"Lama juga kita tidak berjumpa kan?" Kata Taeyeon setelah menyedut sedikit kopi ais americano yang dibelinya tadi. Taeyeon dan Mihyun ketika itu berada di kafe di lapangan terbang itu. Ingin berbual-bual dahulu memandangkan mereka sudah lama tidak bertemu.
Mihyun mengangguk, "Kali terakhir ialah ketika Taeyeon berada di hospital. Taeyeon sudah sihat sekarang?"
"Tentulah. Taeyeon ni seorang yang kuat tahu tak?"
"Yelah, yelah." Mihyun dan Taeyeon sama-sama ketawa. "Tapi eonni harap Taeyeon akan lebih berhati-hati selepas ni, okay?"
Taeyeon hanya mengangguk lalu tersenyum. Dia berterima kasih kerana Mihyun mengambil berat terhadapnya. Ketika dia di dalam hospital, Mihyun yang menemaninya apabila rakannya yang lain perlu menghadiri kelas.
Mereka asyik berbual tentang pelbagai perkara sehingga tidak perasan jam sudah hampir ke pukul 10 malam.
"Mihyun eonni, Taeyeon laparlah, jom pergi makan." Ajak Taeyeon, perutnya sudah berbunyi memandangkan kali terakhir dia menjamah makanan ialah tengah hari tadi.
"Eoh, tapi eonni ingat eonni hanya nak beli makanan dan makan di dorm Exo sahaja kerana eonni perlu serahkan skrip lakonan kepada kyungsoo. Managernya terlupa untuk berikan kepada kyungsoo. Lagipun, ketika ini mereka baru sahaja tamat latihan jadi tentu mereka belum makan dari tadi." Terang Mihyun.
Taeyeon hanya mengangguk tanda mengerti. "Kalau macam tu, biar Taeyeon beritahu Baekhyun dahulu." Langkah Taeyeon yang hendak mengeluarkan telefon daripada beg tangannya dihentikan oleh Mihyun. Mihyun menggeleng sebelum berkata, "Tak perlu, biarlah ia menjadi kejutan untuk Baekhyun nanti. Pasti dia rindukan Taeyeon memandangkan kamu berdua sudah lama tidak bertemu disebabkan Baekhyun yang terlalu sibuk, kan?"
Taeyeon ketawa kecil apabila melihat Mihyun mengenyitkan matanya. Mereka kemudiannya bangun dan beredar daripada kedai kopi itu.
××
"Eonni buat apa dekat Bangkok?" Tanya Taeyeon kepada Mihyun. Dia memandang sekilas kepada Mihyun yang berada dia tempat duduk sebelah pemandu. Taeyeon kemudiannya kembali memandang ke hadapan untuk fokus kepada panduannya.
Mereka sibuk berbual tentang perkara lain sehingga terlupa untuk, menanyakan sebab keberadaan masing-masing di lapangan terbang. Taeyeon juga baru tahu yang Mihyun baru pulang dari luar negara apbila wanita itu meminta untuk menaiki keretanya bersama memandangkan kereta Mihyun berada di rumah.
Mihyun yang sedang menaip sesuatu dia telefonnya memandang Taeyeon lalu menjawab, "Eonni ada bengkel tarian bersama Kasper dan Jaewon. Taeyeon pula? "
"Taeyeon cuma hantar Yoona, Irene, Joy dan Tiffany balik ke Kanada memandangkan sekarang merupakan cuti semester. Disebabkan kemalangan pada tempoh hari, banyak tugasan yang Taeyeon tidak siapkan jadi pihak universiti memberi Taeyeon dua minggu lagi untuk siapkan semuanya. Jadi sebab itulah Taeyeon tidak ikut pulang bersama." Terang Taeyeon panjang lebar.
Mihyun mengangguk lalu mengajak Taeyeon tinggal bersamanya memandangkan dia juga tinggal sendirian. Namun belum sempat Taeyeon hendak menjawabnya, dia terkejut kerana kereta yang dipandunya dengan perlahan-lahan berhenti bergerak. Mujur Taeyeon sempat membelok ke bahu jalan.
"Wae geurae, Taeyeon-a?" Tanya Minhyun dengan nada panik. Taeyeon menggeleng, "Molla, tiba-tiba sahaja ia berhenti." Taeyeon cuba memghidupkan semula kereta itu namun tidak berjaya. "Eotteokhaji? Eonni ada nombor telefon mekanik?" (Macam mana ni?)
Gelengan Minhyun membuatkan mereka berdua terdiam sejenak, memikirkan cara untuk mendapatkan bantuan. Mihyun memandang wajah Taeyeon apabila mendengar dia bersuara.
YOU ARE READING
On The Snow
FanfictionMereka terjumpa kerana takdir. Adakah kerana takdir juga mereka akan berpisah? Taeyeon dan Baekhyun.. Pertemuan pertama yang tidak begitu baik lama kelamaan hubungan yang dingin berubah menjadi sesuatu yang istimewa.. Saat cinta ingin berputik, mere...