Bab 26

218 24 3
                                    

Rantai yang terlilit di tangannya disentuh. Dia tersenyum sendirian di ruang tamu itu. Tidak sedar Tiffany sedari tadi memerhatikannya. "Yah! Kenapa kau termenung sambil tersenyum ni? Gila ke?"

"Aku nak tanya sesuatu, boleh?" Pinta Taeyeon. "Tanyalah."

"Apa itu cinta? Macam mana kau tahu kalau kau dah jatuh cinta?" Tanya Taeyeon dengan serius. Terhambur ketawa Tiffany apabila mendengar pertanyaan Taeyeon. "Selama aku kenal kau, tak pernah kau tanya perkara macam ni. Kau dah kenapa?" Katanya sambil ketawa.

"Tak apalah kalau taknak jawab, tapi janganlah gelakkan aku." Rajuk Taeyeon. "Takde lah, aku pelik. Ataupun, kau tak sihat ni?" Melihatkan Taeyeon yang menjelingnya, pantas dia berkata, "Okay, okay." Tiffany menarik nafasnya sebelum berkata, "Kalau kau nak tahu, aku beri tahu. Bagi aku, cinta ialah bila kau rindukan seseorang, kau terasa sunyi kalau dia tiada di sisi kau."

"Ya! Kau kenapa ni? Sedih je muka aku tengok." Irene disisinya menegur. Taeyeon tersenyum hambar. "Ada masalah ke?"

Taeyeon hanya menggeleng. "Aku rindukan seseorang."

"Appa kau?" Teka Irene. 'Aniya, aku rindukan Baekhyun. Rasa kosong bila tak dapat jumpa dengannya.' Kata Taeyeon. Namun, ayat itu hanya mampu diucapkan di dalam hatinya.

Taeyeon mengangguk pula kali ini. "Ne, aku rindukan appa." Tipunya.

"Cinta juga ialah bila kau bahagia ketika berada dengannya, masa juga pantas sahaja berlalu."

"Eoh? Dah hampir pukul 4 pagi. Saya patut hantar awak balik." Kata Baekhyun sambil melihat jamnya. "Cheongmal?" Taeyeon berkata dalam nada sedih. Dia terasa seperti baru sahaja mereka berjumpa.

"Kau juga akan lakukan sesuatu yang kau tak pernah buat untuk orang lain."

"Wait," Tiffany tersedar sesuatu. "Sejak bila kau ada lelaki sebagai kawan? Serapat ni pulak tu. Sampai sanggup jumpa dia walaupun lewat pagi?"

Taeyeon mengangkat bahunya lalu berkata, "Entah, aku cuma rasa nak jumpa dia jadi aku jumpa lah. Geunyang, tiada sebab."

"Dan yang terakhir, bukti yang paling kukuh ialah, kau tengah fikirkan orang tu sekarang ni." Terus Taeyeon memandang Tiffany. Tersentak sedikit dengan jawapan terakhir Tiffany.

"Jadi betullah, kau jatuh cinta. Wahh, aku tak pernah bayangkan semua ni akan terjadi." Kata Tiffany tidak percaya. "Siapa, cuba beritahu aku." Baru sahaja Taeyeon ingin membuka mulutnya kerana ingin berdalih, Tiffany sudah mengangkat tangannya menyuruhya berhenti. "Tak perlu cakap, aku boleh teka. Baekhyun, kan?" Taeyeon tergamam. Dia masih belum bersedia untuk menceritakan perasaanya kepada sesiapa.

"Aniya! Aku tanya je. Salah ke kalau aku tanya. And aku tak fikirkan Baekhyun langsung. Kau jangan nak mengarut." Tiffany hanya ketawa sinis. Tahu benar dengan perangai rakannya itu.

Memang benar, dia sedang fikirkan lelaki itu. Dia sedang fikirkan Baekhyun. Mungkin juga dia jatuh cinta dengan Baekhyun. Namun ada sesuatu yang dia takut, perkara yang membuat dia tidak mahu menerima cinta Baekhyun.

Melihatkan wajah Taeyeon yang ragu-ragu, dia tahu apa yang sedang bermain di dalam kepala rakannya itu. "Kau sepatutnya lupakan kesalahan eomma kau, kau tak boleh biarkan salah orang lain menghukum kau. Tak semua perhubungan akan berakhir macam eomma dan appa kau. Kau perlu letak sedikit kepercayaan dalam apa yang kau lakukan."

Taeyeon hanya memandang rakannya dengan wajah yang sukar untuk ditafsirkan. Tiffany mengeluh kecil. "Kau fikirlah betul-betul." Tangannya menepuk lembut bahu Taeyeon alu dia bangun dari sofa di ruang tamu itu dan menuju ke biliknya.

××

"Ya! Prom night dah nak dekat kan?" Kata Joy ketika mereka sedang berehat di ruang tamu pagi itu." Mereka semua mengiakan kata-katanya.

