Joy duduk di tebing sungai sambil kadang kala tertawa melihat gelagat rakan-rakannya. Dia hanya menyaksikan mereka dari jauh kerana tidak gemar untuk mandi sungai. Dia lebih rela menjadi pemerhati sahaja.
"Annyeong!" Tegur Hanbin sambil duduk dia sebelah Joy. Joy tersenyum manis kepadanya. "Sunbae tak nak join diaorang main ke?"
"Nak tapi, saya lagi nak teman awak di sini. Lagipun, saya masih rasa bersalah dekat awak. Semua ni terjadi dekat awak disebabkan saya."
"Neomu geokjeong hajimaseyo sunbaenim, jeo kwaenchanayo. Nan jinjja, jinjja kwaenchanayo." Bersungguh-sungguh Joy menyakinkan Hanbin. Entah untuk keberapa kali. (Jangan terlalu risaukan saya, saya baik-baik sahaja. Saya betul-betul tak apa-apa.)
"Tapi saya tetap akan rasa bersalah dan risaukan awak, saya yang sebabkan semua ni. Saya manusia yang ada perasaan." Hanbin membetulkan duduknya setelah berkata begitu.
"Arasseo, teruskan risaukan saya. Kalau itu yang sunbae nak." Joy hanya mengalah. "Saya.. Ada belikan Joy sesuatu." Kata Hanbin.
Joy memandang ke arahnya. "Sesuatu?" Hanbin mengangguk. Tangan kirinya yang dari tadi tersorok dibelakang kini dibawa ke depan. Dia memegang sebuah kotak sederhana besar berwarna ungu cair. Di atasnya dihiasi dengan satu ribbon berwarna ungu pekat.
"Untuk awak." Tangan kanannya menghulurkan kotak itu kepada Joy. Beberapa saat kemudian kotak itu bertukar tangan. "Apa ni?"
"Buka lah." Mendengarkan kata-kata Hanbin, tangannya terus membuka kotak itu. Dia tersenyum melihat isi di dalam kotak itu ialah sepasang kasut tumit tinggi berwarna merah jambu. "Saya ternampak kasut ni jadi saya rasa ia sesuai dengan awak."
"Gomawoyo, sunbaenim!" Kasut itu sesuai dengan cita rasanya. Kebetulan warna kegemarannya ialah merah jambu, lagilah dia menyukainya.
"B.I!" Tiba-tiba mereka terdengar seseorang memanggil Hanbin. Serentak mereka berdua menoleh, mencari arah suara yang memanggil Hanbin. Lelaki itu membuat isyarat tangan supaya Hanbin pergi ke arahnya dan Hanbin hanya mengangguk tanda faham.
"Saya pergi dulu, najunge bwa." (Jumpa nanti.) Hanbin memggosok kepala Joy sebelum dia bangun dan pergi ke arah lekaki yang memanggilnya tadi.
Joy memegang dadanya. Jantungnya berdegup bagai tak ingat dunia ketika itu. "Wae gyesog jae simjangeul dugeungeorige haseyo?" (Why do you keep making my heart beat faster?) Tanya Joy. Soalan itu ditujukan kepada Hanbin tetapi dia tidak mahu Hanbin mendengarnya.
××
Malam itu ialah malam terakhir mereka berkhemah di situ jadi mereka membuat keputusan untuk membuat BBQ sebagai makan malam. Peserta perempuan hanya menyediakan bahan manakala peserta lelaki yang akan memasaknya.
Ketika mereka sudah mahu mula makan, Joy terdengar Hanbin memanggil namanya sambil berjalan ke arahnya. Lelaki itu memegang pinggan di tangannya.
"Ni untuk awak." Pinggan yang berisi makanan laut yang telah siap dimasak itu diletakkan di hadapan Joy. "Saya masak makanan ni berasingan. Saya dah pastikan ia tak bercampur dengan udang."
Joy terkedu seketika. Kenapa dia sweet sangat ni?! "Eoh?" Kepalanya digaru. "Gomawoyo. Sunbae tak perlu buat senua ni." Joy tersenyum manis.
Taeyeon, Krystal, Suzy dan Jessica hanya menjadi pemerhati. Tersenyum-senyum melihat kemesraan mereka berdua.
"Aniya, saya perlu buat. Supaya awak tak sakit lagi. Manhi mogo." Katanya dengan senyuman sebelum berlalu pergi.
"Wuuu~" Kata yang lain serentak apabila melihat Hanbin sudah hilang dari pandangan. "Ada orang tu mesra lain macam je. Ada apa-apa ke?" Tanya Jessica.
YOU ARE READING
On The Snow
FanfictionMereka terjumpa kerana takdir. Adakah kerana takdir juga mereka akan berpisah? Taeyeon dan Baekhyun.. Pertemuan pertama yang tidak begitu baik lama kelamaan hubungan yang dingin berubah menjadi sesuatu yang istimewa.. Saat cinta ingin berputik, mere...