"Baekhyun hyung, eotiga?" (Nak ke mana?) Tanya Jongin yang sedang duduk di ruang tamu. Dilihatnya Baekhyun yang sudah memakai jaket, mask dan topi. Bersedia untuk keluar dari dorm itu.
"Aku nak jumpa Taeyeon lah. Nak pergi mana lagi. Mungkin aku balik lewat, lagipun aku tak ada jadual hari ni." Kata Baekhyun sambil memakai kasut. Apabila selesai, dia melangkah menuju ke pintu.
Langkah Baekhyun terhenti apabila dia mendengar Kai memanggil, "Hyung! Chamkkanman."
"Wae?" Tanya Baekhyun. Jongin bangun dan menuju ke arah Baekhyun. "Apa kata kita pergi sama-sama. Semalam, Suho hyung ada cakap yang kita akan pergi melawat Taeyeon noona. Kitaorang pun nak juga melawat dia."
"Alah, nanti kau datang lah dengan yang lain." Baekhyun tetap ingin pergi dulu. Sejak hampir 2 minggu Taeyeon terlantar di hospital, itulah rutinnya setiap kali dia tidak mempunyai jadual.
Kebetulan hari ini dia tidak mempunyai jadual pada waktu pagi, dia membuat keputusan untuk pergi menjenguk Taeyeon lebih awal.
"Ala hyung, bolehlah. Lagipun kalau kau datang awal-awal ni, bukan kau boleh melawat pun kan?" Pujuk Jongin lagi.
"Betul cakap Jongin tu. Nanti kita bertolak lah bersama-sama. Kita sarapan dulu lepas tu kita bertolak. Kau pun tak makan lagi kan? Manager hyung dah dalam perjalanan bersama sarapan tu, dalam 30 minit lagi makanan sampai lah." Sampuk Minseok yang turun dari atas bersama Junmyeon.
"Aku tahu dan faham yang kau risaukan Taeyeon tapi, ramai jururawat dan doktor yang menjaganya. Mesti rakannya juga akan beritahu kau kalau ada apa-apa terjadi. Members yang lain pun bersemangat bangun awal sebab takut kau tinggal mereka. Kalau tak, bukan main liat lagi aku nak kejutkan." Kata Junmyeon dengan sedikit tawa pada ayat terakhirnya.
"Ye lah, ye lah." Baekhyun akur dengan kata-kata rakannya. Dia menuju ke ruang tamu sambil mencabut topi dan topeng yang dipakainya.
××
Setelah 5 hari Taeyeon berada di dalam keadaan kritikal, akhirnya dia berjaya melepasi tempoh itu. Keadaan Taeyeon kini telah stabil dan telah dipindahkan ke wad biasa.
"Aku rasa tentu kita akan mengundang perhatian orang ramai kalau kita berjalan bersama." Kata Suho setibanya mereka di perkarangan hospital. Mereka masih berada di dalam van mereka ketika itu.
"Kalau macam tu, biar aku, Jongin dan Kyungsoo keluar dulu. Jongdae, Minseok hyung dan Junmyeon hyung keluar kemudian. Chanyeol dan Sehun keluar selepas itu. Ingat, bilik 6507 tingkat 9." Mereka hanya mengangguk sahaja setelah mendengar arahan Baekhyun.
Malangnya Yixing tidak dapat mengikut mereka melawat Taeyeon kerana ketika itu dia berada di China untuk penggambaran drama.
××
Baekhyun membuka pintu bilik Taeyeon. Sedih hatinya apabila melihat Taeyeon masih tidak sedarkan diri. Dia berjalan menghampiri Taeyeon, rambut wanita itu yang menutupi sebahagian dahi ditolak lembut dan dahi Taeyeon dikucup lama.
"Bogoshipeo. Saya ada bawakan bunga ros berwarna kuning untuk awak. Awak tahu tak apa maknanya? Ia bermaksud hati yang terluka dan cinta yang tak akan mati. Saya rasa ianya sesuai sebab hati saya betul-betul terluka melihat awak macam ni dan cinta saya pada awak juga tak akan pernah mati. Jadi jangan tinggalkan saya. Saya ada di sini, saya akan tunggu awak. Jebal." Bisik Baekhyun.
Baekhyun yang baru sedar dia bukan hanya bersama Taeyeon di bilik itu mengangkat mukanya. Jongin dan Kyungsoo yang sedari tadi menjadi pemerhati memandang Taeyeon dengan perasaan sedih.
"Mianhae, aku terlebih emosi pula."
"Aniya, aku faham. Tapi kau kena kuat. Aku yakin Taeyeon akan sedar nanti." Kata Kyungsoo. "Tentulah, Taeyeon kena bangun. Aku perlu marah dia sebab tak pandai jaga diri sendiri sampai jadi macam ni." Kata Baekhyun sambil ketawa kecil.
YOU ARE READING
On The Snow
FanfictionMereka terjumpa kerana takdir. Adakah kerana takdir juga mereka akan berpisah? Taeyeon dan Baekhyun.. Pertemuan pertama yang tidak begitu baik lama kelamaan hubungan yang dingin berubah menjadi sesuatu yang istimewa.. Saat cinta ingin berputik, mere...