Bab 19

309 26 4
                                    

"Baekhyun!" Baekhyun yang berpaling menaiki tangga untuk naik ke tingkat atas dipanggilnya. Taeyeon hampa apabila panggilan itu tidak dihiraukan.

"Jadi, oppa dah tahu kenapa Taeyeon datang sini tiba-tiba." Kata Minseok yang berada di sisinya. Dia tersenyum meleret. Taeyeon membalas senyuman itu dan menunduk. Tidak tahu bagaimana untuk membetulkan keadaan.

"Pergilah, naik atas. Pergi ke biliknya. Talk to him. Bilik dia yang kedua sebelah kiri. Go." Kata Xiumin lembut. Tangannya menggosok kepala Taeyeon dengan lembut untuk memujuknya.

Taeyeon tersenyum dan mengucapkan terima kasih sebelum dia bangun dari tempatnya dan menuju ke tingkat atas dorm itu.

Bilik yang dikatakan Minseok diketuk pintunya. Apabila mendengar suara menyuruhnya masuk dari dalam, tombol pintu dipulas.

"Sejak bila kau nak masuk bilik aku ni ketuk? Selalunya main redah je." Matanya tidak memandang siapa yang masuk tetapi leka bermain telefon. Apabila melihatkan tiada jawapan kedengaran, wajahnya diangkat.

Alangkah terkejutnya Baekhyun apabila melihat Taeyeon berada di situ.Baekhyun mengeluh sebelum berkata, "Geunyang kha, Taeyeon-a." (Awak pergilah, Taeyeon.) Baekhyun tidak bangun dari duduknya.

"Silheo! Buat apa saya datang sini dan tunggu awak dari petang dan balik tanpa sebarang hasil?" Kata Taeyeon dengan tegas. "Jadi, hasil apa yang awak nak?" Baekhyun bangun dari duduknya. Wajahnya sirius dan kata-katanya juga sedikit kasar.

"Baekhyun, saya minta maaf. Mungkin saya belum boleh balas perasaan awak kepada saya. Tapi, saya dah selesa dengan awak disisi saya. Tolong. Tolong jangan tinggalkan saya." Taeyeon separuh merayu. Air matanya gugur ke pipi.

Wajah Baekhyun yang kelihatan tegas kini berubah apabila melihat air mata Taeyeon. Baekhyun meluru ke arah Taeyeon. Air matanya pantas dikesat dengan menggunakan ibu jarinya.

"Shhh, uljima. Uljima Taeyeon-a. Jangan menangis disebabkan saya. Jangan bazirkan air mata awak yang berharga tu hanya untuk saya. Mianhae, uljima." Baekhyun memujuk Taeyeon. Tubuh Taeyeon dipeluk. Baekhyun mengusap belakang kepala Taeyeon.

Apabila pelukan dilepaskan, satu kucupan singgah di dahi Taeyeon. Lama. Taeyeon hanya menutup matanya.

"Tteonajima, jebal." (Jangan tinggalkan saya, tolong.) Kata Taeyeon setelah Baekhyun kembali memandangnya. "Saya tak pernah tinggalkan awak, Taeyeon. Saya sentiasa ada bersama awak. Dan malam tu, saya hanya pergi bila awak dah.." Baekhyun tidak menyambung kata-katanya.

Saya hanya pergi bila awak dah bersama orang lain, Taeyeon.

Taeyeon yang mengerti akan kata-kata Baekhyun agak terkejut. Namun dia pantas menyusun ayat untuk menerangkan segalanya. "Baekhyun tentang tu, saya--"

"Kwaenchana, awak tak perlu terangkan apa-apa dekat saya. Mianhae sebab saya jauhkan diri daripada awak dan layan awak dengan kasar, saya cuma nak cuba lupakan awak. Tapi saya tak boleh. Jadi sekarang, saya dah buat keputusan." Sebelah keningnya diangkat.

Taeyeon mengerutkan dahinya. Keputusan? "Keputusan apa?"

"Keputusan yang saya akan pastikan awak jatuh cinta dengan saya. Disebabkan melupakan awak ialah sesuatu yang tak mampu saya lakukan, saya memilih untuk buat sesuatu yang saya mampu buat. Iaitu menggoda Kim Taeyeon." Baekhyun mengenyitkan matanya.

"Cubalah kalau berani. Ini Kim Taeyeon lah!" Sengaja ingin mencabar Baekhyun. Baekhyun tergelak sebelum berkata, "Mestilah saya berani. Sebab ni Byun Baekhyun lah. Duryeumi eobneun Baekhyun." (Baekhyun yang tiada rasa takut.) Kata Baekhyun sambil tangan kirinya diangkat untuk menunjukkan gelangnya.

On The SnowWhere stories live. Discover now