Bab 54

50 5 0
                                    

Baekhyun masih lagi tidak berhenti menangis. Puas semua orang memujuknya namun Baekhyun masih lagi duduk bersandar di dinding bilik latihan mereka sambil memeluk kakinya. Mukanya pula dibenamkan ke lututnya.

Baekhyun masih belum membersihkan dirinya. Bajunya, mukanya, tangannya dan seluruh badannya masih dipenuhi telur yang dibaling tadi.

"Baekhyun-a, pergilah bersihkan badan kau dahulu." Kata manager mereka sambil menghulurkan beg kertas yang berisi pakaian Baekhyun.

Baekhyun bangun dari duduknya, beg kertas yang dihulur itu diambil lalu dia menuju ke bilik air.

Baekhyun melihat dirinya sendiri di cermin bilik air. Dirinya kelihatan tidak terurus. Daripada topi yang dipakainya, baju putihnya serta seluar jeans. Semuanya kotor.

Baekhyun membuka pili air dan membasuh mukanya dengan kasar. Oleh kerana terlalu geram, dia menjerit dengan kuat untuk melepaskan tekanannya. Air matanya gugur sekali lagi.

Akibat terdengar jeritan Baekhyun, Junmyeon yang menunggu Baekhyun di luar tandas berlari masuk. Dia melihat Baekhyun yang duduk bersandar di dinding tandas itu sambil menangis.

Junmyeon melepaskan keluhan. "Bangun, Baekhyun." Katanya sambil menarik lelaki itu agar berdiri. Dia kemudiannya memujuk Baekhyun yang kini menangis di dalam dakapannya.

"Adakah apa yang Baekhyun buat ni salah hyung? Berdosakah Baekhyun untuk hanya mencintai seseorang? Di mana semua orang yang cakap dia sayangkan Baekhyun selama ni. Kenapa dengan satu berita sahaja semua kasih sayang yang Baekhyun dapat daripada peminat hilang begitu sahaja. Hinakah Baekhyun hanya kerana Baek cintakan Taeyeon hyung? Hinakah Baekhyun hyung?" Tanya Baekhyun bertalu-talu. Air mata masih tidak berhenti mengalir di pipinya.

"Baekhyun-a, kau kena sabar dengan apa yang jadi. Hyung tahu semua ni susah. Tapi percayalah, semua ni akan berakhir. Hyung nak kau tahu yang tak ada siapa yang salah. Terutamanya kau. Kau tak boleh salahkan diri kau sendiri. Faham?" Nasihat Junmyeon.

Tidak pernah dia melihat Baekhyun sebegini. Selama dia dan Baekhyun bekerja di dalam satu kumpulan, banyak sahaja orang yang memberikan kutukan kepada mereka. Namun Baekhyun tidak pernah menangis seperti ini. Sekurang-kurangnya bukan di dalam pengetahuannya.

××

"Kau tak apa-apa?" Tanya Jongdae prihatin. Baekhyun tidak menjawab. Sejak kembali daripada bilik air untuk menukar baju tadi, Baekhyun hanya duduk sahaja di sofa bilik latihan mereka. Sedikit pun tidak bergerak. Dia hanya termenung. Bila ditanya juga, dia akan membiarkannya tanpa sebarang jawapan.

Dengan tiba-tiba Baekhyun bangun dari duduknya dan keluar daripada bilik itu. "Yah Byun Baekhyun kau nak pergi mana tu?!" Jeritan Jongdae tidak dihiraukannya.

Setelah tiba di suatu tempat yang tiada orang, telefonnya dikeluarkan daripada poket seluarnya. Tangannya mencari satu nombor yang disimpannya daripada senarai nombor-nombornya yang lain. Dia menekan nombor itu dengan pantas apabila menjumpainya.

"Hello, Baekhyun bercakap."

××

"Annyeong, Sooyoug-ah." Tegur Chanyeol belakang sambil menggosok kepala wanita itu.

Joy tersenyum segaris. Joy terkejut apabila dirasakan badannya dipeluk Chanyeol. "W-wae geraeyo, Chanyeol-sshi?" (Kenapa ni Encik Chanyeol?)

"Bogoshipda." (Saya rindukan awak.) Selesai berkata begitu, pelukan dileraikan. "Aishh, tapi awak masih nak panggil saya dengan panggilan encik ke?" Tanya Chanyeol geram.

"Saya ajak awak berjumpa bukan disebabkan tu." Kata Joy pula ingin mengubah topik.

"Jadi kenapa? Tapi sebelum tu," Chanyeol menarik Joy duduk di atas bangku yang tersedia di taman keberadaan mereka itu.

On The SnowWhere stories live. Discover now