"Wahh! Tak sabarnya aku." Yoona menepuk tangannya kerana teruja. "Jom shopping?" Tiffany pula memberi cadangan. "Betul tu, kita dah lama tak shopping sama-sama."

Taeyeon yang sedari tadi menjadi pemerhati hanya mengangguk setuju. Teruja juga dia dengan prom night itu nanti. Setiap tahun di sekolah dahulu, acara inilah yang paling dinanti-nanti.

Mereka bersiap-siap sebelum keluar dari penthouse mereka dan menuju ke pusat beli belah. Hampir setiap kedai mereka masuki. Yang paling teruja ialah Joy, biasalah kalau bab membeli-belah memang dia nombor satu. Mereka yang lain hanya mengikut.

Sesekali terdengar gelak ketawa dari mulut mereka berlima. "Guys, aku laparlah. Lagipun kaki aku dah letih ni." Kata Irene setelah hampir 2 jam mereka berjalan-jalan. Sudah hampir penuh tangan mereka dengan barang yang dibeli.

"Meokgo kaja!" Mereka memilih kedai untuk menjamu selera sebelum masing-masing memesan makanan. Sementara menunggu makanan tiba, Tiffany meminta diri untuk ke tandas dan ditemani oleh Taeyeon.

"Kau pergilah, aku tunggu kat luar." Kata Taeyeon apabila mereka tiba di hadapan tandas wanita. Ketika dia menunggu, Taeyeon berjalan sedikit sambil melihat kedai-kedai yang berada di ditu.

Kakinya berhenti di sebuah kedai jam. Seutas jam tangan jenama Rolex yang terpamer di situ menarik perhatiannya. Seorang wanita yang kelihatan seperti bekerja di situ menyapanya.

"Boleh saya tengok jam tu?" Tanya Taeyeon. Pekerja wanita itu melayannya dengan sopan. "Cik nak beli untuk siapa? Teman lelaki?"

Pergerakan Taeyeon yang sedang membelek jam itu terhenti. Dia berfikir sejenak, betul juga. Untuk siapa dia ingin membeli jam ini memandangkan jam ini adalah jam lelaki. Taeyeon tersenyum, hanya seorang sahaja yang terlintas di fikirkannya.

"Dia bukan teman lelaki saya tetapi..." Taeyeon berfikir sejenak. "Seseorang yang saya sayang." Jawab Taeyeon sambil tersenyum lebar. Dia ingin memberikannya kepada Baekhyun memandangkan lelaki itu tidak menerima sebarang hadiah darinya sempena hari jadinya.

"Ya! Kau tahu tak aku cari kau dari tadi. Dekat sini rupanya."

"Kamsahabnida." Senyum Taeyeon kepada jurujual itu setelah membuat pembayaran. Taeyeon menyambut huluran wanita itu. Pandangannya beralih pula ke arah Tiffany di sisinya. "Mianhae, aku singgah sini sekejap tadi."

"Kau beli apa ni?" Tangannya mengambil beg kecil di tangan Taeyeon. Kotak di dalamnya dibuka. "Wah, cantiknya jam ni. Tapi, ni jam lelaki."

Taeyeon hanya memberikan senyumannya sahaja kepada Tiffany tanpa menjawab apa-apa. Tiffany teringat sesuatu yang membuatkan dia terkejut. "Seolma, kau nak bagi dekat Baekhyun?" Katanya dengam teruja.

Taeyeon membetulkan tekaknya. "Aku nampak jam tu cantik jadi rasa macam nak beli. Lepas beli, aku baru sedar tu jam lelaki jadi aku tak ada pilihan selain bagi dekat dia." Taeyeon memberi alasan. "Eyyy, ada je alasan kau. Tak perlu tipu sebab aku tak percaya pun. Mengaku je lah kau dah sayangkan dia."

"Kalau aku cakap aku sayangkan dia kenapa? Hah aku mengaku aku cintakan dia. Dwaetnya?" (Puas hati?) Setelah berkata begitu, Taeyeon mengambil kembali jam itu dari tangan Tiffany dan berlalu meninggalkannya.

"Ya! Kachi kacha." Jerit Tiffany dari jauh tetapi Taeyeon tidak menghiraukannya. Tiffany tergelak kecil melihat gelagat Taeyeon. Akhirnya Taeyeon mengaku juga tentang perasaannya.

Sudah banyak kali dia mendesak Taeyeon supaya mengaku namun dia tidak berjaya. Taeyeon masih menafikannya. Tetapi kali ini dia berjaya.

•••

Hye guys, ni ialah last update before sekolah start. Tahun ni SPM  ㅠㅠ so i kena focus more on study, but I'll really try my best utk update selalu.. Bukan apa, kadang² idea pun takde huhu.

And, Happy New Year guys🎇💓

Ily guys sooo much and thank you. Wait for my next update okay😘 Maybe dua minggu or sebulan dari sekarang ke? Hehe..

Don't forget to vote and comment okay, bye!

170103

On The SnowWhere stories live. Discover now