Sedarkah anda semua bahawa di pasaran Malaysia sudah ada telur ayam yang rendah kandungan kolestrolnya, tetapi tinggi kandungan asid lemak Omega 3 dan Vitamin E? Terdapat beberapa produk telur sebegini di Malaysia, dan salah satunya adalah seperti yang terpampang dalam gambar ini.
Omega 3 merupakan komponen asid lemak yang kebiasaanya wujud secara semulajadi dalam ikan beriklim sejuk, sumber kekacang, atau minyak masak yang tinggi kandungan ‘lemak mono tak tepu’ seperti minyak zaitun. Pengambilan asid lemak Omega 3 secara berterusan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Tentu ramai yang tertanya-tanya, bagaimana Telur Omega 3 ini dihasilkan. Adakah telur ini disuntik dengan bahan kimia tertentu supaya kandungan kolestrolnya mengurang, dan kandungan asid lemak omega 3 meningkat? Tentu sekali jawapannya tidak. Telur Omega 3 ini dihasilkan menerusi ayam betina yang mana diet nya kaya dengan asid lemak omega 3(tak mainlah makan dedak ayam yang biasa dan murah).
Fakta 1: Telur ayam biasa juga mengandungi asid lemak omega 3 (dari jenis ‘alpha linolenic acid’), namun kandungannya amatlah sedikit jika dibandingkan dengan kandungan lemak tepu yang terkandung di dalamnya. Telur Omega 3 dikatakan mengandungi 3x hingga 6x ganda kandungan asid lemak omega 3 berbanding telur ayam biasa.
Fakta 2: Alpha linolenic acid adalah sejenis asid lemak omega 3 yang wujud dalam sumber kekacang tertentu, seperti Flax seed. Difahamkan, ayam yang menghasilkan telur yang kaya dengan kandungan omega 3 telah diberikan sumber kekacang seperti ini ke dalam diet mereka.
Fakta 3: Kesemua kandungan nutrien dalam telur (tidak kiralah telur ayam biasa atau Telur Omega 3) seperti Vitamin E dan omega 3 hanya wujud dalam kuning telurnya sahaja. Sekiranya anda hanya mengambil putih telur sahaja dan membuang kuning telurnya, maka anda tidak akan mendapat khasiat ini. Rugi.
Beginilah rupa warna kuning Telur Omega 3
Dan ini pula merupakan warna kuning telur ayam biasa. Nampak perbezaanya?
Meskipun tidak dinyatakan berapakah jumlah kolestrol yang terdapat dalam telur ini, namun syarikat yang mengeluarkan produk ini pasti sedar akan tanggungjawab mengeluarkan kenyataan berbunyi “Lebih Rendah Kolestrol”. Sebiji telur omega 3 ini dijangka mempunyai kandungan kolestrol yang jauh lebih rendah berbanding telur ayam biasa (kira-kira 210.2mg sebiji, yang terkandung 100% dalam kuning telurnya).
YOU ARE READING
#TurunBeratBadan101
Non-FictionMacam mana ni nak turun berat badan? Mesti anda tertanya bagaimana seharusnya dan cara yang paling betul untuk menurunkan berat badan. Caranya senang iaitu berdiet a.k.a mengamalkan diet yang seimbang. Aikkk??!! Macam mana tu? Bacalah buku ini untuk...