1 - Parking lot
Letakkan kenderaan anda sedikit jauh berbanding pintu pasaraya yang hendak dituju.
Secara psikologinya, kebanyakkan rakyat Malaysia akan cuba untuk meletakkan kenderaan mereka sehampir yang boleh dengan pintu masuk pasaraya. Apabila sampai waktu puncak, kesesakan pasti akan berlaku, dan inilah kelebihan anda untuk meletakkan kenderaan lebih jauh berbanding pintu masuk. Selain dapat mengelakkan diri daripada kesesakan, anda juga membakar lebih kalori dengan berjalan kaki sedikit.2 - Windows Browsing
Ketika membeli belah, jangan terburu-buru untuk membeli barang. Pantau harga-harga barang terlebih dahulu, dan bandingkan maklumat pemakanan yang terdapat pada produk yang hendak dibeli. Anda bukan sahaja lebih berhemah (dari segi ekonomi dan kesihatan) ketika berbelanja, malah secara tidak langsung juga membakar lebih kalori dengan berpusing-pusing di sekitar pasaraya.3 - Tolak Troli
Sesetengah individu begitu malas untuk menolak troli atau membawa bakul yang berisi barang, dengan alasan terlalu berat dan membebankan. Wanita kebiasaannya akan menyuruh si suami atau teman lelaki untuk menolak troli untuknya, namun tahukah anda menolak troli juga memerlukan daya yang lebih berbanding berjalan lenggang-lenggang kangkung, sekali gus membakar lebih kalori.4 - Alas perut
Secara psikologinya, anda akan cenderung untuk membeli makanan yang 'mengarut' apabila sedang lapar. Dengan mengalas perut sebelum bertandang ke pasaraya, kebarangkalian untuk anda membeli makanan yang 'mengarut' dapat dikurangkan. Anggap hidangan alas perut ini sama seperti pre-workout meal sebelum anda memulakan senaman. Apa yang patut diambil? 1-2 gelas susu skim bersama sekeping roti gandum penuh sudah memadai.5 - Gunakan tangga jika berkesempatan
Kebanyakan pasaraya kini menyediakan khidmat escalator untuk bergerak dari satu tingkat ke satu tingkat. Walaubagaimanapun, sekiranya pasaraya tersebut menyediakan 2 pilihan (iaitu tangga, atau escalator), dan barang yang dibeli tidak memerlukan anda untuk mengusung dengan troli, maka silalah menggunakan tangga dengan segala hormatnya. Ini juga merupakan suatu bentuk senaman yang bagus untuk sistem kardiovaskular anda.
YOU ARE READING
#TurunBeratBadan101
No FicciónMacam mana ni nak turun berat badan? Mesti anda tertanya bagaimana seharusnya dan cara yang paling betul untuk menurunkan berat badan. Caranya senang iaitu berdiet a.k.a mengamalkan diet yang seimbang. Aikkk??!! Macam mana tu? Bacalah buku ini untuk...