Setiap yang kita lakukan memerlukan kalori. Dari menggosok gigi, membasuh muka, hinggalah kepada saat kita tidur, semuanya memerlukan kalori.
Puasa sebenarnya bukanlah alasan untuk kita mengurangkan jumlah pembakaran kalori.
Malah, inilah tempoh yang paling sesuai untuk kita menghasilkan kalori defisit agar misi menurunkan berat badan dapat dicapai ketika menjelangnya Syawal.
Berikut Susu Sejat senaraikan 10 aktiviti terbaik yang boleh dilakukan ketika bulan Ramadhan, berserta dengan jumlah kalori yang mampu dibakar.
1 -Mengemas rumah
Tempoh: 30 minit
Jumlah Kalori yang dibakar: 102kcal
Kadar pembakaran: 204kcal/jam2 - Bekerja di pejabat
Tempoh: 8 jam
Jumlah Kalori yang dibakar: 650kcal
Kadar pembakaran: 81kcal/jam3-Menggunakan tangga, dan bukannya lif (ketika di pejabat)
Tempoh: 15 minit
Jumlah Kalori yang dibakar: 110kcal
Kadar pembakaran: 440kcal/jam4 - Mengunjungi Bazaar Ramadhan
Tempoh: 30 minit
Jumlah Kalori yang dibakar: 94kcal
Kadar pembakaran: 188kcal/jam5 -Menyediakan juadah berbuka di dapur
Tempoh: 1 jam
Jumlah Kalori yang dibakar: 154kcal
Kadar pembakaran: 154kcal/jam6 - Berbuka puasa/ sahur
Tempoh: 30 minit
Jumlah Kalori yang dibakar: 61kcal
Kadar pembakaran: 122kcal/jam7 - Jogging
Tempoh: 30 minit
Jumlah Kalori yang dibakar: 278kcal
Kadar pembakaran: 556kcal/jam8 - Weight Training(light)
Tempoh: 30 minit
Jumlah Kalori yang dibakar: 73kcal
Kadar pembakaran: 146kcal/jam9 - Solat Sunat Tarawikh
Tempoh: 1 jam 15 minit
Jumlah Kalori yang dibakar: 200kcal
Kadar pembakaran: 160kcal/jam10 - Membaca Quran
Tempoh: 1 jam
Jumlah Kalori yang dibakar: 91kcal
Kadar pembakaran: 91kcal/jam*Nota: Semakin tinggi nilai "Kadar pembakaran", semakin bagus/banyak aktiviti tersebut membakar kalori.
Sama-samalah kita mempraktikkannya ya!
YOU ARE READING
#TurunBeratBadan101
Non-FictionMacam mana ni nak turun berat badan? Mesti anda tertanya bagaimana seharusnya dan cara yang paling betul untuk menurunkan berat badan. Caranya senang iaitu berdiet a.k.a mengamalkan diet yang seimbang. Aikkk??!! Macam mana tu? Bacalah buku ini untuk...