar di sekolah atau di pusat kesihatan akan tajuk-tajuk seperti "Tanda-tanda akil baligh", "Ciri-ciri manusia beriman", "Tanda-tanda seseorang sedang hamil" dan berbagai-bagai lagi. Namun jarang sekali kita didedahkan di sekolah mahupun di mana-mana akan tanda-tanda meningkatnya kadar metabolisma dalam diri seseorang.

Memandangkan metabolisma ini merupakan sesuatu yang subjektif, maka tiada sukatan atau skala sebenar dalam menentukan tahap metabolisma seseorang, maka oleh sebab itu ramai yang tidak menyedari jika diri mereka sedang mengalami peningkatan metabolisma atau pun sebaliknya.

Cuba tanya diri anda sekarang, adakah kadar metabolisma anda sekarang sama seperti kadar metabolisma anda 7 hari yang lepas?

Adakah sedang berkurang atau sebaliknya? Mungkin soalan ini anda boleh jawab selepas anda mengikuti 7 ciri-ciri berikut yang aku garapkan berdasarkan bacaan dan pengalaman aku sendiri.

1 - Lebih bertenaga
Lebih bertenaga bermaksud badan anda mampu memaksimumkan sehabis mungkin karbohidrat yang diambil untuk tujuan penghasilan tenaga, atau lemak-lemak dibadan sebagai sumber tenaga alternatif.

Jika anda berasa letih, maka terdapat kecacatan dalam diet dan program mengawal berat badan yang anda sedang amalkan. Tahap efisyen ini membawa maksud peningkatan metabolisma; badan bekerja lebih lancar dan pantas berbanding biasa.

2 - Kerap berpeluh
Ini merupakan kesan sampingan kepada situasi di (1). Lebih bertenaga juga membawa maksud badan melakukan kerja dengan lebih pantas berbanding biasa, dan itu semua menghasilkan lebih banyak haba berbanding biasa. Terlalu banyak haba dalam badan akan menghasilkan respon yang seterusnya, yakni sistem penyejukan semulajadi yang dikenali sebagai "peluh". Bayangkan badan kita seperti laptop. Apabila laptop tersebut terpaksa melakukan banyak kerja dalam satu-satu masa, laptop akan menjadi panas, sekaligus kipas akan berpusing lebih pantas berbanding biasa secara automatik (boleh dengar bunyi kipas berpusing dengan laju) untuk tujuan penyejukan.

3 - Kurang rasa sejuk suhu luaran, badan lebih suam
Ini juga bersangkut paut dengan apa yang tertulis di (2).

4 - Rasa lebih ghairah (lelaki)
Ok, yang ni memang aku rujuk di internet bulat-bulat, dan tiada kena mengena dengan pengalaman peribadi kerana aku masih belum berkahwin. Konsep di sebaliknya ialah regulasi hormon. Sebagai contoh, senaman weight trainingmeningkatkan kadar metabolisma memandangkan badan memerlukan "lebih kalori" berbanding biasa untuk membaiki kembali otot-otot yang terkoyak hasil daripada senaman tersebut. Lelaki yang melakukan weight training akan mengalami peningkatan hormon testosterone dalam badan untuk tujuan pertumbuhan (membaiki kembali otot-otot yang "terkoyak"). Antara kesan-kesan peningkatan hormon testosterone ni ialah lelaki akan menjadi lebih gagah, pantas (seperti pemangsa), lebih berkeyakinan, dan peningkatan keinginan seks terhadap pasangan perempuan (libido).

5 - Degupan jantung dan nafas menjadi lebih pantas
Mungkin situasi ini sering dialami oleh mereka yang kurang stamina dan jarang bersenam. Namun itu bukanlah maksud aku untuk ciri yang ke-5 ini. Jika anda seorang yang aktif dan rajin bersenam hampir setiap hari, termasuklah melakukan kardio dan weight training, anda akan mengalami situasi ini pada keesokan pagi selepas bangun dari tidur. Ini merupakan kesan sampingan kepada proses pembaikpulihan otot seperti yang aku nyatakan dalam (4) sebentar tadi.

6 - Cepat berasa lapar walaupun baru sahaja selesai menikmati juadah utama
Ini berbeza dengan nafsu makan, dan aku maksudkan lapar yang lebih difahami sebagai "perut sudah kosong dan perlu diisi". Perbezaannya sangat ketara, dimana aku pernah menikmati makan tengahari berupa sepinggan nasi berserta lauk pauknya yang cukup sifat, tetapi kekenyangan aku hanya bertahan selama 2 jam sahaja. Kecepatan rasa lapar ini berlaku kerana perut merembeskan lebih banyak enzim pencernaan berbanding biasa, sekaligus mengambil masa yang singkat untuk mencernakan kesemua makanan yang diambil.

7 - Sentiasa mahu terkencing
Pernah terfikir mengapa anda sentiasa terasa nak terkucil acap kali ketika berada di dalam bilik berhawa dingin? Ini kerana, peralihan badan daripada suhu biasa (suhu bilik) kepada suhu hawa dingin akan menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak haba untuk memanaskan badan yang kesejukan, dan ini bersamaan dengan peningkatan metabolisma. Kesan daripada peningkatan metabolisma ini ialah fungsi badan akan bekerja lebih "pantas" berbanding biasa, ini termasuklah proses yang melibatkan bagaimana ginjal kita bekerja (menyingkirkan bahan kumuhan melalui air kencing). Walaubagaimanapun, tidak mustahil jika anda kencing lebih kerap berbanding hari-hari sebelumnya walaupun anda tidak berada di dalam bilik berhawa dingin, dan itu menunjukkan kadar metabolisma anda sedang meningkat (andaian ini menganggap anda tidak menghidapi Urinary Tract Infection).

Pakcik SS yang kelihatan cukup selekeh dalam gambar versi kandid. Sila fokus pada hidangan tengahari yang terletak dihadapannya.

P/S: Tidak tahu apa itu metabolisma? Sila rujuk pada ruangan "Soalan-soalan Lazim" untuk mengenali dengan lebih lanjut apa itu metabolisma.

#TurunBeratBadan101Where stories live. Discover now