"Kenapa saya telefon banyak kali tapi awak tak jawab?" Baekhyun bertanya di hujung talian. Taeyeon tersenyum kecil sebelum menjawab, "Saya bercakap dengan Kyungsoo tadi, dia telefon saya."
"Kejap. Kenapa dia kena telefon awak hah?" Suaranya kedengaran seperti orang yang sedang geram. Baekhyun sedang memuncungkan bibirnya. Merajuk sedangkan Taeyeon tiada di hadapannya.
Taeyeon hanya menggelengkan kepala. Dia tidak faham dengan reaksi Baekhyun setiap kali dia tahu yang Kyungsoo dan dirinya berhubung. Baekhyun pasti akan memasamkan mukanya dan bertanya mengapa perlu mereka berhubung.
Teringat kembali ketika Baekhyun terlihat Taeyeon membalas mesej Kyungsoo. Banyak betul persoalannya. Salah ke untuk dia berkawan dengan kawannya sendiri. Taeyeon tidak faham langsung dengan reaksi yang ditunjukkannya. Dia tidak faham. Kenapa sebenarnya? Kenapa? Kenapa?
"Dia telefon saya untuk cakap yang korang dah menang untuk lagu Call Me Baby untuk pertama kali hari ni. Itu je. Lagipun saya bercakap dengan semua orang tadi. Saya tunggu giliran awak tapi tak ada. Saya ingat awak taknak cakap dengan saya."
Baekhyun hanya mendiamkan diri. Dia memang tiada bersama rakannya yang lain tadi kerana setelah turun dari pentas selepas melakukan persembahan encore, dia terus menuju ke bilik air. Dia ingin bercakap dengan Taeyeon tanpa gangguan. Sebenarnya, dia terus menelefon Taeyeon tidak sampai sepuluh minit selepas mereka turun dari pentas tetapi tidak berangkat. Kini dia tahu dia terlambat.
"Awak tunggu saya?"
"Mestilah saya tunggu awak untuk bercakap dengan saya. Mana mungkin saya bercakap dengan semua member Exo kecuali awak, kan?"
"Jadi, saya lebih penting daripada Sehun?"
"Eung." Taeyeon menjawab pendek. "Lebih penting daripada Kyungsoo?"
"Ya."
"Saya lebih penting daripada kelapan-lapan ahli Exo yang lain?"
"Ya. Awak lagi penting." Baekhyun sudah tersenyum sumbing mendengar kata-kata Taeyeon. "Tapi, awak lelaki kedua terpenting dalam hidup saya." Sambung Taeyeon lagi. Senyuman di bibir Baekhyun mati. "Jadi siapa lelaki terpenting dalam hidup awak?"
"Ada lah. Satu masa nanti saya akan bagi tahu." Selepas Taeyeon menghabiskan kata-katanya, mereka terdiam tidak mengeluarkan sepatah pun perkataan. Mendengar suara hembusan nafas masing-masing.
"Taeyeon-a. Walaupun awak dah tahu, saya tetap nak cakap. Hari ni, kemenangan pertama untuk lagu Call Me Baby. Saya gembira sangat. Tapi, saya agak sedih sebab tak dapat jadi orang pertama yang bagitahu awak."
"Tahniah Baekhyun. Kan saya dah cakap, tak ada apa yang awak perlu takutkan. Awak buat dengan sangat baik dan saya tengok fans awak sangat sukakan lagu tu. Begitu jugak dengan saya. Lagi satu, awak tak perlu terlalu bersedih. Kalau awak tak bagi tahu saya pun, saya tetap tahu. Sebab saya tengok persembahan korang tadi."
"Awak tengok?" Baekhyun menginginkan kepastian. "Mestilah saya tengok. Takkan saya nak terlepas pulak? Saya nampak awak menari dengan gelang tu."
"Mestilah. Saya kan dah janji yang saya akan pakai gelang tu setiap masa. Lebih-lebih lagi masa saya di atas pentas. Gelang ni, betul-betul berhasil. Saya tak rasa risau atau takut langsung. Saya akan jaga gelang ni macam saya jaga nyawa saya sendiri."
Taeyeon hanya tergelak kecil. Senyuman tidak lekang dari bibirnya sejak tadi. Mujur hanya dia yang berada di ruang tamu ketika itu. Jika tidak, pasti rakan-rakannya yang lain mengatakan dia gila. Tersengih seperti kerang busuk.
"Hah! Saya nak sambut dengan awak malam ni? Untuk kemenangan pertama album kali ni." Suara Baekhyun kedengaran teruja. "Mianhae Baekhyun. Tapi saya ada latihan hari ni. Latihan tu habis lambat jadi saya betul-betul nak berehat selepas tu. Macam mana kalau esok?" Cadangnya.
YOU ARE READING
On The Snow
FanfictionMereka terjumpa kerana takdir. Adakah kerana takdir juga mereka akan berpisah? Taeyeon dan Baekhyun.. Pertemuan pertama yang tidak begitu baik lama kelamaan hubungan yang dingin berubah menjadi sesuatu yang istimewa.. Saat cinta ingin berputik, mere...