Bab 8

349 35 2
                                    

"Baekhyun!" jerit Suho geram. "Kau ni kenapa? Banyak kali kita ulang step ni tapi kau still salah."

"Kita orang pun penat jugak, tolong la fokus. Pay your attention, please?" tambah Xiumin.

Kesemua ahli Exo tengah berlatih untuk konsert yg akan diadakan dua bulan daripada sekarang.

"Sorry, lagi sekali eh? Baekhyun buat betul-betul." kata Baekhyun. "Tadi pon kau ckp benda yg sama Byun Baek." keluh Suho. Sejak dari tadi hanya Baekhyun yg selalu melakukan kesilapan. Salah step lah, salah lirik lah dan lain-lain. Penat member yg lain dibuatnya.

"Hyung, bg kitaorang rehat dulu lah? Boleh tak?" pinta Sehun. "Ya lah, daripada kita praktis tapi Baekhyun selalu salah, baik kita rehat and Baekhyun kau kena pastikan kau tak buat salah yang sama lepas ni." sokong Chen.

"Okay okay. Sejam dari sekarang kita semua start practice balik ok? Baekhyun.. Jangan ulang salah yang sama lepas ni okay?" kata Suho memberi kata putus. "Okay hyung."

Lalu ahli Exo yang lain pun terus berehat. Ada yang ambil kesempatan untuk tidur dan ada yang bermain telefon. Tetapi Baekhyun hanya duduk termenung.

"Woi. Kau termenung apa hah? Ada masalah ke? Bagi tahu la aku." sapa Chanyeol. "Tak ada apa-apa lah." dalih Baekhyun.

"Tak ada apa-apa kau tu maknanya mesti ada sesuatu yang tak kena kan? Kau still fikir pasal pergaduhan haritu ke?"

"Tak ada lah. Mana ada."

"Kau bagi tahu lah aku, mungkin aku boleh tolong. Kalau tak pun, mana tahu aku boleh ringankan beban kau tu." pujuk Chanyeol lagi. "Atau kau, jatuh cinta ni?" teka Chanyeol.

"Hish kau ni. Macam tu pulak kau fikir. Fine, aku cerita. Tapi kau jgn bagi tahu sesiapa okay? Diam-diam sudah. Sebenarnya--" Baekhyun menceritakan apa yang berlaku pada malam itu di Sungai Han. Sebenarnya, sebab dia tidak dapat fokus ialah kerana rasa bersalah di dalam dirinya yang membuak-buak. Dia nak berjumpa dengan perempuan tu dan minta maaf. Dia betul-betul tak menyangka apa yang dia cakap itu sebenarnya betul.

"Apa?!" jerit Chanyeol. Dengan pantas Baekhyun menekup mulut Chanyeol. Bising betul la dia ni. "Kenapa Chanyeol?" tanya Suho. Pelik dengan Chanyeol yang tiba-tiba menjerit.

"Ahh, tak ada apa-apa la hyung." Belakang kepalanya digaru. Nasib tak kantoi. "Kau ni kenapa? Kan aku dah cakap jangan bising."

"Sorry lah. Aku terkejut tadi. Asal kau cakap macam tu hah? Tak fikir perasaan orang langsung ke?"

"Aku cerita dekat kau bukan nak dengar kau mebebel. Kau saje nak tambah rasa bersalah aku kan? Tadi kata nak tolong."

"Haih, ye lah. Kau tak cuba cari dia balik ke dekat Sungai Han?" cadang Chanyeol.
"Dah. Banyak kali dah aku cari tapi dia tak ada. Kau ingat tak masa kau bangun and tgk aku tak ada dekat katil tu kau tanya aku pergi mana? Dan aku cakap aku pergi kedai kan? Sebenarnya aku cari dia la. Dia tak ada jugak." Terang Baekhyun.

Sejak kejadian itu, sudah dua minggu berlalu. Setiap hari selama dua minggu itu jugak lah Baekhyun akan mencari perempuan itu di Sungai Han. Tapi dia tetap tidak ada di sana. Pernah juga dia hampir dikejar oleh peminat yang mengenalinya. Mujur dia sempat lari.

"Tapi, mcm mana kalau dia buat benda yang tak sepatutnya?" Baekhyun memberikan pandangan pelik. "Apa benda yang tak sepatutnya tu?"

"Macam mana kalau dia sebar berita 'Baekhyun Exo Kurang Ajar'?"

"Hish kau ni mengarutlah. Aku tahu dia takkan buat macam tu."

"Yang kau yakin sangat ni kenapa? Kau kenal dia pon tak, nama pun tak tahu."

On The SnowWhere stories live. Discover now