Bab 17

292 31 4
                                    

"Taeyeon!"

Dengan automatik Taeyeon memalingkan kepalanya untuk mencari arah suara itu. Melihatkan seseorang yang dikenalinya berjalan ke arahnya mengundang senyuman di bibir Taeyeon.

"Yixing oppa! Oppa buat apa dekat sini? Ada photo shoot ke?"

Yixing tergelak kecil sebelum menjawab, "Tak adalah. Members lain dekat rumah tu tak habis-habis minta Suho belanja dorang kopi. Jadi Suho suruhlah oppa tolong belikan. Dia cuma bagi kad je."

"Ohh. Oppa datang seorang je ke?" Belum sempat Yixing membuka mulut ingin menjawab, satu suara telah memotong niatnya. "Hyung! Mana hyung pergi? Penat Baekhyun--"

Kata-katanya terhenti setelah melihat siapa yang berada di hadapannya,

"Taeyeon."

Mata Baekhyun dialihkan pula ke lelaki yang duduk semeja dengan Taeyeon. Taeyeon yang faham dengan muka Baekhyun yang seperti menanyakan siapa lelaki itu terus bersuara,

"Ni, Hanbin. Sunbae Taeyeon di universiti. Oppa, ni Yixing oppa dan Baekhyun. Taeyeon rasa oppa kenal siapa mereka." Yixing tersenyum kepada Hanbin dan tangan dihulurkan untuk bersalaman dengan Hanbin. Apabila bersalaman dengan Baekhyun, Hanbin bersuara,

"Hanbin. Taeyeon's boyfriend." Taeyeon yang terkejut dengan kata-kata Hanbin memandangnya. "Oppa!"

"Hyung, jom balik. Lama dorang tunggu kita dekat dorm tu." Selesai berkata begitu, Baekhyun berlalu pergi. Sedikit pun dia tidak memandang wajah Taeyeon. Yixing yang melihat Baekhyun tergesa-gesa pergi itu dengan pantas meminta diri dan mengejar Baekhyun. Sempat Lay mengajak Taeyeon datang ke rumah mereka dan berkata Kyungsoo tidak berhenti-henti menyebut namanya.

Taeyeon hanya tersenyum dan mengangguk. Kemudian dia menghantar Yixing dan Baekhyun pergi dengan pandangan matanya.

Baekhyun marah ke? Tapi kenapa?

××

Lay hanya bersandar di dinding sambil memerhati Baekhyun. Baekhyun hanya termenung di dalam dunianya sendiri sehinggakan Lay yang turun dari tingkat atas pun tidak dihiraukannya. Jam dikerling. Sudah pukul 2 pagi tetapi Baekhyun masih tidak tidur.

Ahli yang lain sudah masuk tidur. Begitu juga dia, tetapi tekaknya terasa haus jadi dia mengambil keputusan untuk turun ke bawah mengambil air. Tidak sangka Baekhyun juga berada di bawah.

Keluhan dilepaskan. Tidak suka melihat dongsaegnya masam begitu. Baekhyun jarang tidak tidur jika ada peluang tetapi apabila dia terjaga begini, dia tahu ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

Sepanjang perjalanan pulang dari kafe tadi, tiada sepatah pun yang keluar dari mulut Baekhyun. Sesampainya di dorm pula, dia terus masuk ke biliknya dengan alasan ingin berehat.

Lay berjalan ke arah Baekhyun dan tempat di sebelahnya diambil. "Baekhyun." Baekhyun tidak memberi respon.

"Baekhyun!" Kali ini suaranya dikuatkan sedikit sambil tangannya menyentuh bahu Baekhyun. Baekhyun memandang hyungnya dengan muka yang terkejut.

"Ah hyung! Kenapa terkejutkan Baek macam tu?"

"Hyung dah panggil kamu slow slow tapi kamu yang tak dengar. Ni kenapa tak tidur lagi?"

"Tak boleh tidur."

"Mesti ada sesuatu yang mengganggu fikiran kamu. Ceritalah dekat hyung, hyung dengar."

"Tak ada apa-apa lah hyung. Jangan risau." Tipu Baekhyun. "Ni mesti sebab Taeyeon. Kan?" Teka Yixing. Baekhyun memandang Lay. Betul pula tekaannya. "Kenapa pula sebab dia? Tak ada kena mengena lah. Kenapa saya nak fikirkan dia sampai saya tak boleh tidur pulak?" Baekhyun cuba berdalih.

On The SnowWhere stories live. Discover now