Bab 34

112 13 0
                                    

Sekejap ke kiri. Sekejap ke kanan. Itulah yang dilakukan Baekhyun selepas mendengar berita yang Taeyeon jatuh pengsan dari kawannya tadi. Tidak tenang dibuatnya. Rakan-rakannya yang turut berada di ruang tamu hanya melihat Baekhyun yang tidak duduk diam itu.

"Aku peninglah tengok kau ni. Boleh duduk diam tak?" Junmyeon akhirnya bersuara. Dari tadi kehulu, kehilir. Naik pusing kepalanya.

"Kalau hyung? Hyung boleh duduk diam ke?" Kata Baekhyun dengan nada yang sedikit geram. "Hyung, tolonglah bagi aku pergi rumah Taeyeon. Jebal!" Rengek Baekhyun.

"Aku risau jugak tapi, aku tak boleh bagi kau pergi sana. Masih awal lagi sekarang ni dan macam mana kalau ada orang nampak?" Buat entah keberapa kali, Baekhyun mengeluh. Dari tadi hanya itu yang dikatakan Junmyeon apabila dia meminta izin untuk berjumpa Taeyeon.

"Umin hyung!" Rengek Baekhyun kepada Minseok pula. Minseok hanya menggeleng. "Mianhae Baekhyun. Hyung rasa apa yang Junmyeon kata tu betul. Macam mana kalau orang nampak kau dan timbul isu yang bukan-bukan?"

Baekhyun menghempas dirinya ke sofa ruang tamu itu sebagai tanda protes. "Kau jangan risaulah, aku yakin Taeyeon tak apa-apa. Kau dah suruh rakannya telefon kau kan kalau ada apa-apa terjadi?"

"Dah." Kata Baekhyun, wajahnya masih masam. "Arh!!" Rambutnya diserabaikan. "Kau kenapa Baekhyun?" Kata Chanyeol yang baru masuk dari pintu rumah mereka. Tangannya menutup mata kirinya.

"Kau tu, balik lambat sangat pergi mana?" Tanya Junmyeon. "Ada hal tadi. Alah aku bukan pergi mana, kan aku dah cakap aku dekat SM."

"Aku naik dulu lah. Letih." Kata Chanyeol. Kelihatan tergesa-gesa hendak naik ke atas. Baru satu langkah dia menaiki anak tangga, dia terdengar Junmyeon bersuara. "Kejap." Dia hanya berdiri di situ, tidak melihat ke arah ketua mereka itu. Hanya menunggu ayat lain keluar dari mulutnya.

Dalam hati penat dia berdoa agar Junmyeon dan yang lain tidak menanyakan tentang tangannya yang menutup matanya.

"Mata kau tu kenapa ditutup?" Nampaknya doanya tidak dimakbulkan. Chanyeol ketawa kekok sebelum berkata, "Tak ada lah hyung. Tak ada apa-apa pun. Aku naik dulu lah." Selepas berkata begitu, dengan pantas Chanyeol mengatur langkahnya untyk naik ke atas.

Namun, Junmyeon lebih pantas bangun dan menarik Chanyeol turun dari tangga itu dan berdiri di ruang tamu. Atau lebih tepat, menarik telinganya.

"Ahh, hyung apa!" Chanyeol menjerit kesakitan. Kedua-dua tangannya memegang tangan Junmyeon di telinganya. Membuatkan matanya yang lebam tidak lagi ditutup.

"Ya! Kenapa mata kau lebam tu?" Tanya Minseok dengan terkejut. Yang lain juga terkejut melihat keadaan Chanyeol. "Lebih baik kau duduk dan ceritakan apa yang terjadi." Kata Junmyeon dengan tegas, memaksa Chanyeol duduk di ruang tamu itu.

Chanyeol menceritakan segala yang terjadi tadi. Junmyeon mengeluh apabila mendengar cerita Chanyeol. Dia meraup mukanya. Satu-satu kerenah anak buahnya. "Mianhae, hyung. Tapi, tak akan aku nak biarkan perempuan tu kena rogol?"

"Apa-apalah, yang aku tahu sebelum kau kaluar rumah esok, panggil stylist noona untuk makeup muka kau. Aku tak nak ada apa-apa isu timbul, faham?" Kata Junmyeon dengan tegas. "Ne, hyung." Kata Chanyeol perlahan.

"Ikut aku, biar aku letak ubat dekat mata kau tu." Kata Kyungsoo. "Sayang jugak kau dekat aku kan?" Sempat lagi Chanyeol mengusik.

