2 tahun kemudian..
"Kyungsoo-ya." Panggil wanita itu. Kyungsoo yang berada agak jauh dari situ memandang ke arah wanita tersebut setelah mendengar namanya dipanggil.
Dia turut tersenyum apabila wanita itu berbuat perkara yang sama. Kyungsoo berlari anak untuk mendapatkannya. Badan wanita itu dirangkul kemas di dalam dakapannya. Tidak mahu melepaskannya lagi.
"Ini Eunji ke?" Tanya Kyungsoo setelah pelukan dileraikan. Wanita yang dipanggil Eunji itu menganggukkan kepalanya. "Ni betul-betul Eunji?" Tanya Kyungsoo lagi.
Sebak Eunji apabila melihat tangisan yang mengalir di pipi lelaki di hadapannya itu. "Uljima." Katanya sambil mengelap air mata Kyungsoo. (Jangan menangis)
"Awak pergi mana? Sampai hati awak tinggalkan saya." Marah Kyungsoo. Eunji menggeleng. "Saya tak pernah tinggalkan awak, awak yang tak pernah melawat saya. Awak sudah terkenal jadi awak lupakan saya. Saya bersendirian dan saya rindukan awak."
"Saya tak pernah lupakan awak, Eunji." Wanita itu menggeleng. "Awak tipu! Kalau awak tak pernah lupakan saya, kenapa awak tak datang jumpa saya? Saya benci awak!" Kata Eunji sebelum berlari meninggalkan Kyungsoo.
Ketika Kyungsoo ingin berlari mengejar Eunji, kakinya tidak boleh bergerak. Seperti digam di situ. Dia hanya mampu menjerit memanggil nama Eunji yang semakin hilang dari pandangan.
"Eunji!!" Jerit Kyungsoo seraya bangun dari baringnya. Tangannya menolak rambut yang menutupi dahinya. Dia mengeluh apabila sedar yang semua itu hanyalah sebuah mimpi.
"Hyung, kwaenchana?" Tanya Jongin yang sedang membaca buku di katilnya. Kyungsoo diperhatikan, agak terkejut apabila dia secara tiba-tiba bangun dari tidurnya dan menjerit sebegitu.
"Eoh, aku okey." Dia memandang sekilas rakannya itu. Jongin mengubah kedudukannya, daripada berbaring dia duduk bersandar di kepala katil.
"Mimpi yang sama lagi setiap tahun?" Perlahan-lahan, Kyungsoo mengangguk mengiakan kata-kata Jongin. Sudah beberapa tahun, apabila tarikh itu sudah semakin tiba dia pasti akan bermimpi perkara yang sama.
"Hyung tak rasa yang hyung patut pergi dan melawat dia? Mungkin dia hanya nak hyung jumpa dia?" Kata Jongin memberi pendapat.
"Tak mungkin la. Lagipun, aku tak rasa Baekhyun..." Kyungsoo mengeluh. Tidak sanggup menghabiskan kata-katanya. "Kenapa? Hyung takut Baekhyun hyung akan marahkan hyung? Hyung takut dia akan cemburu lagi?"
"Jongin, kau tak faham. Mungkin apa yang orang nampak dan tahu, Baekhyun tak berani untuk marahkan aku. Memang semua tu betul tapi, kalau hal ni berkaitan dengan Eunji aku tak rasa dia akan lepaskan aku. Dan kalau dia tahu aku melawat Eunji, dia mungkin akan bencikan aku semula." Jelas lelaki itu.
"Tapi aku tak rasa macam tu. Hyung, hyung tahukan Baekhyun hyung dah ada Taeyeon noona?"
"Jadi?" Tanya Kyungsoo. "Apa kaitannya?" Jongin mengeluh sebelum berkata. "Jadi, mestilah dia dah lupakan Eunji noona. Betul tak? Tentulah dia tak marahkan hyung kalau hyung pergi melawat Eunji noona."
Kyungsoo tergelak kecil. "Lupakan? Jangan buat aku gelak lah Jongin. Baru bulan lepas, aku nampak dia tengok gambar Eunji di dalam telefon dia. Sambil tersenyum lagi. Lagipun, dalam dompet Baekhyun tu masih tersimpan kemas gambar Eunji. Aku rasa, dia tak pernah dan tak akan lupakan Eunji."
"Jinjja?" Terkejut Jongin mendengar kata-kata Kyungsoo. "Seolma... Baekhyun hyung masih sayangkan Eunji noona? Habis tu, macam mana dengan Taeyeon noona?"
Kyungsoo menjongketkan bahunya. "Entahlah, tapi kalau betul apa yang kau cakapkan, aku tak akan lepaskan dia. Kenapa dia bersama dengan Taeyeon kalau dia masih sayangkan orang lain?" Katanya dengan geram.
YOU ARE READING
On The Snow
FanfictionMereka terjumpa kerana takdir. Adakah kerana takdir juga mereka akan berpisah? Taeyeon dan Baekhyun.. Pertemuan pertama yang tidak begitu baik lama kelamaan hubungan yang dingin berubah menjadi sesuatu yang istimewa.. Saat cinta ingin berputik, mere...