Bab 46

86 5 0
                                    

Joy memandang Chanyeol di tempat duduk pemandu. "Dari tadi awak tak berhenti tersenyum, Chanyeol-sshi."

"Tentulah, saya gembira awak akhirnya ingat siapa saya. Susah juga ya, untuk ingatkan awak?"

Joy tersenyum. "Maaflah, Chanyeol-sshi. Sepatutnya saya ingat tentang lelaki yang dah selamatkan saya. Sekali lagi, saya minta maaf."

Rasa bersalah juga dia apabila dia sewenang-wenangnya melupakan lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya. Tanpa Chanyeol, dia tidak tahu apa yang mungkin terjadi kepadanya malam itu.

"Aniya.. Bukan salah awak pun. Mana mungkin awak ingat saya kerana topeng yang saya pakai. Nama pun merupakan nama ciptaan saya sahaja." Chanyeol ketawa kecil setelah menghabiskan kata-katanya.

"Saya faham tindakan awak."

"Tapi macam mana awak boleh ingat saya semula?" Tanya Chanyeol ingin tahu. "Pada mulanya, saya langsung tak tahu yang kita pernah berjumpa sebelum ni. Tapi selepas banyak petunjuk yang awak berikan, saya mula ingat. Terutamanya bila awak sebut nama sebenar saya." Jelas Joy.

"Awak memang tak pernah bagitahu sesiapa nama sebenar awak?" Joy menggeleng. "Kenapa? Awak tak suka akan nama tu?" Tanya Chanyeol lagi.

"Bukannya saya tidak suka, tetapi memang sejak dulu ibu bapa saya panggil saya dengan nama Joy." Lelaki itu menangguk mendengar penjelasan Joy.

"Jadi, boleh kan saya panggil awak dengan nama sebenar awak? Saya rasa nama itu cantik jadi rugi jika tiada sesiapa yang panggil awak dengan nama itu." Pinta Chanyeol.

Joy ketawa. "Tentulah. Panggil sahaja saya dengan nama apa pun yang awak mahu."

Beberapa minit kemudian, mereka tiba di hadapan tempat tinggal Joy.

"Saya nak ucapkan terima kasih sekali lagi sebab dah selamatkan saya. Dan terima kasih juga sebab berusaha untuk ingatkan saya siapa diri awak sebenarnya, Chanyeol-sshi."

"Tak perlulah berterima kasih. Saya cuma lakukan apa yang saya mampu sahaja. Selamat malam, Sooyoung-shhi."

"Selamat malam, Chanyeol-sshi." Joy tersenyum sebelum membuka pintu kereta lalu keluar daripada perut kereta Mercedes kepunyaan Chanyeol itu.

Setelah beberapa langkah Chanyeol melihat Joy berjalan, dia menurunkan tingkap keretanya dan nama Joy dipanggil.

"Wae?"

"Selepas ni, kita akan dapat berjumpa lagi, kan?"

Joy tersenyum mendengar kata-kata Chanyeol sebelum berkata, "Kalau takdir tentukan yang kita akan berjumpa, kita pasti akan berjumpa semula." sebagai jawapan kepada Chanyeol sebelum menyambung langkahnya menuju ke rumahnya, meninggalkan Chanyeol yang tersengih bagai kerang busuk di dalam keretanya.

××

"Yeayyy!!" Riuh pusat bowling itu dengan suara Baekhyun sahaja. Gembira dia apabila melihat keputusan perlawanan mereka ketika itu. Taeyeon hanya menjeling lelaki yang sedang gembira tak ingat dunia itu.

"Tentulah awak menang, saya baru belajar main hari ni. Tak bolehkah awak beri peluang untuk saya menang?" Kata Taeyeon.

"Kalau saya berpura-pura  untuk kalah, saya tahu awak akan lebih tak puas hati sebab saya main tipu, betul tak? Seperti saya tidak kenal awak sahaja." Kata Baekhyun sambil menghabiskan sisa tawanya. Hidung Taeyeon dicuit.

Taeyeon tidak dapat menahan senyumannya kerana kata-kata Baekhyun itu benar berlaka. "Baiklah, apa permintaan yang awak nak?"

Mereka sudah berjanji akan menunaikan permintaan sesiapa yang menang sebelum permainan dimulakan tadi.

On The SnowWhere stories live. Discover now