Kyungsoo memberikan jelingan mautnya kepada Chanyeol sebelum berkata, "Kau nak aku buat dua-dua biji mata kau lebam ke? Kalau tak nak baik kau diam." Dia berlalu naik ke atas, Chanyeol hanya mengikut tanpa banyak soal selepas diberi amaran sebegitu.

"Yeobuseyo?" Kata Baekhyun. Semua orang yang berada di ruang tamu itu memberikan perhatian apabila mendengar Baekhyun menjawab panggilan. Mereka semua berharap ianya daripada kawan Taeyeon untuk memberitahu yang Taeyeon baik-baik sahaja.

"Yeobuseyo, ini Byun Baekhyun-sshi ke?" Tanya Tiffany dari hujung talian. "Ne, macam mana dengan Taeyeon?"

Tiffany tersenyum kecil sebelum berkata, "Taeyeon dah sedar. Doktor peribadinya dah merawatnya dan dia kata Taeyeon kurang makan. Jadi, tak ada apa yang perlu dirisaukan. Dia cuma perlu makan ubat dan dia akan baik-baik sahaja."

Baekhyun mengeluh lega. "Neomu kamsahabnida. Tiffany-sshi, kan?" (Terima kasih banyak-banyak)

"Ne."

"Ah geundae, ni nombor peribadi saya jadi saya harap.." Tidak tahu bagaimana untuk dia katakan supaya tidak memberitahu kepada sesiapa tentang nombor ini.

"Ah, geokjeong hajimaseyo, saya faham." Kata Tiffany. (Jangan risau.) "Kamsahabnida, jinjja gomawoyo Tiffany-sshi." Kata Baekhyun sebelum meletak panggilan.

"Macam mana dengan Taeyeon noona?" Tanya Sehun. "Dia baik-baik sahaja. Kawannya kata tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan."

Mereka yang lain turut berasa lega apabila mendengar kata-kata Baekhyun.

××

Pin untuk memasuki rumah itu ditekan. Perlahan-lahan, Joy masuk ke rumah mereka. Sunyi sekali. Cermin yang berada di dinding berdekatan pintu masuk itu dilihatnya.

Wajahnya begitu tidak terurus. Rambutnya yang agak serabai diikat kemas. Mukanya yang masih mempunyai kesan air mata juga dilap.

"Joy." Dia memandang ke arah suara yang memanggil namanya itu. "Eoh, Fany-ya." Dia tersenyum kepada Tiffany. "Kau pergi mana, sudah-sudahlah tu marahkan Taeyeon. Kau berbaik dengan dia ya? Kau tahu tak betapa dia risaukan kau sampai tak makan?"

Menitis air mata Joy apabila mendengar kata-kata Tiffany. "Aku nak jumpa Taeyeon boleh? Dia masih belum sedarkan diri?"

Tiffany menggeleng, "Kau pergilah jenguk dia di bilik. Dr. Hong dah datang dan rawat Taeyeon tadi. Dia kata tak ada apa yang perlu dirisaukan."

Joy hanya mengangguk dan berlalu ke bilik Taeyeon. Menitis lagi air matanya apabila melihat keadaan Taeyeon yang sedang terbaring lemah. Mukanya pucat.

"Taeyeon-a. Aku minta maaf. Tak sepatutnya aku buat kau macam tu. Mianhae, Taeyeon." Menangis teresak-esak Joy di tepi katil Taeyeon. Dia membenamkan mukanya di katil itu.

Joy mengangkat wajahnya apabila terasa ada tangan yang mengusap kepalanya. "Joy? Kau dah balik?"

Joy mengelap air matanya. "Taeyeon, aku minta maaf, aku tahu aku salah. Kau janganlah sakit lagi. Aku betul-betul minta maaf." Kata Joy bersungguh-sungguh.

Taeyeon tersenyum. "Aku gembira kau dah balik. Tak, aku pun salah. Tentang B.I sunbae--"

"Kau tak perlu jelaskan apa-apa. Aku tak nak fikir pasal semua tu. Kita lupakan, ya?" Taeyeon hanya mengangguk sambil tersenyum. "Dah lewat ni, apa kata kau tidur dengan aku?" Taeyeon menepuk ruang katilnya yang kosong menyuruh Joy supaya baring di situ.

Joy mengangguk sebelum baring di sisi Taeyeon. Mereka tidur sambil berpelukan. Di pintu, Tiffany, Irene dan Yoona tersenyum melihat keakraban dua sahabat baik itu. Lega kerana mereka berdua sudah berbaik.

•••

Double update! Hehe.

Jangan lupa utk vote + comment ye guys. Thank you 😘

171201

On The SnowWhere stories live. Discover now