Siapa di sini nak kurus? Kalau selama ni saya sering kongsikan pendekatan nak kurus dari segi fisiologi dan pelaksanaan berkaitan, hari ni saya nak share sedikit strategi nak kurus, tetapi dari sudut berbeza; PSIKOLOGI.
Untuk itu, saya lampirkan di sini 2 soalan berkenaan yang sering diajukan oleh pembaca untuk perbincangan kita.1) Boleh tak saya nak kurus tanpa bersenam dan hanya jaga diet?
Jawapan saya? Tentulah boleh, asalkan kalori defisit itu berlaku, berat badan pasti akan turun.
Tetapi kurus menerusi diet biasanya mempunyai kesan jangka masa pendek sahaja.
Kenapa? Baca ulasan saya yang berikut:
"Teixeira et al. (2006), in their study published in Journal of American College of Sports Medicine, has demonstrated the importance of cognitive processes during weight control which support the notion that initial focus on diet is associated with short-term weight loss, while change in exercise-related motivational factors, with a special emphasis on intrinsic sources of motivation (e.g., interest and enjoyment in exercise), play a more important role in longer term weight management."
Kalau mental anda di set untuk kurus hanya menerusi diet, secara psikologi pendekatannya kurang variasi dan anda mudah 'berhenti di tengah jalan' kerana kurang motivasi.
Tetapi jika anda pelbagaikan metode yang mampu menjana kalori output anda, inshaa Allah anda tidak cepat bosan dan keseronokan beriadah mampu membuatkan anda bertahan lebih lama dalam perjalanan SEPANJANG HAYAT untuk kurus dan sihat.
Sekarang tanya balik kawan2 anda yang asalnya obese/gemuk, tetapi mampu mengawal berat badan mereka dengan jayanya melebihi 2 tahun, mereka bersenam atau tidak ketika nak menurunkan dan jaga berat badan, atau mereka cuma jaga diet? Anda pasti akansurprise dengan jawapan kawan itu!
2) Exercise / Food Log - Mana lebih baik, guna apps atau tulis secara manual dalam buku?
Soalan ini saya terima dari salah seorang sahabat yang pernah bertanyakan, apa rasional saya untuk terbitkan Diari Diet tiga tahun yang lalu. Katanya, bukankah orang akan favor kepada benda yang percuma dan memudahkan seperti apps Lose It!, Myfitness Pal, Calorie Count, etc.? Kenapa pula orang perlu bersusah menulis food dantraining log mereka secara manual?
Ini jawapan saya kepada beliau. Kajian James, & Engelhardt (2013) menerusi "The effects of handwriting experience on functional brain development in pre-literate children" merumuskan tingkah laku menulis mampu mempertingkatkan cara otak berfikir, menerima dan memproses data, berbanding dengan tingkah laku menaip menggunakankeyboard.
Dalam erti kata lain, menulis mampu mempertingkatkan kognitif seseorang!
"Brain imaging studies reveal that multiple areas of brain become co-activated during the learning of cursive writing of pseudo-letters, as opposed to typing or just visual practice."
Dari pengalaman saya sendiri, menulis food dan exercise logsecara manual sebenarnya lebih 'merangsang' sel-sel otak dalam mengenal pasti (menghafal) berapa kalori dalam makanan tertentu, untuk portion tertentu. Kesannya, sampai sekarang pun saya masih ingat berapa kalori dalam satu-satu makanan meskipun dah 5 tahun 'bersara' dari logging makanan saya secara ketat.
(Nota: Pada siapa yang baru mengikuti blog saya, untuk pengetahuan anda, saya pernah mencatat setiap kalori yang saya ambil setiap hari untuk tempoh hampir 2 tahun; 8 bulan pertama ketika fasa menurunkan berat badan, selebihnya fasa maintenance dan penambahan semula berat badan. Anda boleh baca penulisan saya yang terdahulu circa 2010, dalam blog ini).
Hal yang sama juga berlaku jika anda menggunakan exercise log. Jika anda ke gym, jangan terkejut jika anda terlihat ada atlit atautrainer yang masih menjinjingexercise log mereka ketika berlatih. Saya juga mempunyai exercise log saya sendiri, tetapi saya tidaklah terlalu ketat mencatitnya. Ia hanya dijadikan rujukan progress saya yang terdahulu seandainya saya mahu memulakan semula latihan setelah meninggalkannya terlalu lama.
YOU ARE READING
#TurunBeratBadan101
Non-FictionMacam mana ni nak turun berat badan? Mesti anda tertanya bagaimana seharusnya dan cara yang paling betul untuk menurunkan berat badan. Caranya senang iaitu berdiet a.k.a mengamalkan diet yang seimbang. Aikkk??!! Macam mana tu? Bacalah buku ini untuk...