Taeyeon melepaskan keluhan panjang. Kata-kata pensyarah di hadapannya hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Tiada langsung ilmu yang lekat di otaknya. Dia serabut memikirkan Joy.
Sudah seminggu berlalu sejak kejadian itu, sudah seminggu sejak Joy marahkannya, seminggu sejak dia tidak bercakap dengan Joy dan sudah seminggu juga Joy keluar dari rumah mereka.
Sekali lagi dia mengeluh. Risau dia. Selama seminggu, Joy tidak hadir ke universiti. Jika berterusan begini Joy tidak akan dapat mengambil peperiksaan pada bulan hadapan.
"Yah," Irene menepuk lembut bahu Taeyeon untuk menyedarkannya dari lamunan. "Taeyeon, kau kenapa ni?" Tanya Yoona lembut. Taeyeon hanya mampu menggeleng.
Dia memandang ke hadapan, tiada pensyarah yang sedang mengajar. Dilihat pula ke sekeliling, dewan kuliah sudah kosong! "Mana semua orang pergi?" Tanya Taeyeon kehairanan.
Tiffany mengeluh perlahan, "Kuliah dah tamat la Taeyeon. Itulah kau, dari tadi termenung. Teringatkan namchin eh?" Kata-kata Tiffany disusuli dengan gelak ketawa rakan-rakannya.
Taeyeon mendengus kerana marah. "Korang memang pandai berlakon macam tak ada apa-apa terjadi kan? Korang sedar tak yang Joy dah hilang selama seminggu? Aku tahu, ini semua salah aku. Dia keluar dari rumah tu disebabkan aku. Tapi bukan ke sebagai seorang kawan, korang patutnya ada rasa risau walaupun sikit? Macam mana kalau apa-apa jadi dekat dia? Macam mana kalau sesuatu yang buruk jadi dekat dia? Aku macam orang gila risaukan dia dan korang boleh buat tak tahu je?!" Taeyeon memarahi mereka namun suaranya masih dikawal kerana sedar mereka berada di mana. Air matanya yang gugur dikesat. Barang-barangnya diambil lalu dia keluar dari dewan kukiah itu.
Irene, Tiffany dan Yoona tercengang dengan kata-kata Taeyeon tadi. Apabila Taeyeon berlalu pergi, sempat mereka memanggilnya namun, Taeyeon tidak menghiraukannya. "Kenapa kau cakap macam tu hah?" Tanya Irene kepada Tiffany dengan sedikit geram.
"Mian, aku ingat dia akan gelak. Tak tahu pula dia marah."
"Eh, apa kita tunggu ni. Jom cari Taeyeon. Cepat!" Kata Yoona, mereka tergesa-gesa mengemas barangan mereka dan keluar dari dewan kuliah itu untuk mencari Taeyeon.
××
Taeyeon keluar dari dewan kuliah dengan perasaan geram. Kenapa mereka nampak gembira? Kerana ini bukan salah mereka? Kerana ini hanya salahnya?
Langkahnya terhenti apabila Hanbin yang muncul entah dari mana menghalang laluannya. Taeyeon mengeluh, satu, satu masalah datang kepadanya.
Taeyeon melihatnya dengan pandangan tajam sebelum berkata, "Oppa nak apa?"
"Oppa cuma nak tahu, kenapa Taeyeon jauhkan diri dari oppa? Sebab malam tu?"
"Taeyeon tak ada masa untuk semua ni, saya pergi dulu." Taeyeon hendak pergi tetapi sempat ditahan oleh Hanbin. "Okey, kalau semuanya sebab malam tu, oppa minta maaf. Taeyeon boleh anggap yang tak dengar apa-apa pun. Tolonglah, jangan buat oppa macam ni."
"Semuanya tak semudah tu. Mianhae, tolong jangan kacau Taeyeon lagi." Taeyeon berlalu meninggalkan Hanbin. Dia hanya mengeluh, menghantar Taeyeon pergi dengan pandangan matanya.
××
"Dekat sini rupanya kau." Kata Irene lega. Satu universiti mereka cari akhirnya jumpa juga. Taeyeon duduk di bangku yang berhadapan dengan air terjun hiasan di taman universiti itu. Mendengarkan suara itu, Taeyeon melihat ke arah mereka yang sedang berjalan mendekati Taeyeon.
Irene duduk di kanan Taeyeon, Tiffany di kirinya dan Yoona berdiri di belakang. Pandangannya dihalakan ke air terjun itu tetapi fikirannya melayang entah ke mana. "Taeng-ah, mian. Aku cuma nak buat kau ketawa tapi, tak sangka kau akan marah."
YOU ARE READING
On The Snow
FanfictionMereka terjumpa kerana takdir. Adakah kerana takdir juga mereka akan berpisah? Taeyeon dan Baekhyun.. Pertemuan pertama yang tidak begitu baik lama kelamaan hubungan yang dingin berubah menjadi sesuatu yang istimewa.. Saat cinta ingin berputik, mere...