Taeyeon duduk di kafe universitinya sambil termenung. Fikirannya kusut. Air kopi Americano di hadapannya tidak disentuh. Dia hanya mengacaunya tanpa niat untuk menjamah.
Rakan-rakannya tiada bersamanya kerana mereka kata ada sesuatu yang hendak diselesaikan. Lantaklah, Taeyeon tidak mahu tahu. Biarlah mereka.
Fikirannya agak kusut kerana semenjak kejadian malam itu, sekali pun Baekhyun tidak menelefonnya atau menghantar mesej kepadanya. Hanya Taeyeon yang cuba menelefon dan menghantar mesej kepada Baekhyun.
Itupun, jarang sekali untuk dia menjawab panggilan Taeyeon. Apabila Taeyeon memesejnya pula, sepatah ditanya, sepatah juga dijawab. Tapi kebanyakannya apabila Taeyeon menanyakan sesuatu, tanpa menjawabnya Baekhyun terus membalas,
Saya sibuk. Jangan balas.
Taeyeon sudah buntu. Dia benar-benar sedih dengan apa yang terjadi. Kebiasaannya, setiap kali Taeyeon bangun dari tidur, Taeyeon akan mendapat dua mesej:
Selamat malam, jalja♥
Good morning, beautiful.
Baekhyun akan mengucapkan selamat malam apabila dia hendak tidur setelah jadualnya tamat dan selamat pagi apabila dia bangun awal untuk memulakan jadualnya. Baekhyun tidur lewat dan bangun awal pagi jadi, Taeyeon hanya dapat membacanya setelah dia bangun dari tidur.
Kini, apabila Taeyeon bangun dari tidur tiada lagi mesej-mesej yang diterimanya. Harinya seperti tidak lengkap. Baekhyun seperti cuba menjarakkan dirinya.
"Taeyeon~ Kenapa termenung ni? Ingatkan oppa eh?" Suara Hanbin memberhentikan lamunannya. Rupanya sudah sepuluh minit dia duduk di hadapan Taeyeon. Taeyeon membuat muka menyampah dan berkata, "Oppa ni kalau tak perasan tak sah kan? Buat apa Taeyeon nak rindukan oppa pulak?"
"Oppa tahu, oppa bukan orang yang layak untuk dirindui. Kan?" Hanbin memuncungkan bibirnya. "Taeyeon tak ada kelas ke? Kenapa duduk sini seorang diri? Termenung pulak tu." Hanbin mengeluh apabila melihat Taeyeon kembali termenung.
"Kim Taeyeon-sshi!" Meja diketuk perlahan. "Eoh? Apa oppa cakap tadi?" Taeyeon kelihatan blur. Tidak tahu apa yang sedang berlaku. "Awak kenapa sebenarnya? Cuba cerita."
Taeyeon hanya tersenyum hambar, "Tak ada apa-apa lah. Taeyeon okay." Tanpa berfikir panjang, tangan Taeyeon yang berada di atas meja dicapainya. "Ikut oppa sekejap."
Hanbin membawa Taeyeon ke tempat keretanya diletak. Pintu kereta Audi R8 Spyder itu dibuka dan menyuruh Taeyeon masuk. Hanbin yang sudah duduk di tempat duduk pemandu itu dijelingnya.
"Tak boleh ke ajak elok-elok? Perlu ke tarik-tarik macam tu?" Kata Taeyeon dengan tegas. Geram pula dia. Sudah dua kali Hanbin buat begini. Lelaki itu hanya tersenyum sumbing. "Mianhae, oppa nak minta Taeyeon temankan oppa beli barang sekejap, boleh?"
"Silheo! Tak boleh. Taeyeon ada kelas lepas ni."
"Bolehlah, lagipun oppa tak rasa Taeyeon boleh focus dalam kelas kalau Taeyeon asyik termenung je. Kan?" Taeyeon hanya terdiam. Kata-kata Hanbin ada betulnya.
××
Baju di hadapannya dibelek. Bukan mahu membeli tetapi hanya menunggu Hanbin yang pergi ke bahagian pakaian lelaki untuk membeli barangnya.
Beberapa minit menunggu, Hanbin tiba. "Jom, saya dah siap."
"Dah beli?" Hanbin menjawab dengan menganggukkan kepalanya sambil beg plastik di tangannya diangkat.
"Meokgo kaja." (Jom makan.) Tangannya diletakkan di atas bahu Taeyeon. Namun, Taeyeon pantas menjarakkan dirinya supaya pegangan itu terlerai. Jelingan tajam diberi kepada Hanbin sebagai amaran.
YOU ARE READING
On The Snow
FanfictionMereka terjumpa kerana takdir. Adakah kerana takdir juga mereka akan berpisah? Taeyeon dan Baekhyun.. Pertemuan pertama yang tidak begitu baik lama kelamaan hubungan yang dingin berubah menjadi sesuatu yang istimewa.. Saat cinta ingin berputik, mere...