Prolog

951 50 4
                                    

Taeyeon seorang gadis yg kaya tetapi sangat merendah diri. Appanya Encik Kim mempunyai syarikat fesyen yg terkenal di dunia. Dia tinggal di Canada sejak kecil disebabkan pekerjaan bapanya.

Ibu Taeyeon telah lama meninggalkan dia dan bapanya bersama lelaki lain sejak Taeyeon berumur 2 tahun. Taeyeon tidak pernah mengingati wajah ibunya. Dia pernah bertanya tentang ibunya kepada Encik Kim tetapi dia teruk dimarahi. Taeyeon diberi amaran keras supaya tidak menanyakan soal ibunya lagi.

Walaupun dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ibu, dia membesar dengan baik. Tayeon ialah gadis yg sangat cantik dan menghormati orang tua. Tetapi kadang-kadang panas baran akan menguasai dirinya.

Dia mempunyai 4 org sahabat baik yg sentiasa ada di sisinya di kala susah dan senang. Yoona, Tiffany, Joy dan Irene juga lahir di dalam keluarga yg cukup sempurna dan berada. Tahun ini merupakan tahun terakhir mereka di sekolah menengah dan mereka mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di negara kelahiran mereka iaitu Korea Selatan.

"Ahhh. Leganya rasa bila dh tamat sekolah ni. Aku dah bebas!!" jerit Yoona. Dia sedikit pon tidak menghiraukan mata yg memandang di cafe itu.

"Oi kau ni dh kenapa? Jagalah perangai kau sikit. Kita kat tempat awam lah." nasihat Tiffany.

Selepas tamat sesi persekolahan tadi, mereka berlima membuat keputusan utk sama2 berkumpul dan melepaskan tekanan di kafe kegemaran mereka.

"Alaaa sorry la. Aq rasa happy sgt je skrng ni. Ish aq x sabar nak--" belum sempat Yoona menghabiskan kata2 nya, Taeyeon menyampuk "Tak sabar nk pergi study kat Korea kan. Aq pon sama. Lamanya tak pergi sana. Ahh rindunya."

"Kau ni mmg suka menyampuk kan cakap aku. Aq x sabar nk kahwin la sebenarnya." Jelas Yoona

"Ha?!" Serentak mereka berempat bertanya.. "Kau dh ada calon ke Yoona?" Tanya Joy. Setahunya Yoona tidak lagi mempunyai kekasih selepas berpisah dengan Seung Gi beberapa bulan dahulu.

"Hahahaha. Aku tak cakap aku dah ada calon. Aku cuma teringin nak kahwin je" jawab Yoona.

"Kau belajar la dulu Yoona, baru fikir nak kahwin. Kalau kahwin tapi tak bahagia pun tak ada guna kan. Lagipun sekarang ni bukan semua orang boleh percaya. Mula2 kata sayang tetapi akhirnya habis madu sepah dibuang. Bila bercerai tanpa pekerjaan atau segulung ijazah, hidup kita akan susah. Akhirnya kita akan menyusahkan orang lain. Buat apa kita hidup dgn bergantung pada orang lain. Jadi sebelum kita salah buat pilihan baik kita lakukan yang perlu dahulu." tegas Taeyeon

Rakannya yang lain hanya diam membisu mendengar ceramah panjang lebar lagikan percuma daripada Taeyeon. Mereka sudah sedia maklum akan perangai Taeyeon yg takut akan percintaan. Mungkin dia terlalu trauma atas apa yg terjadi kepada appanya. Maklumlah, apa yg dia tahu, ibunya meninggalkannya dan Encik Kim semata mata lelaki lain yang lebih kaya.

Namun begitu, berbanding rakannya yang lain, Taeyeon mempunyai ramai peminat di sekolah. Mana tidaknya, mukanya yang mulus, putih dan bersih. Badannya yang sangat ramping dan cantik. Senyuman yang boleh membuat semua lelaki tergilakannya!
Namun hatinya masih keras macam batu. Amat sukar untuk membiarkan cinta terukir di hatinya.

•••

Hai!! Ni first time saya tulis fanfic ni. Tak tahula best atau x. Kalau ada nk comment apa2 comment je la or pm je trus. Kalau dah baca apa kata tolong promote kat org lain jugak. Hehehe

Btw jgn lupa vote+komen ehh♥
Saranghaja!

151209

On The SnowWhere stories live. Discover now