5 syarat untuk turunkan berat badan

197 1 0
                                    

Rasanya dah lama saya tak kupas topik berkenaan turunkan berat badan. Sejak kebelakangan ini saya banyak tumpukan penulisan saya berkaitan kesihatan dan gaya hidup.

Namun saya sedar, kebanyakan pembaca blog ini masih tertumpu kepada mereka yang sedang cuba untuk turunkan berat badan atau yang nak kekalkan berat badan sepanjang hayat.

Untuk tidak mengecewakan pembaca semua, saya ingin kongsikan suatu rahsia mutlak dalam weight loss dan weight maintenance yang wajib diketahui oleh semua rakyat jelata.Ia merupakan 5 syarat atau asas yang mana jika anda setia berpegang padanya, berat badan anda akan dijamin 200% turun dengan jayanya.

Bukan itu sahaja, malah anda berupaya kekal dengan hasil kejayaan itu untuk sepanjang hayat (no yo-yo effect / kembali kepada berat badan yang asal). Kalau boleh bookmark lah entri ini pada browser anda, atauprint kepada beberapa salinan dan lekatlah di beberapa tempat yang anda boleh lihat setiap hari.

1 - Objektif biar jelas, biar lebih dari satu

Semua orang nak turunkan berat badan supaya kelihatan menarik dan segak. Tetapi matlamat atau objektif seperti ini terlalu commonsebenarnya. Bukan itu sahaja, dengan meletakkan satu sasaran juga bererti anda cuma ada satu 'drive factor' yang akan membawa anda ke puncak kejayaan, mana cukup!

Seeloknya, letakkan 2 hingga 3 sasaran. Lebih banyak lebih bagus, tetapi janganlah terlalu banyak sampai anda rasa demotivate untuk capai kesemuanya.

Ibarat seperti Kereta, kalau seorang saja yang tolak, memang takkan bergerak. Melainkan anda betul-betul kuat..

Jika anda masih mensasarkan ingin kelihatan menarik, cuba 'spesifik' kan sedikit matlamat tersebut, contohnya sebab naktackle perhatian seorang lelaki atau wanita yang kita minat/sayang. Ini sekadar contoh untuk menunjukkan bahawa objektif itu tak boleh terlalu umum, tetapi biarlah jelas atau spesifik. Saya dahulu juga meletakkan beberapa lagi sasaran selain dari ingin kelihatan kurus dan berkeyakinan, antaranya sebab untuk memberikan kejutan kepada keluarga (sebab dah lama obese kan), serta ingin mengurangi kesakitan yang sering muncul di tumit kaki kiri (sebab berat badan berlebihan).

2 - Tahu cara menguruskan kalori

Yang ini secara asas saya pecahkan kepada 2 komponen. Pertama, kena tahu berapakeperluan kalori anda (DCR) dan kedua, kena tahu cara untukmenguruskannya. Rasanya untuk syarat no.2 ni saya tak perlu nak cerita panjang lebar kerana semuanya sudah saya curahkan dalam blog ini.

Namun kepada mereka yang pertama kali dengar perkataan kalori ini dan ingin mempelajarinya dengan lebih lanjut, saya sarankan anda mulakan dengan membacaentri ini. Bila dah faham, praktikkanlah konsepnya satu persatu.

Untuk lebih praktikal, saya sarankan anda cuba menggunakan planner harian Diari Diet (rupanya seperti gambar atas) supaya anda dapat membiasakan diri dengan konsep kalori secara mudah. Ia bertindak sebagai "Diari harian + Buku (nota-nota berkaitan kalori) + motivator" - kesemuanya 3 dalam 1. Dalam Diari ini, semua yang anda perlukan dari A sampai Z sudah disediakan, cuma tinggal untuk dilaksanakan sahaja.

3 - Bersenam

Kalau ikutkan, tanpa bersenam juga berat badan anda boleh turun dan dikawal. Walaubagaimanapun, saya sarankan anda perlu juga bersenam atas beberapa faktor yang mana kalau tak buat, amatlahrugi bebenor. Antaranya seperti

Membantu meningkatkan metabolisma (bakar lebih banyak lemakAnda akan lebih gembira dan tak stress (paras endorphine meningkat)Memperbaiki psikologi dan fisiologi anda (hormon-hormon beredar dengan baik)Memantapkan sistem kardiovaskular anda (ingat, sekarang ni pembunuh no.1 populasi dunia adalah penyakit jantung, sila latih jantung anda sebelum terlambat)Memantapkan kekuatan otot dan postur (anda ingin sihat hingga tua bukan?)Menguatkan daya ingatan hingga tua (disebabkanpencegahan penyusutan otakMencegah beberapa penyakit kronik termasuklah kanserMemastikan proses mengawal berat badan lebih berkesan

4 - Disiplin

Disiplin di sini bermaksud anda kekal konsisten / istiqamah melakukan apa yang di highlightkan di atas. Jangan baru amalkan 2 - 3 minggu, terus nak timbang berat badan dan bila tengok tiada perubahan, terus rasa kecewa (dan tak nak teruskan). Itu sangat malang namanya.

