"Taeyeon." Pintu bilik diketuk sambil memanggil nama pemilik bilik itu. Apabila tiada jawapan, tombol pintu dipegang dan pintu itu dibuka. "Taeyeon." Panggil Tiffany lagi kerana tidak melihat kelibat Taeyeon di situ.
Dia tidak pula melihat Taeyeon keluar dari biliknya. Mungkin dia berada di dapur. Fikir Tiffany.
Baru sahaja dia ingin keluar dari bilik itu, terdengar telefon Taeyeon menjerit minta diangkat. Telefon yang berada di atas katil itu diambil. Nama pemanggil yang tertera dibaca. "Junmyeon oppa?"
Tidak pula dia mengenali sesiapa dengan nama ini.
Dia teragak-agak sama ada perlu atau tidak dia menjawab. Akhirnya dia membuat keputusan untuk menjawabnya. Takut ada hal penting yang perlu diberitahu oleh sang pemanggil.
Apabila butang untuk menjawab ditekan, baru dia sedar yang ianya bukan panggilan biasa tetapi sebuah video call.
"Annyeong Taeyeon-a!"
Melopong biji matanya apabila melihat manusia-manusia yang berada di dalam telefon rakannya itu. "Exo?!"
"Mwoya? Hyung! Ni bukan nombor Taeyeon noona lah." Rengek Jongin. Terkejut kerana melihat orang lain yang menjawab, bukan Taeyeon.
Taeyeon yang baru muncul dari dapur itu pantas mengambil telefonnya di tangan Tiffany. Terkejut apabila Tiffany menyebut perkataan Exo.
"Eoh, maja. Taeyeon-a!" Kata Minseok apabila melihat Taeyeon di dalam skrin telefon itu. Nasib dia belum menekan butang untuk mematikan panggilan. Taeyeon menghadap skrin telefonnya dan berkata, "Oppa jamkkanman."
Pandangan Taeyeon beralih ke Tiffany yang berdiri di sebelahnya sambil tangan disilangkan di dadanya. Mukanya jelas menunjukkan yang dia inginkan penjelasan.
"Arasseo, aku akan ceritakan semuanya. Sekarang ni kau tunggu kat luar dulu ya." Badan Tiffany ditolak lembut ke luar biliknya dan pintu ditutup rapat.
Telefon kembali dihadapnya. "Annyeonghaseyo oppa-deul!" Taeyeon menunduk sedikit di hadapan skrin telefonnya. "Siapa perempuan tadi Taeyeon?" Tanya Yixing.
"Nae chingu." Jawab Taeyeon sambil duduk di birai katilnya. "Kitaorang ingat siapa tadi. Tiba-tiba jawab panggilan kami." Kata si maknae.
Taeyeon tersenyum manis. "Geundae, kenapa oppa telefon Taeyeon? Siap video call pula."
"Ah terlupa pula tujuan sebenar kitaorang menelefon." Muka Junmyeon seperti orang yang baru teringat sesuatu.
"Saengil chukka habnida uri Taeyeon!" Kata kesembilan-sembilan mereka dengan serentak. Senyuman Taeyeon melebar. Gembira kerana mereka berusaha untuk menghubunginya. Malah menggunakan video call.
"Kamsahabnida oppa-deul!"
"Maaflah, kita tak boleh menyambutnya bersama. Kami agak sibuk sekarang." Kata Junmyeon sebagai wakil mereka.
"Kwaenchana, Taeyeon faham. Oppa jaga diri, jangan terlalu banyak berlatih." Pesan Taeyeon.
"Arasseo, gomawo." Setelah Minseok berkata begitu, terdengar satu suara memanggil mereka. Mereka melihat ke arah suara itu dan mengangguk. "Taeyeon, kami perlu pergi dulu." Taeyeon hanya mengangguk.
"Jaga diri, annyeong!" Kata mereka sambil melambai-lambai ke arah Taeyeon sebelum talian dimatikan.
Telefon bimbitnya diletakkan di atas katil. Senyuman yang tadinya mekar kini mati apabila teringatkan seseorang yang berada di luar untuk mendengar penjelasan darinya.
Langkahnya diatur ke ruang tamu. Taeyeon duduk di sofa bertentangan Tiffany. "Jadi apa yang kau nak jelaskan kepada aku?"
××
YOU ARE READING
On The Snow
FanfictionMereka terjumpa kerana takdir. Adakah kerana takdir juga mereka akan berpisah? Taeyeon dan Baekhyun.. Pertemuan pertama yang tidak begitu baik lama kelamaan hubungan yang dingin berubah menjadi sesuatu yang istimewa.. Saat cinta ingin berputik, mere...