Kali ini aku ingin kongsikan 6 tips menarik untuk mengelak makan secara berlebihan (sekaligus kegemukan) seperti yang dicadangkan oleh penulis, pakar kesihatan dan kecergasan, Jayden Chen di dalam bukunya "Slim Malaysians". Tips berikut adalah terjemahan dan olahan semula oleh Susu Sejat.
1 - Pandai membezakan antara 'haus' dan 'lapar'
Selepas makan, kepekatan darah akan meningkat (kehadiran glucose dan asid amino), dan kita memerlukan air untuk 'mencairkan' kembali darah dalam badan. Sekiranya korang masih belum berasa kenyang selepas satu-satu hidangan (seperti sepinggan nasi), minum dulu segelas air kosong, tunggu beberapa minit dan lihat jika apa yang diperlukan badan korangitu adalah betul-betul makanan atau sekadar air.
Masih lapar, atau sekadar haus?
2 - Makan secara perlahan
'Stretch receptors' pada perut mengambil masa 20 minit untuk menghantar signal ke otak, memberitahu jika diri korang sudah kenyang, atau sebaliknya. Andaikata korang makan terlalu cepat, korang mungkin akan terlebih makan daripada yang sepatutnya.
3 - Makan dengan 4 deria
Beri penghargaan kepada makanan yang dinikmati. Makanlah menggunakan 4 deria utama manusia, iaitu bau (hidung), rasa (lidah), penglihatan (mata) dan sentuh (kulit). Nikmati bau makanan, selami rasa makanan tersebut, hargai bagaimana ia dipersembahkan, sentuhlah makanan tersebut dengan jarikorang, dan hargailah hidangan tersebut.Makanlah seperti seorang pengkritik makanan
4 - Jangan abaikan sarapan pagi
Kita perlukan sebuah 'suis' untuk membuka metabolisma yang 'tertutup' semenjak kita tidur (malam) 8 jam yang lalu. Dan suis ini tidak lain dan tidak bukan ialah sarapan yang sihat dan berkualiti. Sarapan pagi adalah amat penting untuk memastikan tubuh kita bersedia dan mampu bekerja pada hari tersebut dengan baik dan sempurna. Kajian menunjukkan 80% individu yang berjayamenurunkan dan mengekalkanberat badan adalah mereka yang tidak pernah meninggalkan sarapan pagi.5 - Sentiasa minum air kosong
Minum kira-kira 8 hingga 10 gelas air kosong setiap hari. Kajian diUniversity of Washingtonmenunjukkan minum segelas air mampu menurunkan selera makan kepada beberapa tahap.6 - Jangan berlapar
Yang ini aku sendiri pun pernah komen dalam entri susu sejat yang lalu. Jangan sesekali berlapar kerana apabila berlapar, badan manusia sehabis boleh akan cuba mengelak untuk turun berat badan berikutan kurangnya sumber input (makanan), dengan merendahkan kadar metabolisma supaya badan tidak terus susut (Ya, susut berat badan itu memang difahami oleh badan kita sebagai suatu malapetaka yang harus dielakkan. Anggap badan kita seperti sebuah bank. Sekiranya wang simpanankorang di bank mula susut, agak-agaknya, apa yang korang akan lakukan supaya tidak jatuh muflis? Berjimat-cermat? Maka badan kita juga adalah seperti itu).
YOU ARE READING
#TurunBeratBadan101
Non-FictionMacam mana ni nak turun berat badan? Mesti anda tertanya bagaimana seharusnya dan cara yang paling betul untuk menurunkan berat badan. Caranya senang iaitu berdiet a.k.a mengamalkan diet yang seimbang. Aikkk??!! Macam mana tu? Bacalah buku ini untuk...