"Comelnya dia~" Kata Taeyeon sambil mengusap kepala Mongryong. "Sejak tadi awak asyik ulang perkara yang sama sambil usap kepala dia. Saya ada kat sini awak tak sedar ke?" Kata Baekhyun memecahkan kesunyian, sejak tadi dia hanya memerhatikan Taeyeon. Ketika itu mereka sedang duduk di atas bangku di Sungai Han.
"Mongryong ni perlu diberi kasih sayang sepenuhnya, memandangkan awak sibuk dan jarang lawat dia kan?" Jawab Taeyeon tanpa memandang wajah Baekhyun.
"Saya perlukan kasih sayang daripada awak jugak. Tak sangka saya berkongsi teman wanita saya dengan seekor anjing." Omel Baekhyun membuatkan Taeyeon tertawa.
"Oh my god, Baekhyun. Takkan dengan Mongryong pun awak nak cemburu?"
"Mestilah, sejak tadi awak usap dia. Lagi teruk, awak cium dia. Sedangkan saya?" Taeyeon ketawa besar melihat Baekhyun yang muncung sedepa.
"Awak nak saya layan awak macam anjing?" Pantas Baekhyun menggeleng. Taeyeon ketawa melihat kecomelan Baekhyun. "Apa-apa pun, saya nak minta tolong. Boleh?"
"Selagi saya boleh tolong, tentu saya tolong. Jangan minta perkara yang bukan-bukan sudahlah."
"Eomma dan appa akan bertolak ke Pulau Jeju pada minggu hadapan untuk menghadiri sebuah perkahwinan. Saya pula perlu pergi ke China pada minggu hadapan dan tiada siapa boleh jagakan Mongryong. Boleh awak jagakannya?"
"Betul ke ni?" Tanya Taeyeon dengan teruja. Baekhyun mengangguk. "Tentulah boleh, inikan anjing saya juga." Taeyeon kembali mengusap Mongryong. "Saya akan jaga dia macam saya jaga diri sendiri."
"Tapi pastikan awak jaga diri awak dahulu sebelum orang lain, ingat tu." Kata Baekhyun mengingatkan Taeyeon. Wanita itu hanya mengangguk.
"Jadi, awak boleh berhenti bermain dengan dia. Awak akan bersama dengan dia sepanjang minggu pada minggu depan. Saya akan ke China, awak mesti akan rindukan saya." Kata Baekhyun sambil menjauhkan Mongryong daripada Taeyeon.
"Tak, saya tetap nak main dengan dia." Taeyeon menjelirkan lidahnya kepada Baekhyun. Dia mengambil tali yang terikat di badan Mongryong dan membawanya berjalan, meninggalkan Baekhyun sendirian.
"Yah! Tunggulah saya!" Baekhyun bangun dari duduknya dan mengejar Taeyeon yang sudah jauh di hadapan.
××
Taeyeon menongkat dagu di tempat duduknya. Bosan sungguh dia ketika itu. Pensyarah di hadapannya yang sedang berkata-kata itu tidak menarik minatnya untuk mendengar.
Taeyeon mengambil telefon di poketnya apabila terasa ia bergegar menandakan ada seseorang menghantar mesej. Taeyeon menyorokkan telefonnya di bawah meja sebelum menyemak siapa orang yang menghantar mesej itu.
Automatik Taeyeon tersenyum apabila melihat ianya mesej daripada Baekhyun.
BAEkhyun💓:
Yeonnie-ya~ Annyeong 😘Pantas Taeyeon menekan kekunci untuk membalas mesej itu.
Yeonnie😘:
Eo, wae?BAEkhyun💓:
Aigoo, mana Taeyeon saya pergi?Yeonnie😘:
Hyunniiieee yaaa🙌 wae jagiya?BAEkhyun💓:
Haa, ini baru Taeyeon saya.
Macam mana hari awak?Yeonnie😘:
Saya bosan :(
I hate physics😕
Awak pula? How's your day?BAEkhyun💓:
Macam mana seorang bakal doktor boleh bencikan fizik😂😂😂
Letih, seperti biasa :c
Tapi kalau saya tengok wallpaper saya, saya akan rasa bersemangat semula.
YOU ARE READING
On The Snow
FanfictionMereka terjumpa kerana takdir. Adakah kerana takdir juga mereka akan berpisah? Taeyeon dan Baekhyun.. Pertemuan pertama yang tidak begitu baik lama kelamaan hubungan yang dingin berubah menjadi sesuatu yang istimewa.. Saat cinta ingin berputik, mere...