Taeyeon masuk ke rumahnya dan terus menuju ke pintu biliknya. Ruang tamu kelihatan sepi, tiada orang di situ. Mungkin rakan-rakannya berada di bilik masing-masing. Dia duduk di birai katil. Fikirannya teringat kepada Hanbin. Dia tergelak apabila teringat akan cara Hanbin 'mengugutnya' untuk makan bersama. Langsung dia tidak berasa kekok apabila bersama dengan Hanbin. Mungkin kerana sikap lelaki itu yang suka membuat lawak dan tidak berhenti bercakap membuatkannya tidak berasa janggal. Lamunannya mati apabila dia mendengar ketukan di pintu biliknya sebelum ia terbuka dari luar. Yoona menjengukkan kepalanya ke dalam bilik Taeyeon.
"Kenapa aku telefon kau tak angkat? Aku rasa kau dah boleh buang dah telefon tu. Ada telefon bukan nak pakai. Susah betul nak contact." Bebel Yoona. "Sorry, aku ada hal tadi." Kata Taeyeon. Malas memberitau dengan siapa dia keluar.
Selepas Yoona pergi, Taeyeon menyeluk begnya untu mencari telefon bimbitnya. Dia menekan butang untuk membuka telefon yang dimatikannya tadi. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat apa yang tertulis di telefonnya.
97 missed calls & 23 messages
Hanya 3 missed calls daripada Yoona dan selebihnya daripada Baekhyun. Mesej-mesej itu juga daripada Baekhyun. Antara mesej-mesej yang diberikannya adalah :
Taeyeon, awak sibuk ke?
Kenapa tak balas mesej saya?
Awak taknak jumpa saya ke?
Kelas awak belum tamat ke?
Awak tak jawab saya telefon kenapa?
Saya risau ni.
Ada apa-apa terjadi ke?
Kim Taeyeon?
Ya!!! Kim Taeyeon, eodiya?
Telefon saya bila awak baca mesej ni.
Dengan segera nombor Baekhyun ditekan dan telefon diletak di telinganya. Beberapa saat sahaja panggilan itu sudah terjawab. "Ya! Awak pergi mana? Tahu tak saya risau dekat awak? Dari pagi sampai petang saya telefon tak angkat, mesej tak jawab. Ada apa-apa jadi ke?" Soal Baekhyun bertubi-tubi.
"Baekhyun-a mianhae. Sebab awak mesej saya masa saya dalam kelas, songsaengnim rampas telefon saya. Petang tadi, saya baru ambil semula telefon saya." Jelas Taeyeon.
"Aahh~ Itu rupanya yang terjadi. Gwaenchana. Saya yang patut minta maaf sebab ganggu awak dalam kelas." Baekhyun menggaru kepalanya yg tidak gatal.
"Apa pun, saya telefon awak ni, tak menganggu ke? Bukan awak ada latihan? Saya minta maaf lah kalau saya kacau korang berlatih." Baru dia teringat Baekhyun memberitahunya semalam yang mereka akan berlatih untuk concert mereka yang hanya tinggal beberapa hari lagi.
"Kalau awak yang telefon, saya tengah buat persembahan atas pentas sekali pun, saya akan berlari untuk jawab panggilan awak." Taeyeon tergelak. Ada-ada sahaja lelaki ini. "Taeyeon-a, saya nak awak janji sesuatu dengan saya boleh?" Suara Baekhyun di hujung talian kedengaran serious.
"Apa?"
"Saya nak awak janji dengan saya yang awak tak boleh tak jawab saya telefon atau tak balas mesej saya macam ni lagi okay? Saya betul-betul risaukan awak tadi. Arasseo, Kim Taeyeon?" Pesan Baekhyun.
"Aigoo, you should stop acting like you're my boyfriend Byun Baek."
"Kalau awak taknak saya berlakon macam boyfriend awak, awak jadikanlah saya boyfriend awak yang sebenar." Kata Baekhyun dengan cepat dan perlahan.
"Apa?" Bukan Taeyeon tidak dengar apa yang dikatakan oleh Baekhyun. Malah dia mendengarnya dengan jelas. Sengaja dia menanyakan kembali. "Aish tak ada apalah. Jadi, apa jawapan awak untuk mesej saya pagi tadi? Yes or no?"
YOU ARE READING
On The Snow
FanfictionMereka terjumpa kerana takdir. Adakah kerana takdir juga mereka akan berpisah? Taeyeon dan Baekhyun.. Pertemuan pertama yang tidak begitu baik lama kelamaan hubungan yang dingin berubah menjadi sesuatu yang istimewa.. Saat cinta ingin berputik, mere...