Entah mengapa ramai bebenoryang suka mengajukan aku dengan soalan seperti ni di email, mahupun di page fan facebook.
"Joy, perut I ni dah macam orang mengandung 5 bulan, tapi I belum kahwin lagi tau, huhuhu.. tolong bagi tips sikit macam mana nak surutkan perut I ni yea.. thank you darling =)" (darling? erkk..)
"ijoy.. seperti yang *ehem2* bgtau sebelum .. *ehem2* ada masalah dengan perut la.. berat badan dah kurang tapi masalahnya perut tetap maintain.. sit up dah segala macam exercise perut dah *ehem2* buat tapi seperti tak membantu.. boleh tak ijoy tolong bagi *ehem2* lebih byk tips.." (*ehem2* adalah nama pengirim yang dirahsiakan identitinya)
"Bro, badan aku dah ok, tapi tang perut tu, alahai.. jam bro, jam... tips please.." (yea, tahu.. nak bagilah ni)
Bagi aku, faktor utama yang mengakibatkan perut buncit ini adalah disebabkan oleh saiz perut - terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan perubahan saiz perut (perut kita ni sebenarnya ala-ala elastik), dan itu termasuklah angin dan kehadiran kuantiti makanan yang banyak dalam satu-satu masa.
Jangan terkejut jikalau aku cakap, ada juga orang yang memiliki 'six-pack' (perut berketak-ketak) tetapi buncit!
Tanpa membuang masa, dijemput mereka yang mengalami masalah ini agar membaca tip-tip berikut agar risiko kebuncitan dapat dielakkan:
1 - Makan Dengan Perlahan
Elakkan makan secara berdiri dan cuba kunyah dengan perlahan kerana makanan yang tidak dihadam sempurna akan menimbulkan banyak gas.Ketika anda menelan terlalu gelojoh, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Oleh yang demikian duduklah ketika makan dan kunyahlah (dan telan) makanan secara perlahan-lahan.
2 - Kurangkan Pengambilan Garam
Terlalu banyak garam hanya menambahkan lagi sodium dalam badan dan melambatkan pengeluaran air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terase penuh dan buncit.3 - Jangan Minum Arak
Aku tahu, sebagai umat Islam memanglah tidak boleh minum arak kerana agama sudah menegahnya, tapi peringatan ini ditujukan khas buat mereka yang bukan beragama Islam. Jangan minum arak jika anda tidak mahu perut anda buncit.4 - Jangan Minum Teh Bersama Protein
Daun Teh boleh mengakibatkan protein daripada makanan mengeras dan sukar dicerna.5 - Jangan Tidur Selepas Makan
Makanan yang baru diambil pastinya tidak dapat dicerna dengan sempurna dan boleh mengakibatkan penghasilan gas dan ketidakselesaan perut. Beri masa kepada perut sekurang-kurangnya 2 jam sebelum melabuhkan kepala di atas bantal.6 - Jangan Mandi Selepas Makan
Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut. Ini akan melemahkan perjalanan sistem pencernaan anda. Seboleh-bolehnya mandilah dahulu sebelum makan.7 - Minum Banyak Air
Jika perut penuh disebabkan oleh air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah ini dengan minum lebih banyak air. Ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sekaligus meningkatkan jumlah air yang dikeluarkan dari sistem tubuh. Jangan kurangkan pengambilan air ketika berdiet, kerana banyak bahan yang sukar dicernakan hanya akan menyebabkan perut menggelembung jika kekurangan air.8 - Hindari Sembelit, ambil lebih serat
Sembelit, atau bahasa pasarnya 'penyakit susah nak berak' hanya akan membuatkan stok tahi berkumpul-kumpul dalam usus. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.9 - Bersenam
Bersenam membantu menggerakkan cairan (fluid) dalam perut, disamping meningkatkan lagi kecekapan sistem pencernaan. Fokus kepada senaman berorientasikan aerobik (kardio).10 - Rajin-rajinlah bersendawa
Namun tak bermaksud anda boleh bersendawa dihadapan rakan-rakan, teman lelaki/wanita yang baru dikenali, atau di tempat-tempat awam kerana amalan tersebut sungguh tidak senonoh. Cover cover lah sikit ok?Nota Kaki: Beberapa tip-tip ini (tak semua) aku cedok dari Internet dan pada hemat aku logik dari sudut Sains.
![](https://img.wattpad.com/cover/55732221-288-k135225.jpg)
YOU ARE READING
#TurunBeratBadan101
SaggisticaMacam mana ni nak turun berat badan? Mesti anda tertanya bagaimana seharusnya dan cara yang paling betul untuk menurunkan berat badan. Caranya senang iaitu berdiet a.k.a mengamalkan diet yang seimbang. Aikkk??!! Macam mana tu? Bacalah buku ini untuk...