Sebagai rujukan, sila letakkan paras rujukan dan kekal disipilin PALING KURANG untuk 2 bulan. Ya, anda tak salah dengar, 2 bulan. Lemak badan adalah sumber yang bertenaga tinggi, bererti perlu mengambil sedikit masa untuk menyusut / habis. Ciri-ciri ini penting untuk survival manusia lebih-lebih lagi ketika kebuluran melanda (tak cukup makanan).

1g lemak -> 7.7 kalori

1g glukosa (tenaga harian biasa) ->3.8 kalori

Percayalah, there is no such thing as lemak boleh hilang berkilo dalam masa kurang dari sebulan. Kalau berlaku, barangkali yang banyak turun tu adalah dari jisim-jisim lain seperti air dan otot. Kalau tak percaya juga apa yang saya katakan di sini, rujuklah sendiri buku teks biochemistry, chapterFatty Acids Metabolism.

Sebelum terlupa, satu lagi cara untuk anda kekal berdisiplin adalah dengan merekodkan makanan dan senaman yang anda amalkan (food and exercise log). Kos untuk menyediakan sebuah log yang baik cumalah RM1 sahaja (guna buku latihan sekolah yang kulit warna coklat tu). Apa yang penting adalah komitmen untuk memantau diet dan senaman tu.

Anda juga boleh menggunakan planner harian khusus seperti Diari Diet dalam membantu memantau pengambilan kalori - semua sudah disediakan di dalamnya, tinggal untuk dilaksanakan sahaja (gambar atas). Persembahannya yang 'mesra pengguna' berupaya memastikan anda kekal disiplin dan motivasi dengan apa yang dilaksanakan. Jika anda benar-benar bersungguh, anda pasti boleh berjaya macam kawan kita di bawah ini.

Sekiranya anda berminat untuk memiliki Diari Diet ini, boleh rujuk sini. Atau rujuk side bar sebelah kanan blog (klik gambar Diari).

5 - Jangan kembali kepada tabiat yang lama, JANGAN!

Kembali kepada tabiat makan dan gaya hidup yang lama, bermaksud anda sudah membuka semula pintu 'kegelapan' yang telah anda tutup beberapa bulan yang lalu, lalu bersedialah anda kembali kepada diri anda yang asal. Bahaya bukan? Sepatutnya pintu itu sudah terkunci rapat, dan kalau boleh di 'seal' sekali dengan papan plywood serta mangga tambahan.

Itu sebab saya lebih suka menggalakkan mereka yang hendak menurunkan berat badan agar 'membiasakan' diri dengan makanan di sekeliling (pantau saiz hidangan / kalori). Diet-diet ekstrim sememangnya memberi kesan yang cepat, namun dalam masa yang sama mudah membawa anda kembali ke tabiat yang lama sekiranya mental tak cukup kuat. Ingat, anda menjadi 'besar' adalah disebabkan oleh tabiat makan dan gaya hidup anda yang tak aktif. Justeru untuk mengubah fizikal anda, anda harus ubah gaya hidup anda ke arah yang lebih baik dan kekal mengamalkannya sepanjang hayat. Bukannya menjadi 'ekstremis diet'.

Demikianlah tadi 5 syarat wajib jika anda ingin turunkan dan kekalkan berat badan ideal anda untuk tempoh sepanjang hayat. Sebagai rangkuman, saya ulang kembali 5 syarat ini untuk peringatan kita bersama, iaitu Objektif, KaloriBersenam, Disipilin, dan jangan kembali ke tabiat lama.

Harapan saya agar seluruh warga yang ingin turunkan atau kekalkan berat badan di luar sana faham dengan ke lima-lima 'rules' ini. Anda pasti ingin berjaya seperti individu-individu dalam kisah kejayaan ini bukan? Nak turun berat dari 120kg hingga 69kg seperti cik Tasya? Jika jawapan anda YA, maka praktikkanlah rahsia yang saya kongsikan ini dan ingat sampai bila-bila. Sila kongsikan juga entri ini kepada sahabat dan rakan-rakan yang lain untuk manfaat kita bersama.

#TurunBeratBadan101Where stories live. Discover now