Bab 41

114 12 4
                                    

"Bilalah kau nak sedar, Taeyeon?" Joy mengeluh. "Aku minta maaf sebab buat kau macam ni.  Kau tak akan tinggalkan aku betul tak? Semua orang rindukan kau."

Sudah bengkak matanya kerana tidak henti-henti menangis apabila mengenangkan Taeyeon. Dan kini, air matanya mengalir lagi.

"Aku memang suka susahkan kau kan? Dah banyak kali aku susahkan kau. Aku minta maaf." Kata Joy lagi.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi pintu wad itu dibuka membuatkan dia dengan pantas menunduk ke bawah untuk mengelap air matanya supaya tiada yang tahu dia menangis.

Dia memandang ke arah pintu dan keningnya dikerutkan. Di dalam fikirannya, mungkin rakannya yang sudah tiba dari universiti tetapi lain pula yang ada di depan matanya.

Seorang lelaki yang memakai topeng dan topi sedang mencari sesuatu di dalam poket baju dan seluarnya. Tanpa menunggu lama, dia menegur "Chogiyo, nuguseyo?"

Suaranya membuatkan lelaki itu memandang ke arahnya. Joy boleh nampak wajah terkejut apabila matanya membulat dengan besar apabila terpandang dirinya.

"Sa..saya rasa saya salah bilik. Joeseonghabnida." (Saya minta maaf.) Kata lelaki itu lalu menunduk hormat kemudian dengan pantas ingin keluar dari bilik itu.

"Encik...!" Belum sempat Joy menghabiskan kata-katanya, dia sudah terdengar bunyi hentakan di pintu dan diikuti suara lelaki itu mengaduh kesakitan. Kepalanya terhantuk dengan pintu wad. Dia dengan segera menunduk hormat sekali lagi sebelum benar-benar keluar dari bilik wad itu.

Joy tergelak kecil dengan telatah lelaki itu. "Dia tak apa-apa ke? Seperti kuat sahaja dia terhantuk tadi." Omel Joy sendirian sebelum bangun dari tempat duduknya dan menuju ke pintu wad itu.

Tombol dipegang sambil Joy berfikir, Perlukah aku memanggilnya dan tanya tentang kepalanya atau aku patut biarkan sahaja?"

××

Chanyeol memegang dahinya. "Buat malu je. Macam mana aku boleh terhantuk pulak." Masih terasa sakit lagi tempat dahinya terhantuk tadi. "Tapi, siapa pulak perempuan tu?" Chanyeol melihat kembali nombor bilik yang tertera di situ.     

"6507.." Kepala yang tidak gatal digarunya. "Setahu aku, ni lah bilik yang aku masuk tadi. Ishh, nak telefon mereka yang lain tiada pula telefon."

Chanyeol membuat keputusan untuk bertanya kepada wanita tadi. Tombol pintu dipegang sambil di dalam otaknya menyusun kata-kata yang harus diberikan.

××

Dalam masa yang sama, mereka berdua membuka pintu itu membuatkan mereka saling memandang antara satu sama lain.

"Mata itu... ia sangat cantik dan.. seperti aku pernah tengok sebelum ni."  Kata Joy di dalam hatinya.

Joy tersedar dari lamunannya. Dia terlihat kesan merah di dahi lelaki itu. "Kwaenchanayo?"

"Kenapa suara tu seperti tidak asing didengari?" Fikir Chanyeol.

Apabila dia melihat tiada sebarang reaksi yang diberikan, tangannya dilambai-lambaikan di hadapan wajah lelaki itu. "Hello?~"

"Eoh?" Joy hanya menunjuk dahinya sendiri dan mengulang kembali soalannya tadi.

"Ah," Chanyeol memegang dahinya. "Saya okay." Dia memberikan senyuman kepada Joy.

"Tapi, boleh saya tahu.. betulkah ini bilik Taeyeon."

"Ne, majayo." (Ya, betul.) "Kenapa awak perlu pakai topeng macam ni? Siapa awak sebenarnya? Macam mana awak kenal Taeyeon?"

Chanyeol ketawa kecil sebelum berkata, "Boleh saya masuk?"

"Tentulah." Joy memberi laluan kepada Chanyeol untuk masuk. Joy duduk di sebelah kanan Taeyeon dan Chanyeol duduk di sebelah kiri Joy. Chanyeol membuka topengnya membuatkan Joy terkejut.

On The SnowWhere stories live. Discover now