Bab 39

103 9 0
                                    

"Hyung, lambat lagi ke waktu untuk persembahan kami?" Tanya Baekhyun kepada Yongmin, salah seorang pengurus kumpulannya. Lelaki itu melihat jamnya sebelum berkata, "Mungkin setengah jam lagi. Mereka tangguhkannya tadi, kerana ada masalah teknikal." Baekhyun hanya mengangguk. "Kalau begitu, boleh hyung bagi sebentar telefon Baekhyun?"

Yongmin tidak berkata apa, dia hanya mengambil telefon Baekhyun yang telah diminta untuk menyimpannya tadi dan dihulurkan semula kepada tuannya.

Baekhyun duduk kembali di sofa ruang menunggu sambil menekan kata laluan telefonnya. Bulat matanya apabila melihat 15 panggilan tidak berjawab dari Tiffany. Rupa-rupanya inilah yang membuatkan dia tidak berasa tenang dari tadi.

Tanpa menunggu lama, dia pantas menelefon semula Tiffany. Ianya mengambil masa beberapa saat sebelum suara resah Tiffany kedengaran di telinganya.

"Tiffany! Waeyo?" (Kenapa)

Berdegup pantas jantungnya menunggu jawapan dari Tiffany. "Baekhyun oppa, Taeyeon.. kemalangan."

"Mwo?!" Wajahnya dirautkan, langsung tidak menghiraukan solekannya mungkin rosak. "Macam mana boleh jadi macam ni?"

Tiffany menceritakan tentang apa yang terjadi dan ayat terakhirnya membuatkan air mata Baekhyun mengalir kerisauan. "Taeyeon masih dalam keadaan kritikal."

Baekhyun mengeluh, "Oppa tak boleh datang sekarang tapi oppa akan cuba datang secepat mungkin. Apa-apa berita tentang Taeyeon, tolong beritahu oppa okay?" Pesan Baekhyun.

Sudah tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Dia ingin terbang pulang ke Korea dan berjumpa Taeyeon tetapi dia tahu tiada siapa akan membenarkannya berbuat begitu.

Air matanya dilap apabila mendengar Chanyeol menegurnya. "Kau menangis ke? Kenapa ni?" Prihatin Chanyeol melihat rakannya menangis begitu. Mujur solekannya tidak terlalu comot.

"Taeyeon.."

"Exo, waktu kamu semua dah tiba. Cepat naik ke atas pentas."

Mereka melihat ke arah suara itu sebelum Chanyeol berkata, "Nantilah kau cerita dekat aku. Jom, buat persembahan." Dia menepuk bahu Baekhyun sebelum bangun dari duduknya dan meninggalkan Baekhyun yang masih tidak tenteram memikirkan keadaan Taeyeon.

××

Setelah tamat sahaja persembahan mereka, Baekhyun menjadi orang pertama yang turun dari pentas itu tanpa memberi sebarang ucapan. Ahli yang lain kelihatan bingung tetapi hanya turun dari pentas setelah selesai memberikan ucapan.

Sebelum sempat Junmyeon hendak kembali ke ruang menunggu mereka, Yongmin terlebih dahulu memberhentikan langkah lelaki itu. "Hyung, waeyo?" Tanya Junmyeon.

"Kamu tak nampak apa yang Baekhyun dah lakukan? Turun tanpa memberikan ucapan, melakukan banyak kesalahan dan nyanyiannya juga salah!" Junmyeon hanya mampu menundukkan mukanya memandang ke arah lantai.

Junmyeon menguturkan kata-kata maaf sebelum berjanji untuk menanyakan apa masalah Baekhyun. Dia kemudiannya mengatur langkah menuju ke ruang menunggu kumpulannya hanya untuk melihat Baekhyun yang menongkat mukanya.

"Baekhyun." Panggil Junmyeon sekali, tetapi tiada jawapan dari lelaki itu. Dia mengeluh sebelum duduk di sebelah Baekhyun dan menepuk bahunya sambil memanggil namanya sekali.

Geram sahaja hatinya apabila panggilannya dihiraukan tetapi rasa itu hilang begitu sahaja apabila Baekhyun mengangkat wajahnya dan mendedahkan mukanya yang basah. Jelas kerana lelaki itu sedang menangis.

"Kau kenapa ni?" Tubuh Baekhyun dirangkulnya dan belakang lelaki itu diusap.

Baekhyun menenangkan dirinya sebelum menceritakan semuanya kepada semua ahli EXO. "Hyung, cuba hyung minta dekat Yongmin hyung untuk balik ke Korea?" Cadang Sehun.

On The SnowWhere stories live. Discover now